27 Oktober 2014

Koleksi Iklan Yang Ohsen

 





 

Di Sebalik Perkataan Bahlul

Perkataan 'Bahlul' sering kita dengar diucapkan oleh masyarakat setempat terutamanya untuk menyatakan seseorang itu bodoh atau lurus bendul. Tapi tahukah anda asal usul perkataan Bahlul itu sendiri? Tahukah anda yang sebenarnya asal-usul orang-orang terdahulu melemparkan perkataan 'Bahlul' kepada seseorang itu adalah sebagai satu doa yang baik?

Bahlul merupakan satu perkataan yang berasal dari arab dan ia berasal dari satu nama jolokan yang diberikan kepada seseorang yang bernama Wāhab ibn Amr. Wahab ibn Amr atau Bahlul hidup pada zaman Khalifah Harun Al-Rasyidin. Sebenarnya Wāhab ibn Amr terkenal sebagai seorang hakim dan juga ilmuan Islam pada zamannya. Dia dikenali sebagai Bahlul kerana dia telah meninggalkan kekayaannya dan hidup dengan gaya yang selekeh.

Terdapat banyak kisah-kisah yang memaparkan kebijaksanaan Bahlul sendiri. Disini kami paparkan tiga cerita berkenaan bahlul.

Cerita 1
Pada suatu hari, Khalifah Harun Al-Raysid bersama isterinya lalu dihadapan Bahlul yang sedang membuat rumah dari tanah liat. Maka Harun berlakukan dialog antara Al-Rasyid, isterinya dan Bahlul.

Harun : Hey Bahlul, kau buat apa?
Bahlul : Aku sedang buat rumah rumah syurga.
Isteri Harun : Boleh aku beli?
Bahlul : Boleh..
Isteri Harun : Berapa?
Bahlul : 10 Dirham
Isteri Harun membayar jumlah tersebut kepada Bahlul.
Harun : Kau dah kena tipu hidup-hidup dengan Bahlul.

Pada malamnya Harun Al-Rasyid bermimpi satu rumah besar yang tersangat cantik yang tertulis nama isterinya, Siti Zubaidah di dalam syurga. Harun cuba untuk masuk ke dalam rumah itu tetapi dihalang oleh pengawal di rumah itu.

Harun : Ini rumah isteri aku.
Pengawal : Memanglah, tapi ini bukan rumah kau.

Bagun pada pagi berikutnya Harun Al-Rasyid bangun dan kelam kabut pergi mencari Bahlul.

Harun : Bahlul, aku nak beli rumah kau.
Bahlul : Boleh.
Harun : Berapa?
Bahlul : 10,000 Dirham.
Harun : Eh, kenapa semalam 10 Dirham?
Bahlul : Semalam kau tak nampak..Hari ni kau dah nampak!

Cerita 2
Pada suatu hari, Harun Al-Rasyidin memberikan Bahlul sebatang kayu dan berkata, "Batang kayu ini ya Bahlul, milik seorang lelaki yang paling bodoh atas muka bumi ini. Jika kamu terjumpa dengan seorang lelaki yang lebih layak memiliki kayu ini lebih dari kamu, berikanlah kepadanya". Dan Bahlul menjadi bahlul mengambil batang kayu tersebut.

Beberapa tahun selepas itu, Harun Al-Rasyid jatuh sakit dan tak ada sebarang ubat-ubatan yang boleh menyembuhkannya. Bahlul datang untuk melawan Harun Al-Rasyid untuk bertanya khabar dan terjadi satu perbualan yang menakjubkan.

Harun : Tak ada apa yang boleh menyembuhkanku!
Bahlul : Kau mahu ke mana?
Harun : Aku akan pergi ke dunia lain.
Bahlul : Kedunia lain? Berapa lama kau akan pergi? Bila kau akan balik?
Harun : O Bahlul! Tak ada siapa yang akan kembali selepas ke dunia itu.
Bahlul : Jadi kau mesti dah buat persiapan rapi untuk perjalanan ini. Perjalanan yang kekal. Kau dah siapkan tentera untuk tunggu kedatangan kau? Sebagai persiapan apabila kau sampai disana?
Harun : Tak ada yang pergi dengan kau Bahlul. Dan aku tak membuat sebarang persiapan.
Bahlul : Ya Amirul Mukminin, sebelum ini kau menghantar tentera sebagai persiapan rapi untuk satu perjalanan yang hanya berjumlah sehari dua! Dan kini kau akan pergi ke satu tempat yang kau akan tinggal disitu selamanya. Dan kau tidak membuat sebarang persiapan untuk menghadapinya?
Bahlul : Nah ambil batang kayu ini. Nampaknya aku dah jumpa seseorang yang lebih layak untuk memilikinya.

Cerita 3

Berikut pula adalah kisah Bahlul dengan Sheikh Junid, seorang ulama sufi dan juga wali Allah. Satu hari Syeikh Junid Al-Baghdadi bertemu Bahlul lalu meminta nasihat. Bahlul lalu bertanya:

Bahlul: Bagaimana kamu makan?
Junid: (Menerangkan adab2 makan berdasarkan Sunnah dan doa2 makan)
Bahlul: Bagaimana kamu berpakaian?
Junid: (Menerangkan adab2 makan berdasarkan sunnah dan doa berpakaian)
Bahlul: Bagaimana kamu tidur?
Junid: (Menerangkan adab2 tidur mengikut sunnah dan doa2 tidur)
Bahlul: Sebenarnya jawapan2 kamu tidak tepat. Sekiranya kamu makan mengikut adab dan doa sekalipun tapi sekiranya makanan itu dari sumber yang haram buat apa? Sekiranya kamu berpakaian dengan adab dan doa tapi tidak menutup aurat serta sumbernya adalah haram buat apa? Sekiranya kamu tidur dengan adab dan doa tapi di hatimu masih menyimpan dendam dan kebencian sesama Muslim buat apa?


Menurut dari tiga cerita ini jelas sekali Bahlul bukanlah seorang yang bodoh atau lurus bendul. Dia sebenarnya bijak dan juga sarkastik. Sedangkan Sheikh Junaid sendiri pun datang mengadap Bahlul untuk mendapatkan nasihat dan dari cerita yang ketiga jelas Bahlul ini seorang wali Allah.

Hari ini penggunaan perkataan bahlul telah disalah ertikan oleh masyarakat yang menggunakanan perkataan itu untuk menyatakan seseorang itu bodoh. Sebenarnya perkataan itu dilemparkan oleh orang-orang tua kepada seseorang seperti ibu kepada anak adalah sebagai satu doa yang baik. Mengharapkan orang itu menjadi seperti Bahlul. Namun apabila lama kelamaan perktaan itu disalah ertikan oleh masyarakat kita. Wallahualam.. 


Sumber : Siakapkeli.com

6 Kelebihan Mandi Sebelum Subuh

 Menurut kajian sains, kandungan gas ozon pada waktu pagi lebih tinggi dari waktu lain. oleh itu, gas ozon ini juga amat penting untuk tubuh badan anda. jika and...a mandi sebelum waktu subuh, ia bukan sahaja membersihkan malah memberikan kesegaran dan manfaat untuk tubuh badan anda. antara manfaatnya ialah :
1. Kulit lebih lembut dan halus
pada waktu pagi selalunya anda akan memasang "water heater" untuk mendapatkan air yang hangat dan menghilangkan kesejukan. selepas ini, jika anda memiliki lingkaran hitam di bawah mata, mandi menggunakan air sejuk dapat mengurangkan kegelapan pada bawah mata. begitu juga dengan kuku, ia akan menjadi lebih sihat, kuat dan tidak mudah retak. kulit pula menjadi lebih lembut dan halus.
2. Melancarkan peredaran darah
jika peredaran darah anda lancar maka tubuh badan anda akan menjadi lebih sihat dan bertenaga. malah anda juga boleh melakukan aktiviti seharian tanpa rasa letih.
3. Meningkatkan kesuburan
kesihatan tubuh badan manusia akan mendapat reaksi yang positif apabila anda mandi pada waktu pagi. ia dapat meningkatkan hormon testosteron pada lelaki dan hormon estrogen untuk wanita.
4. Mengurangkan risiko darah tinggi
untuk anda yang memiliki penyakit darah tinggi, mungkin ini merupakan salah satu cara untuk anda mengurangkan penyakit anda. Insya ALLAH, dengan izin ALLAH, jika ia diamalkan selalu, penyakit anda akan pulih.
5. Mengurangkan tekanan serta tenang
air yang sejuk akan melancarkan kembali peredaran darah setelah lama berbaring. buat anda yang mengalami depresi, inilah cara yang terbaik utk anda menghilangkannya. oleh itu, ubahlah tabiat kpd mandi pagi sebelum subuh.
6. Meningkatkan sel darah putih
mandi dengan air sejuk, ia akan meningkatkan sel darah putih di dalam tubuh badan. apabila sel darah putih banyak, maka daya tahan penyakit dan tubuh badan boleh melawan virus. oleh itu, anda tidak mudah untuk dijangkiti dengan sebarang penyakit.

Sumber : Dr Tg Asmadi Tg Mohamad

18 September 2014

Setiap kali kita minum.....

Kenapa kena minum tiga kali nafas/ teguk??
Abra' (Melepaskan penyakit)
Arwa' (Menghilangkan kehausan)
Amra' (Menguatkan sistem pencernaan)
Minum dengan tiga kali tegukan dan elakkan bernafas ke dalam bekas minuman. Setiap kali berhenti minum...
hendaklah diarahkan pernafasan ke tempat lain.

Dari Abu Qatadah, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Jika kamu minum maka janganlah bernafas dalam bekas air minumnya.” (HR. Bukhari dan Muslim r.a.)
.
Nabi SAW sering meminum dengan tiga kali teguk, sambil bernafas di luar gelas dan mengucapkan ‘Alhamdulillah’ di antara tiga kali tegukan. Baginda SAW juga akan teruskan minum dengan setiap tegukan diselangi bernafas di luar gelas sehingga habis.

Kenapa tak boleh meniup dalam cawan?

Jangan bernafas dan meniup air minum di dalam bekas, terutama meniup air yang panas, kerana perbuatan itu akan menjadikan minuman bertoksid disebabkan Co2 yang dihembuskan ke dalamnya.

Ubay bin Ka’ab berkata: “Rasulullah SAW tidak pernah meniup makanan dan minuman, tidak bernafas di dalam cawan. Bahkan beliau melarang meniup makanan dan minuman.”


Sumber : Copy & Paste

17 September 2014

AL - KISAH SANG GAGAK

Seekor gagak yang tinggal di hutan sangat berpuas hati dengan kehidupannya sehingga ia terjumpa seekor angsa.
“Putihnya angsa. Saya hitam sangat. Angsa mesti burung yang paling gembira di dunia,” katanya.
...
Angsa yang tinggal di kolam berkata kepada burung gagak bahawa ia pun fikir begitu satu ketika dulu sehingga ia terjumpa burung kakak tua.
“Saya satu warna sahaja. Burung kakak tua ada dua warna. Burung kakak tua barulah burung yang paling gembira di dunia,” kata angsa itu kepada burung gagak.
Burung gagak itu mencari burung kakak tua dan memberitahu apa yang dikatakan angsa itu.
Burung kakak tua pun menjawab, “Wahai gagak sahabatku! Aku pun fikir begitu dulu aku paling hebat… tapi sehinggalah aku terjumpa burung merak. Dia ada pelbagai warna.”
Burung gagak pun pergi ke zoo dan melihat kehebatan burung merak.
“Wahai burung merak! Cantiknya kamu. Setiap hari beribu manusia datang menjengukmu. Bila mereka melihat saya, mereka halau saya. Kamulah burung yang paling bahagia di dunia,” kata burung gagak.
Burung merak pun menjawab, “Aku selalu rasa akulah paling cantik dan gembira di dunia ini. Tapi kerana kecantikan aku, aku dikurung di dalam zoo ini. Aku telah melihat sekitar zoo ini, hanya burung gagaklah yang tak terkurung di zoo ini. Kalau aku ialah burung gagak, aku rasa aku paling gembira kerana dapat bergerak sana sini.”


Di kalangan manusia, kita juga akan saling membanding. Sebenarnya ia tidak perlu kerana ia menimbulkan tekanan dan kesedihan. Membanding bermakna kita tidak menghormati apa yang diberi Allah. Kita berasa Allah tidak adil.
Fokuslah pada apa yang ada di tangan. Setiap manusia ada benda lebih dan benda kurang. Tapi Allah maha adil – sesiapa yang tahu bersyukur dengan apa yang ada, dialah manusia yang paling gembira.
 
 

Rasulullah SAW pernah bersumpah....

“Tiga perkara yang Rasulullah SAW pernah bersumpah:...
1) Tidak berkurang harta kerana sedekah.
2) Tidak teraniaya seorang hamba dangan aniaya yang dia sabar
     ke atasnya melainkan Allah anugerahkan kepadanya kemuliaan
3) Dan tidak membuka seorang hamba pintu permintaan
     (mengemis) melainkan Allah membukakan keatasnya pintu
     kefakiran.”


(HR. Abu Daud, Tirmidzi dan Ibnu Majah)

06 September 2014

SEDEKAH

Dari Abu Hurairah dari Nabi saw, Baginda bersabda:

“Ada seorang lelaki berkata:

‘Malam ini, aku benar-benar akan bersedekah.’ Maka laki-laki itu pun keluar membawa sedekahnya, dan disedekahkannya kepada wanita pelacur. Esok harinya, orangramai pun mengatakan bahawa tadi malam ada pelacur yang diberi sedekah.
Maka laki-laki itu berdoa: ‘Ya Allah, segala puji


bagiMu yang telah mentakdirkan sedekahku jatuh di tangan pelacur. Aku akan bersedekah lagi.’

Dia pun pergi dengan membawa sedekahnya, lalu diberikannya kepada orang kaya. Esok harinya, orangramai pun membicarakannya bahawa tadi malam ada orang yang memberi sedekah kepada orang kaya.
Maka lelaki itu pun berkata: ‘Ya Allah, untukMulah segala puji, kerana Engkau telah menjadikan sedekahku jatuh di tangan orang yang kaya, aku akan bersedekah lagi.’

Kemudian dia pergi lagi dengan membawa sedekahnya dan diberikannya kepada pencuri. Esok harinya, orangramai pun membicarakannya, bahawa tadi malam ada orang yang bersedekah kepada pencuri. Lelaki yang bersedekah itu pun berkata: ‘Segala puji bagi Allah yang telah mentakdirkan sedekahku jatuh pada pelacur, kepada orang kaya, dan kepada pencuri.’

Kemudian lelaki itu didatangi malaikat lalu berkata: ‘Sedekahmu telah diterima oleh Allah. Ada pun sedekahmu yang jatuh ke tangan perempuan pelacur, semoga dia berhenti dari perbuatan melacur, yang jatuh kepada orang kaya semoga dia menyedari dirinya dan bersedekah pula, sedangkan yang jatuh kepada si pencuri, semoga dia berhenti mencuri.’”

(Sahih Bukhari, no. 1332, Sahih Muslim, no. 1698, Musnad Ahmad, no. 7933, no. 8247)

TIKA YANG HALAL DAN HARAM BERCAMPUR

Seseorang datang kepada Imam Syafie mengadukan tentang kesempitan hidup yang dia alami. Dia memberi tahu bahwa ia bekerja sebagai orang upahan dengan gaji 5 dirham. Dan gaji itu tidak mencukupinya.

Namun anehnya, Imam Syafie menyuruh dia untuk menemui orang yang mengupahnya supaya mengurangkan gajinya menjadi 4 dirham. Orang itu pe
rgi melaksanakan perintah Imam Syafie sekalipun ia tidak faham apa maksud dari perintah itu.

Setelah berlalu beberapa lama orang itu datang lagi kepada Imam Syafie mengadukan tentang kehidupannya yang tidak ada kemajuan. Lalu Imam Syafie memerintahkannya untuk kembali menemui orang yang mengupahnya dan minta untuk mengurangkan lagi gajinya menjadi 3 dirham. Orang itupun pergi melaksanakan anjuran Imam Syafie dengan perasaan sangat hairan.

Setelah berlalu sekian hari orang itu kembali lagi menemui Imam Syafie dan berterima kasih atas nasihatnya. Ia menceritakan bahwa upah 3 dirham telah dapat menutupi seluruh keperluan hidupnya, bahkan hidupnya menjadi lapang. Ia menanyakan apa rahsia di sebalik itu semua?

Imam Syafie menjelaskan bahawa pekerjaan yang ia jalani itu tidak berhak mendapatkan upah lebih dari 3 dirham. Dan kelebihan 2 dirham itu telah mencabut keberkahan harta yang ia miliki.

Lalu Imam Syafie membacakan sebuah syair:

جمع الحرام على الحلال ليكثره
دخل الحرام على الحلال فبعثره

Dia kumpulkan yang haram dengan yang halal supaya ia menjadi banyak.
Yang harampun masuk ke dalam yang halal lalu ia merosaknya.

05 September 2014

INILAH BEZA ANTARA KAMU DAN RASULULLAH SAW

Syeikh Muhammad Mutawalli Sya'rawi (1911 - 1998), seorang ulama terkenal di Mesir telah berkata:
"Aku telah berbincang dengan seorang pemuda yang mempunyai fikiran yang agak ekstrem. Aku bertanya kepadanya, 'Adakah meletupkan kelab malam dalam sesebuah negara halal atau haram?'"

Pemuda: Sudah tentu halal dan dibolehkan membunuh mereka.

Syeikh Sya'rawi...


: Kalau kamu bunuh mereka dan ketika itu mereka tengah melakukan maksiat kepada Allah... apakah yang akan terjadi kepada mereka atau ke mana mereka akan pergi?

Pemuda: Sudah tentu masuk neraka.

Syeikh: Syaitan itu ke mana dia hendak membawa mereka??

Pemuda: Sudah tentu ke neraka.

Syeikh: Kalau begitu kamu dan syaitan bekerjasama dalam satu matlamat iaitu ingin memasukkan manusia ke dalam neraka.

Kemudian aku pun mengingatkan pemuda itu satu hadis Rasulullah SAW, ketika mana lalu jenazah Yahudi di hadapan baginda. Baginda bangun dan menangis.

Salah seorang sahabat bertanya, "Apakah yang menyebabkan Tuan menangis ya Rasulullah?"

Baginda menjawab, "Satu jiwa telah terlepas dariku menuju ke neraka!"

Syeikh: Inilah perbezaan antara kamu dan Rasul SAW. Baginda inginkan hidayah buat mereka dan menyelamatkan mereka dari neraka ... kamu di bahagian lain dan nabi Muhammad di lembah yg lain!

 Sumber: Syed Alwi Al Attas

NASIHAT IBNU QAYYIM AL-JAUZI

Jika Allah membukakan untukmu pintu solat malam, janganlah kau memandang orang yang tidur dengan pandangan merendahkan.

Jika Allah membukakan untukmu pintu puasa, jangan kau memandang orang yang tak berpuasa dengan pandangan merendahkan.

Jika Allah membukakan untukmu pintu jihad, jangan kau memandang orang yang tak berjihad dengan pandangan merendahkan.

Boleh jadi
 orang yang tidur, yang tak berpuasa dan yang tak berjihad lebih dekat kepada Allah berbanding dirimu."

Kemudian beliau melanjutkan,

Engkau berpagi hari bangun dari tidur lalu menyesal lebih baik dari pada berpagi hari dalam keadaan terjaga lalu berbangga, kerana orang yang sombong, amalannya tidak akan naik ke sisi Allah."

Sumber : (Madarijus Salikin:1/177)

CORETAN KHAS BUAT SUAMI DAN ISTERI

Seorang isteri dengan wajah sedih dan murung datang bertemu tuan Syeikh untuk mengadu hal suaminya.

Syeikh: Apa keperluanmu wahai puan?

Isteri: Saya ingin mengadu kepada tuan perihal suami saya.

Syeikh: Apa aduanmu itu?...


Isteri: Saya dianiaya dan dizalimi suami saya tuan syeikh. Saya diabaikan. Suami saya tidak menjalankan tanggungjawabnya kepada saya.

Nafkah saya tidak ditunaikan tuan. Makan minum saya tidak diendahkan tuan. Tempat tinggal saya juga tidak diuruskan.

*Tuan syeikh tersenyum. Isteri itu kehairanan. Sedang hatinya dirundung sedih, tuan syeikh boleh tersenyum mendengar aduannya.

Syeikh: Wahai puan yang dirahmati Allah, sesungguhnya kamu wanita dan isteri yang beruntung.

Isteri: Hah??? Untung??

Syeikh: Ya wahai puan. Kamu sangat beruntung. Kamu wanita dan isteri terpilih.

Isteri: Saya bernasib malang tuan. Saya hidup susah. Saya menderita dan sengsara tuan. Kehidupan saya tunggang-langgang.

Syeikh: Sudahkah kamu berdoa wahai puan?

Isteri: Sudah tuan. Saya sudah hampir putus asa. Suami saya tetap tidak berubah.

Syeikh: Wahai puan, Allah sedang mengujimu. Allah amat kasih dan sayang padamu. Ujian itu memberi peluang kepadamu mengumpul pahala.

Tahukah kamu, bahawa Allah sangat dekat dengan doa orang-orang yang teraniaya dan dizalimi. Doa seorang isteri yang dianiaya dan dizalimi oleh suaminya itu, lebih dekat dan mendapat perhatian daripada Allah. Kerana apa?

Kerana seorang isteri itu merupakan amanah kepada seorang suami. Maka penganiayaan dan kezalimannya kepadamu akan memberatkannya di sisi Allah. Hatta andai kamu mendoakan kehancuran dan kemusnahannya pun Allah akan mendengar doamu itu wahai puan.

Kamu pulanglah ke rumahmu dan jalankan tanggungjawabmu terhadap suamimu sebagai isteri dengan taat kerana Allah. Allah akan membantumu.

Isteri: Suamiku sudah tidak pulang ke rumah wahai tuan. Dia sudah lama meninggalkan aku dalam derita dan sengsara ini.

Syeikh: Allah..beruntungnya kamu wahai puan...

Isteri: Kenapa tuan asyik mengatakan yang saya ini beruntung? Sedangkan saya ini hidup dalam sengsara, derita dan air mata?

Syeikh: Allah...wahai puan, berapa umurmu sekarang ini?

Isteri: 40 tahun tuan.

Syeikh: Berapa lama lagi kamu mahu hidup di dunia ini?

Isteri: Saya tidak tahu tuan. Itu kuasa Allah.

Syeikh: Kamu mahu saya ceritakan apa untungnya kamu sebagai isteri yang dianiaya dan dizalimi suami?

*Dengan lemah dan sedih, si isteri cuma mengangguk.

Syeikh: Rasul yang mulia telah bersabda bahawa, umur ummatnya sekadar 60 ke 70 tahun sahaja. Andai sekarang kamu sudah 40 tahun, deritamu itu tidak akan lama lagi puan. Ia akan segera hilang saat Tuhanmu menjemput kamu kembali padaNya.

Andai kamu bersabar, segala derita itu akan Allah gantikan dengan syurga yang indah. Tidakkah itu bermakna kamu beruntung? Tahukah kamu, berapa lama derita dan sengsara yang bakal ditanggung suamimu di akhirat nanti?

Isteri: Tentunya tuan lebih tahu.

Syeikh: Bagi seorang suami, isteri adalah amanah yang wajib dijaga dengan baik. Segala tanggungjawab dan haknya wajib ditunaikan oleh seorang suami.

Suamimu yang telah menganiaya dan menzalimimu, akan disiksa oleh azab Allah diakhirat sana berjuta-juta kali ganda berbanding derita yang sedang engkau deritai di dunia ini wahai puan.

Bukankah sehari di akhirat itu, bersamaan dengan seribu tahun di dunia? Selagi mana kamu tidak redha akan kezaliman dan penganiayaannya terhadapmu, maka selagi itu suamimu itu akan terpaksa menanggung dosanya itu.

*Isteri itu tertunduk.

Syeikh: Tahukah kamu, siapakah yang paling mudah mengheret seorang suami ke neraka Allah di akhirat nanti? Tidak lain dan tidak bukan ialah isteri-isteri dan anak-anaknya sendiri. Mana-mana hak isteri-isteri dan anak-anak yang tidak ditunaikan, itulah antara hal yang cepat mengheret seorang suami di akhirat nanti.

Isteri: Tapi suami saya itu seorang yang kuat bersolat dan beribadah tuan. Mana mungkin dia akan ke neraka?

Syeikh: Selama mana kamu sebagai isterinya dianiaya dan dizalimi, tidak ditunaikan hak dan tanggungjawab, semua ibadahya termasuk solat, puasa, sedekah dan sebagainya, tidak berpahala di sisi Allah. Bahkan boleh sehingga Allah menolak solatnya itu? Apa lagi yang tinggal pada seorang hamba andai ibadat solatnya pun telah ditolak oleh Allah???

Isteri: Bagaimana andai dia menceraikan saya tuan? Dapatkah dia menyelamatkan dirinya dari neraka Allah?

Syeikh: Selama mana kamu masih isterinya, dan kamu tidak redha, maka dia tetap akan menanggungnya.

Andai kamu diceraikan, sehingga habis tempoh iddah suamimu itu masih wajib mengurus dan menunaikan hakmu sebagai isteri. Dosanya padamu sepanjang tempoh itu tidak akan terluputkan walaupun dia telah menceraikanmu selagi kamu tidak redha. Suami yang tidak menunaikan hakmu itu adalah suami yang berhutang denganmu.

*Isteri itu diam.

Melihat isteri itu diam, tuan Syeikh bertanya;

Syeikh: Pernahkah suamimu itu meminta maaf padamu?

*Isteri itu menggelengkan kepala.

Syeikh: Adakah puan masih menyayanginya?

*Isteri itu hanya membisu.

Syeikh: Adakah kamu redha akan perbuatannya terhadap kamu wahai puan?

*isteri itu masih diam.

Syeikh: Maha Suci Allah... Suamimu itu bukan menganiaya dan menzalimimu wahai puan, tetapi dia menganiaya dan menzalimi dirinya sendiri...

*Tuan Syeikh tunduk dan tiba-tiba mengalirkan air mata. Dia menangis sebak. Si isteri berasa pelik, lalu bertanya;

Isteri: Kenapa tuan menangis?

Syeikh: Aku berasa sedih dan amat takut kepada Allah. Aku kasihan kepada suamimu itu. Di akhirat nanti, sudah pasti kamu akan mengheretnya ke neraka Allah. Susah dan sukarnya menjadi seorang suami. Bahu seorang suami ini berat dan sarat mahu menanggung beban dosa yang banyak. Untungnya kalian para isteri. Walau di dunia Allah perintahkan kalian wajib taat dan patuh kepada suami, itu hanya sekejap sahaja.

Kesusahan dan kesulitan kalian hanya di dunia, sedang kami para suami, tertanggung hingga ke akhirat. Pulanglah wahai puan, andai kamu masih menyayangi suamimu, maafkanlah dia. Andai kamu tidak memaafkan dia, dan tidak redha akan perbuatannya, maka tertanggunglah di bahunya dosa yang berat itu hingga ke akhirat.

* Isteri itu pulang, tetapi kali ini wajahnya cerah dan bibirnya mengukir senyum mengenangkan janji-janji Allah yang disampaikan oleh tuan Syeikh.


Sumber : Copy & Paste

29 Ogos 2014

RISAU

HARI itu, seseorang menjumpai UMAR BIN ABDUL AZIZ. Khalifah dari Bani Umaiyyah yang sangat terkenal itu. Didapatinya Umar sedang menangis. Sendirian.

“Mengapa engkau menangis wahai Amirul Mukminin?” tanya orang itu dengan hati-hati. “Bukankah engkau telah menghidupkan banyak sunnah dan menegakkan keadilan?” tanya orang itu lagi dengan nada menghibur.

Umar masih terus menangis. Tidak ada tanda-tanda ia akan berhenti dari tangisnya. Beberapa saat kemudian, barulah ia menyahut seraya berkata, ”Bukankah aku kelak akan dihadapkan pada pengadilan Allah, kemudian aku ditanya tentang rakyatku. Demi Allah, kalau benar aku telah berbuat adil terhadap mereka, aku masih mengkhawatirkan diri ini. Khawatir kalau diri ini tidak dapat menjawab pertanyaan seandainya banyak hak rakyatku yang aku zalimi?”

Air mata Umar terus mengalir dengan derasnya. Tidak lama berselang setelah hari itu, Umar menghadap Allah SWT. Ia pergi untuk selama-lamanya.

 

PANTUN BERKAT

 Umur tak berkat jika melambat-lambatkan solat,
 Harta juga tak berkat jika tidak di keluarkan zakat;
 Keberkatan umur tak dapat di ukur atau di sukat,
 Keberkatan harta renung-fikir dari mana dapat.

 
copy & paste

UNGKAPAN ROMANTIS LEWAT HUKUM TAJWID

Saat pertama kali berjumpa denganmu...aku bagaikan bertemu dengan SAKTAH...hanya bias terpana...dengan menahan nafas sebentar. Aku di matamu mungkin bagaikan NUN MATI di antara IDGHAM MAAL GHUNNAH...terlihat...tapi dianggap tiada. Aku ungkapkan maksud dan tujuan perasaanku seperti IZHAR...jelas dan terang. Sejenak pandangan kita bertemu...lantas tiba-tiba semuanya itu seperti IDGHAM MUTAMAASILAIN...melebur menjadi satu.

Cintaku padamu umpama MAD LAZIM...paling panjang di antara yang lain. Setelah kau terima cintaku...hatiku seperti QALQALAH KUBRO...terpantul-pantul dengan keras. Dan akhirnya...setelah lama kita bersama...cinta kita seperti IQLAB...ditandai dengan dua hati yang menyatu. Sayangku padamu seperti MAD TOBI'IE dalam Al-Quran...banyakkkkk.....!!!

Semoga dalam hubungan kita ini...seperti IDGHAM BILAGHUNNAH...cuma berdua...Lam dan Ro'. Layaknya seperti WAQAF MUANNAQAH...hanya boleh berhenti di salah satunya...kau atau aku??? Meskipun perhatianku terlihat sembunyi seperti ALIF LAM SYAMSIAH...namun cintaku padamu seperti ALIF LAM QOMARIAH...terbaca jelas.

Kau dan aku seperti IDGHAM MUTAJANISAIN...perjumpaan 2 huruf yang sama makhrajnya...tapi berlainan sifatnya. Aku harap cinta kita umpama WAQAF LAZIM...terhenti sempurna di akhir hayat. Sama halnya dengan MAD ARIDH...di mana tiap mad bertemu LIN SUKUN ARIDH akan terhenti...seperti itulah pandanganku ketika melihatmu. Layaknya hukum TAFKHIM...begitulah namamu bercetak tebal di hatiku. Umpama hokum IMALAH yang dikhususkan untuk Ro' saja...begitulah juga aku yang hanya untukmu...

Semoga aku menjadi yang terakhir untukmu...seperti MAD ARIDH LISSUKUN....


Sumber :  TG Dato' Tuan Ibrahim Bin Tuan Man

26 Jun 2014

BUNGKUS & ISI

"Rumah yang indah" hanya bungkusnya..
"Keluarga bahagia" itu isinya...
 



"Kekayaan" itu hanya bungkusnya..
"Hati yang bahagia" itu isinya...

  "Kecantikan dan Ketampanan" hanya bungkusnya..
"Kepribadian dan hati" itu isinya...

"Bicara" itu hanya bungkusnya..
"Kenyataan" itu isinya...

"Buku" hanya bungkusnya..
"Pengetahuan" itu isinya...


"Hidup di dunia" itu bungkusnya..
"Hidup sesudah mati" itu isinya...

Utamakanlah ISI-nya..
Namun rawatlah BUNGKUS-nya...

Sumber: copy & paste

Kuat...tapi..

★ BESI itu kuat,
 tapi API mampu meleburkannya

☆ API itu kuat,
tapi AIR mampu memadamkannya

★ AIR itu kuat,
tapi AWAN mampu menyerapnya

☆ AWAN itu kuat,
 tapi ANGIN mampu menolaknya

★ ANGIN itu kuat,
tapi BUKIT mampu menghalanginya

☆ BUKIT itu kuat,
tapi MANUSIA mampu menghancurkannya

★ MANUSIA itu kuat,
 tapi NAFSU mampu menundukannya

☆ NAFSU itu kuat,
tapi IMAN mampu mengalahkannya

Tapi bila IMAN KUAT,
tiada apa yang mampu mengalahkannya

Ya ALLAH...
 Kuatkan IMAN kami
di mana saja kami berada...
Aamiin...

PESONA AKHLAK RASULULLAH SAW

Suatu ketika Rasulullah SAW berjalan di Kota Makkah. Beliau melihat seorang wanita tua menunggu seseorang yang boleh diminta tolong membawakan barangnya.

 Sebaik saja Rasulullah SAW lalu di depannya, ia memanggil, “Ya ahlal Arab! Tolong bawakan barang ini, nanti akan kubayar.”

Rasulullah SAW
sengaja lalu di hadapan nenek itu kerana berhasrat hendak menolongnya. Ketika Rasulullah SAWmenghampirinya, beliau segera mengangkat barang-barang itu lalu berkata, “Aku akan mengangkatkan barangmu tanpa bayaran.”

Nenek tua itu amat senang mendengar perkataan tersebut kerana selama ini amat jarang orang membantunya tanpa bayaran. Biasanya, walaupun tidak meminta, tetapi jika dia memberi bayaran, orang dengan senang hati akan menerimanya. Dia memandang wajah Rasulullah SAW yang bersih dan tenang. Dia yakin anak muda yang menolongnya kini adalah seorang pemuda yang berbudi luhur.

Di tengah perjalanan, wanita itu menasihati Rasul. “Khabarnya di Kota Makkah ini ada seorang yang mengaku nabi, namanya Muhammad. Hati-hatilah engkau dengan orang itu. Jangan sampai engkau terperdaya dan mempercayainya.”

Nenek tua itu sama sekali tidak tahu bahwa pemuda yang menolongnya dan kini bersamanya adalah Muhammad Rasulullah.

Maka, Rasulullah SAW berkata kepadanya, “Aku ini Muhammad ...”

Nenek tua itu terperanjat apabila mengetahui pemuda yang menolongnya adalah Muhammad yang diceritakannya. Maka, pada saat itu juga nenek itu langsung meminta maaf dan bersyahadat. Ia pun kemudian memuji akhlak Rasul. “Sungguh engkau memiliki akhlak yang luhur.”

Sumber : copy & paste

22 Jun 2014

Aduhai hati....

 
tenang hatiku tenang
jangan menangis lagi
biar luka semalam
terus berlalu pergi

sabar hatiku sabar
reda takdir Ilahi
kasih takkan pudar
duka jangan kembali






 


24 Mei 2014

12 Mei 2014

10 Tabiat Yang Merosakkan Otak

1. Tidak mengambil sarapan pagi.

Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kura...


ng aktif.

2. Terlebih makan.

Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.

3. Perokok.

Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit 'Alzheimer'.

4. Penggunaan gula yang berlebihan.

Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.

5. Pencemaran udara.

Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia.Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.

6. Terlebih tidur.

Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.

7. Menutup muka ketika tidur.

Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.

8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat.

Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.

9. Kurang berimiginasi.

Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan otak menurun.

10. Jarang berfikir.

Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita.

Sumber: Copy & Paste

JANGAN SILAP!

Jangan menilai orang dari rupanya....kerana Rasulullah melihat si pendek tak menawan .....Julaybib r.a dikejar kejar oleh para bidadari surga.

Jangan silap .....Berilah kesempatan seseorang untuk berubah...kerana seseorang yang hampir membunuh Rasulpun kini terbaring disebelah makam beliau....Umar bin Khattab.

Jangan melihat seseorang dari masa lalunya. Seseorang yang pernah berperang melawan agama Allahpun akhirnya menjadi pedang-nya Allah ...Khalid bin Walid.

Jangan memandang orang dari status dan hartanya....kerana sepatu emas Fir'aun berada di neraka, sedangkan sandal usang Bilal bin Rabah terdengar di syurga.

04 Mei 2014

55 Amalan Sunnah Rasulullah SAW

 1. PANDANGAN MATA
Pandangan mata adalah anak panah iblis. Lihat bukan muhrim sekali saja. Lihat kali kedua akan hilang nikmat ibadah 40 hari. Tiada kusyuk.

2 MAKAN GARAM
Celup jari kelingking dalam garam, menghisapnya sebelum dan selepas makan. Garam adalah penawar paling mujarab keracunan dan boleh menghalang sihir.

3. MINUM TANGAN KANAN
Senti...
asa minum memegang gelas dengan tangan kanan. Iblis minum dengan tangan kiri.

4. SESAAT DI JALAN ALLAH
Sesaat berdiri di jalan Allah lebih baik dari solat di depan hajarul aswad pada malam Qadar walaupun hanya sekadar "hai kawan ayuhlah kita solat"

5. LANGKAH KANAN
Masuk masjid kaki kanan, keluar kaki kiri. Masuk rumah kaki kanan, keluar rumah kaki kiri. Masuk tandas kaki kiri, keluar kaki kanan.

6. MAKAN TIGA JARI
Nabi s.a.w makan kurma dengan 3 jari iatu jari ibu, telunjuk dan hantu. Kita makan nasi kalau susah bolehlah dengan 3 suapan pertama ikut sunnah.

7. JAMINAN ALLAH
3 orang mendapat jaminan Allah iaitu orang yang memberi salam sebelum masuk rumah, orang yang keluar ke masjid dan orang yang keluar ke jalan Allah.

8. GUNTING BULU
Apabila lelaki dan perempuan tidak menggunting, mengemas bulu kemaluan dan ketiak selama 40 hari, maka iblis akan bersarang dan berbuai di situ.

9. JANGAN BERSIUL
Jangan bersiul kerana sewaktu mula-mula dibuang ke dunia, iblis mengembara sambil bersiul-siul dan orang yang bersiul itu adalah penghibur iblis.

10. CARA POTONG KUKU TANGAN
Mula dari jari telunjuk yang kanan terus ke kanan sampai kelingking kanan, disambung dari kelingking kiri ke ibu jari kiri hingga ibu jari kanan.

11. CARA POTONG KUKU KAKI
Mula dari kelingking kanan ke sebelah kiri sampai kelingking sebelah kiri.

12. PANJANG LENGAN BAJU
Panjang lengan baju Rasulullah SAW adalah hanya sampai pergelangan tangan sahaja.

13. PAKAIAN KESUKAAN
Pakaian kesukaan Rasulullah SAW adalah gamis iaitu baju labuh atau kurta.

14. BERSIWAK
Jika didahului dengan bersiwak (bersugi), satu kali anda bertasbih maka Allah hitung 70 kali bertasbih. Jika bersolat akan dihitung 70 kali solat.

15. DOA DALAM SUJUD
Saat yang paling hampir antara seseorang hamba dengan Tuhannya ialah ketika bersujud kerana itu hendaklah kamu memperbanyakkan doa di dalamnya.

16. ADAB DI TANDAS
Masuk tandas kaki kiri, pakai alas kaki dan tutup kepala.

17. ADAB MAKAN
Hendaknya menghindarkan diri dari kenyang yang melampaui batas. Sepertiga makanan, sepertiga minuman dan sepertiga lagi untuk bernafas.

18. TIGA JENIS ORANG
3 jenis orang yang tidak akan dipandang oleh Allah SWT pada hari kiamat iaitu orang tua penzina, Raja yang berdusta, orang miskin yang sombong.

19. PAKAI MINYAK WANGI
Memakai minyak wangi adalah Sunnah maka pakailah terutama ketika hendak bersolat, ke masjid atau ke mana sahaja.

20. AMBIL WUDUK SEBELUM TIDUR
Gosok gigi dan ambil wuduk sebelum tidur malam kerana menjadi amalan yang sangat dirahmati dan menghindar gangguan iblis dan syaitan.

21. CINCIN PERAK
Pakai cincin perak di kelingking kanan atau kiri. Akan mendapat pahala Sunnah berterusan selama memakainya.

22. SOLAT FARDHU DI MASJID
Nabi SAW tidak pernah solat fardhu di rumah. Setiap langkah kanan ke masjid akan diangkat satu darjat dan langkah kiri akan dihapus satu dosa.

23. PAKAI CELAK
Gunakan celak ismid (dari galian) kerana ia menguatkan penglihatan dan menumbuhkan bulu mata. Setiap malam dicalit tiga kali pada mata kanan dan kiri.

24. PANJANG PAKAIAN
Panjang pakaian , jubah atau seluar seorang muslim adalah antara setengah betis dan tidak melebihi buku lali .

25. SOLAT FARDHU BERJEMAAH
Solat fardhu berjemaah di masjid dibayar 27 kali lipat dari solat sendirian di rumah. Jika anda waras dan sempurna akal, di manakah anda akan solat?

26. MENGUAP
Menguap adalah dari syaitan. Bila rasa hendak menguap, tahanlah atau tutuplah mulut dengan belakang tangan kerana syaitan akan masuk melalui mulut.

27. MENYIMPAN JANGGUT
Memotong misai dan menyimpan janggut. Lebih afdal dengan jambang sekali. Diberi pahala amal berterusan selama menyimpannya.

28. JANGAN MENGHADAP KIBLAT KETIKA BUANG AIR
Jangan menghadap / membelakang Kiblat ketika buang air kecil / besar. Dibolehkan bila dalam bangunan, itupun kalau terpaksa.

29. WARNA PAKAIAN RASULULLAH
Disunatkan memakai pakaian berwarna putih kerana Rasulullah SAW menyukai pakaian berwarna putih.

30. POSISI TIDUR
Posisi tidur yang dianjurkan ialah mengereng di atas rusuk kanan, muka dan badan mengadap kiblat dan tapak tangan kanan di bawah pipi.

31. MINUM LEPAS MAKAN
Lepas makan nasi jangan terus minum. Tunggu sebentar anggaran selama berjalan 40 langkah barulah minum.

32. TIDUR SEBELUM ZOHOR
Tidur sebentar sebelum Zohor kerana ianya membantu ibadah di malam hari dan bangun sebelum gelincir matahari untuk solat Zohor.

33. BERDIRI HORMAT
Rasulullah SAW membenci perbuatan orang bangun dari tempat duduk dan berdiri memberi hormat apabila baginda lalu atau masuk ke suatu majlis.

34. PAKAIAN BERWARNA
Dilarang memakai pakaian warna kuning kemerahan seperti yang dipakai oleh sami Hindu / Buddha khususnya bagi lelaki.

35. MAKAN DENGAN ORANG MISKIN
Rasulullah SAW suka memberi makan atau makan bersama orang miskin. Jika kita makan bersama orang miskin, hendaklah kita mendahulukan mereka.

36. MENU RASULULLAH
Rasulullah SAW membuka menu sarapannya dengan segelas air sejuk yang dicampur dengan sesendok madu asli.

37. PEMBERIAN YANG TIDAK BOLEH DITOLAK
Ada 3 pemberian yang tidak boleh ditolak iaitu bantal, minyak wangi dan susu.

38. KETAWA RASULULLAH
Ketawa Rasulullah SAW hanyalah senyuman.

39. MINUMAN RASULULLAH
Minuman yang paling disukai oleh Rasulullah SAW adalah minuman yang manis dan dingin.

40. HISAP AIR DALAM HIDUNG
Ketika membersihkan diri setelah bangun tidur jangan lupa menghisap air ke dalam hidung 3x kerana syaitan bermalam dalam lubang hidung.

41. BERI MAKAN ANAK YATIM
Nabi SAW suka memberi makan anak yatim. Sesiapa yang duduk makan bersama anak yatim dalam satu bekas, syaitan tidak akan menghampiri bekas tersebut.

42. LARANGAN PAKAI CINCIN
Dilarang memakai cincin di jari telunjuk dan jari tengah.

43. BANGUN TIDUR
Nabi SAW bangun tidur lalu duduk seraya mengusap muka dengan telapak tangan agar hilang ngantuknya dan membaca doa bangun tidur.

44. KONGSI MAKANAN
Jangan kedekut berkongsi makanan. Nabi SAW suka makan makanan yang banyak tangan memakannya.

45. 4 RAKAAT SEBELUM ZOHOR
Solat 4 rakaat setelah gelincir matahari sebelum zohor. Saat itu pintu langit dibuka untuk menerima amal soleh dan tertutup ketika solat zohor.

46. ISTIGHFAR
Nabi SAW beristighfar kepada Allah mohon keampunan dosa dan bertaubat setiap hari lebih dari 70 kali.

47. JANGAN MENCACI MAKANAN
Jangan mencaci makanan. Jika suka, makanlah , jika tidak suka biarkan sahaja.

48. APABILA BERTAMU
Apabila bertamu, jangan berdiri memberi salam di depan muka pintu tetapi dari sisi agar terpelihara pandangan dari melihat terus ke dalam rumah.

49. JAWAB SALAM DALAM TANDAS
Tidak diperkenan menjawab salam ketika di dalam tandas kerana ada lafaz Allah dalam kalimah jawab salam. Cukup dengan berdehem atau isyarat suara.

50. MAKANAN PANAS
Rasulullah SAW melarang meniup makanan panas. Hendaklah biarkan sejuk sedikit hingga mudah untuk dimakan.

51. GILIRAN MINUM
Jika berkongsi minum dalam satu bekas atau botol, hendaklah memberi giliran minum yang berikut kepada orang yang di sebelah kanan.

52. 3 AMAL
Nabi SAW menasihati jangan meninggalkan 3 amal iaitu puasa 3 hari sebulan (afdal 13,14,15 hb Hijrah), solat Dhuha dan solat sunat Witir.

53. JANGAN TIDUR MENIARAP
Jangan tidur meniarap kerana ia adalah posisi tidur ahli neraka dan yang dibenci Allah.

54. CARA PEGANG MISWAK
Miswak dipegang dalam keadaan jari kelingking dan ibu jari di bawah miswak dan jari lain di bahagian atas.

55. DUA RAKAAT SEBELUM SUBUH
Dua rakaat sunat sebelum solat fardhu Subuh itu adalah lebih baik dari dunia dan segala isinya....

setelah kuamati.......

Aku mengamati semua sahabat,
 dan tidak menemukan
sahabat yang lebih baik
daripada menjaga lidah.
Aku memikirkan tentang semua pakaian,
tetapi tidak menemukan
pakaian yang lebih baik
 daripada takwa.
Aku merenungkan
tentang segala jenis amal baik,
namun tidak mendapatkan
 yang lebih baik
daripada memberi nasihat baik.
Aku mencari segala bentuk rezki,
tapi tidak menemukan
rezeki yang lebih baik
 daripada sabar.

(Umar bin Khatab)

19 April 2014

3 WAKTU DILARANG MANDI


1. 30 minit setelah Solat Asar
2. Setelah Solat Maghrib
3. Setelah Solat Isyak sehingga jam 12 malam

Penjelasan:
1. 30 minit setelah Solat Asar itu adalah waktu di mana darah di dalam tubuh kita ketika itu sedang panas. Jika kita mandi ketika itu, akan menjadikan badan kita lelah dan penat untuk melakukan pekerjaan.

2. Setelah Maghrib, jantung kita telah mulai lemah untuk melakukan pekerjaan. Jadi, kajian menunjukkan bahawa jika kita mandi ketika ini, akan menyebabkan paru-paru boleh dimasuki air sehingga penyakit paru-paru berair.

3. Setelah waktu Isyak, ini merupakan waktu jantung kita berehat. Jika mandi ketika ini akan menyebabkan kerosakan jantung akibat kemasukan air.

Sebaiknya, mandi 1 jam selepas jam 12 malam ( mungkin agak janggal ) iaitu antara jam 2-3 pagi, akan memberikan tenaga kepada badan seperti mana bateri yang lemah dicas semula.

Wallahua'lam.

12 April 2014

Lepas ni...tak nak solat lambat lagi!!

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.

Waktu Subuh

Pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda y...
ang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.

Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) – dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu.

Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Waktu Zuhur

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak?

Waktu Asar

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu ). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita. Nak subur? Sila segerakan solat Asar anda!

Waktu Maghrib

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Waktu Isyak

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya . kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.

Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah S.W.T. tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah S.W.T. mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya.

Sumber : Copy & Paste

05 Mac 2014

Secebis kisah......

Seorang guru yang separuh umur berjalan-jalan santai bersama seorang remaja, salah seorang di antara murid-muridnya di sebuah taman. Di sela-sela waktu terdengar ketawa kecil anak remaja tersebut. Mereka kelihatan sebagai kawan yang sangat akrab walaupun dengan perbezaan usia yang sangat zahir.

Sedang berjalan, mereka terlihat sepasang kasut yang sudah
 using dan hampir reput bersama beberapa barangan peribadi tukang kebun yang using.


 Remaja itu melihat gurunya sambil mengusul:
"Bagaimana kalau kita usik tukang kebun ini dengan sembunyikan kasutnya, kemudian kita berlindung di belakang rimbun? Dia datang, pasti terkejut.. Jom kita tengok bagaimana dia terkejut dan cemas! He he”

Guru yang alim dan bijak itu menjawab:

"Anakku, tidak elok kita berseronok dengan mempermainkan orang, apatah lagi pada orang yang susah. Kamu kan seorang yang senang, dan kamu boleh sahaja menambah kebahagiaan untuk orang tu? Sekarang saya cadangkan kamu masukkan beberapa keping duit kertas ke dalam kasutnya, kemudian saksikan bagaimana respon tukang kebun tu?"

Pemuda itu terpegun dengan usulan gurunya, bersetuju dan segera berjalan untuk memasukkan wang ke dalam kasut tersebut. Kemudian mereka bersembunyi di belakang rimbunan pepohon..

Selang beberapa waktu, datanglah seorang lelaki dalam lingkungan 40 an, bajunya basah dengan peluh, sambil mengibas-ngibaskan kotoran dari pakaiannya. Dia berjalan menuju tempat barangan yang tinggalkan.

Beliau memasukkan kakinya ke dalam kasut, merasai sesuatu di dalamnya. Dia cuba keluarkan, bila dilihatnya benda asing itu adalah wang kertas, mukanya berubah, dia terpegun.
Ada beberapa keping dalamnya!!

Dia memeriksa sebelah lagi, mukanya hampir pucat melihat wang yg lebih banyak!!!
 Dia menatap wang itu berulang-ulang, seolah-olah tidak percaya dengan matanya.  Dia melihat ke segala penjuru, seolah-olah mencari orang disekitarnya.. mungkin nak bertanyakan sesuatu..

Beliau mendapati dirinya kesaorangan!!

Dengan segera ia memasukkan wang itu ke dalam sakunya dan terus berlutut sambil melihat ke langit dan menangis.

Dia berteriak dengan suara tinggi, seolah-olah berbicara dengan Allah Ar Razzaq (Pemberi Rezeki)

“Aku bersyukur kepada-Mu, Ya Allah, Tuhanku.

Wahai Yang Maha Tahu, isteriku sakit dan anak-anakku kelaparan. Mereka belum menjamah apa2 pun hari ini.

Engkau telah menyelamatkanku, anak-anak dan isteri dari kecelakaan ini ya Allah".

Dia terus menangis dalam waktu cukup lama sambil memandang ke
langit sebagai ungkapan rasa syukurnya atas kurnia dari
Allah Yang Maha Pemurah.

Murid tadi, sangat terharu dengan apa yang dilihat.
Air matanya meleleh tanpa dapat dibendung.

Guru yang bijak terus bersuara:

“Bukankah sekarang kamu rasa lebih bahagia
dari mengusik orang lain dan lucu melihat orang yang kehilangan barangan?”

Pemuda itu segera menjawab,

“Hari ini aku mendapat pelajaran yang tidak akan mungkin aku lupakan seumur hidupku. Sekarang aku baru faham makna kalimah yang dulu belum aku fahami sepanjang hidupku:

“Ketika kamu memberi, kamu akan mendapatkan kebahagiaan yang lebih banyak dari pada kamu mengambil”.

copy&paste

LIMA PESANAN BUATMU....WAHAI DIRI


 
Jika engkau bertemu dengan
orang yang LEBIH PANDAI,
itulah waktu untuk engkau
MENUNTUT ILMU
 
Jika engkau bertemu dengan
orang yang SAMA PANDAI,
itulah waktu untuk engkau
BERKONGSI ILMU
  
Jika engkau bertemu dengan
orang yang KURANG PANDAI,
itulah waktu untuk engkau
MENYAMPAIKAN ILMU
  
Jika engkau bertemu dengan
orang yang banyak BICARA PERKARA AKHIRAT,
itulah waktu untuk engkau
TUMPANG SEKAKI
 
Jika engkau bertemu dengan
orang yang banyak BICARA PERKARA DUNIAWI,
itulah waktu untuk engkau
DIAM...DAN BERLALU PERGI.
 
 
copy&paste


14 Januari 2014

Tanda Berhenti Dalam Al-Quran

HEBATNYA SOLAT MALAM!


 Fudhail bin ‘Iyâdh berkata, “Bila engkau tidak sanggup melaksanakan solat (tahajjud) di malam hari dan puasa di siang hari, maka ketahuilah bahawa engkau orang yang terhalang (dari kebaikan) lagi banyak dosa.”

Seorang lelaki berkata kepada Hasan al-Bashri , “Sesungguhnya aku tidur dalam keadaan sihat, aku sangat ingin bangun melaksanakan solat malam dan telah ku persiap
kan air untuk bersuci, namun mengapa aku tetap tidak mampu bangun (di sepertiga malam terakhir) ? ” Beliau menjawab, “Engkau telah dibelenggu oleh dosa-dosamu.”

Bila seseorang tidak sanggup mengerjakan solat malam, maka hendaklah dia merenungi pernyataan seorang dari generasi Salaf, “Bila engkau belum sanggup mengambil bahagian di waktu malam, maka janganlah engkau bermaksiat kepada Rabbmu di waktu siang.”

Sahl bin Sa’ad menuturkan,
“Jibril pernah datang menemui Nabi lalu berkata,
“Hai Muhammad! Hiduplah sesukamu, sesungguhnya kematian pasti akan menjemputmu. Cintailah siapa saja yang engkau senangi, sesungguhnya engkau pasti akan berpisah dengannya. Dan beramallah semaumu, sesungguhnya engkau akan menuai balasannya”.

Kemudian Jibril berpesan,
“Hai Muhammad, kemuliaan seorang Mukmin terletak pada solat malam dan kehormatannya adalah pada saat ia tidak lagi bergantung pada manusia.”
 
 (HR. Thabrani dan dinilai hasan oleh Syaikh al-Albâni dalam silsilah ahâdîtsis shahîhah, no. 831)....

UBAT MALAS BERIBADAH

Imam al-Haddad pernah ditanya mengenai ubat bagi orang yang merasa berat untuk melakukan kebajikan dan cenderung mengikut hawa nafsu. Beliau menjawab:

Ketahuilah bahawa malas beribadah dan cenderung mengikut hawa nafsu ini disebabkan oleh 4 perkara.

(1) kejahilan, cara mengatasinya ialah dengan menuntut ilmu yang

      bermanfaat;

(2) lemah iman, cara mengatasinya ialah dengan
 bertafakkur
      mengenai kekuasaan Allah di langit dan bumi serta tekun
      beramal soleh;

(3) panjang angan-angan, cara mengatasinya ialah dengan ingatkan

      mati dan menyedari bahawa kematian dapat datang setiap saat;

(4) makan sesuatu yang syubhat, cara mengatasinya ialah dengan

     bersikap warak dan sedikit makan.

Sumber : Islam Itu Indah

SALAM MAULIDUR RASUL 2014

 
 
Peristiwa Besar yang Berlaku pada 12 Rabiul Awal

12 Rabiul Awal 11SH/20 April 571M/Hari Isnin -
Hari Kelahiran Muhammad SAW bin Abdullah Bin Abdul Mutalib

12 Rabiul Awal 1H/6 Julai 622M/Hari Jumaat -
Hari Sesampainya Muhammad SAW bin Abdullah Bin Abdul Mutalib dan Rombongan ke Bumi Madinah Dari Mekah (Peristiwa Hijrah Kali Pertama) (Umur 52 tahun)

12 Rabiul Awal 11H/7 Jun 632M/Hari Isnin -
Hari Wafatnya Manusia Agung Muhammad SAW bin Abdullah Bin Abdul Mutalib (Umur 63 Tahun)

# Tarikh Lahir pada 12 Rabiul Awal terdapat Khilaf tetapi yang paling Masyhur ialah 12 Rabiul Awal.
# Baginda Diangkat Menjadi Rasul ketika umur 40 Tahun iaitu pada 12 Tahun SH.
# Sudah 1424 Tahun Baginda Kembali Bertemu Temannya Yang Maha Tertinggi.
# SH ialah Sebelum Hijrah
 
Sumber:  copy & paste

Kisah Si Penggembala Kambing

Seorang lelaki yang sedang sibuk menggembalakan kambing-kambingnya di padang rumput dihampiri seorang cendekiawan. Terjadilah perbincangan antara keduanya. Dari perbincangan itu, cendekiawan itu mengetahui bahawa penggembala itu buta huruf.

“Mengapa engkau tidak belajar?” Tanya cendekiawan.

“Aku telah mendapatkan ibu semua ilmu. Kerana itu, aku tidak perlu belajar lagi,” jawab penggembala mantap.

“Cuba jelaskan pelajaran apa yang telah kamu peroleh!” pinta sang cendekiawan.


Sambil menatap lelaki berpenampilan rapi itu, penggembala menjelaskan : “ Ibu semua ilmu pengetahuan ada lima.
Pertama, selagi masih ada peluang untuk bersikap jujur, aku tidak akan berbohong.
Kedua, selama masih ada makanan halal, aku tidak akan memakan makanan haram.
Ketiga, jika masih ada kekurangan dalam diriku, aku tidak akan mencari-cari keburukan orang lain. Keempat, selagi rezeki Allah masih ada di bumi, aku tidak akan memintanya kepada orang lain. Kelima, sebelum menginjakkan kaki di syurga, aku tidak akan  melupakan tipu daya syaitan.”

Cendekiawan itu sangat kagum atas jawapan penggembala lalu berkata, “Kawan, semua ilmu telah terkumpul dalam dirimu. Siapapun yang mengetahui kelima hal yang kau sebutkan tadi dan dapat melaksanakanya, tidak memerlukan buku-buku ilmu lagi.”

01 Januari 2014

5 SYARAT MELAKUKAN MAKSIAT

Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, “Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat.”

Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, “Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka bolehlah kamu melakukan maksiat.”

Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya, “Apakah syar...
at-syarat itu, wahai Aba Ishak?”

Ibrahim bin Adham berkata, “Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya.”

Mendengar itu dia mengenyitkan kening seraya berkata, “Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah?”

“Ya!” tegas Ibrahim bin Adham. “Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar laranganNya?”

“Yang kedua,” kata Ibrahim, “Kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumiNya!”

Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya, “Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezekiNya dan tinggal di bumiNya, sedangkan kamu melanggar segala laranganNya?”

“Ya! Anda benar.” kata lelaki itu.

Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab, “Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat olehNya!”

Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, “Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?”

“Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?” kata Ibrahim.

Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat. Ibrahim melanjutkan, “Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya; Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh.”

Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, “Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?”

“Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?”

“Baiklah, apa syarat yang kelima?”

Ibrahim pun menjawab, “Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya.”

Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, “Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya.”

Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. “Mulai saat ini aku bertaubat kepada Allah.” katanya sambil terisak-isak.

Kejujuran Mubarak

Dikisahkan dari Mubarok, ayahanda Abdullah bin al-Mubarak bahwasanya dia pernah bekerja di sebuah kebun milik seorang majikan.

Suatu ketika majikannya datang padanya dan mengatakan,
"Hai Mubarak, aku ingin satu buah delima yang manis, tolong ambilkan."

Mubarak pun bergegas menuju salah satu pohon dan mengambilkan delima.
Majikan tadi lantas memecahnya, ternyata yang ia dapat...
i buah delima yang diambilkan Mubarak belum begitu matang dan rasanya pun masih masam.

Dia pun marah kepada Mubarak sambil mengatakan,
"Aku minta buah yang manis malah kau beri yang masih masam. Cepat ambilkan yang manis."

Mubarak pun beranjak dan memetik dari pohon yang lain.
Setelah dipecah oleh sang majikan, didapati rasanya sama, masih masam.

Majikannya bertambah marah lagi, dan kejadian ini berlangsung sampai buah delima yang ketiga.

Sang majikan lalu bertanya,
"Kamu ini pegawai macam apa. Apa kamu tidak tahu mana delima yang manis dan yang masih masam."

Mubarak menjawab, "Tidak."
"Kenapa engkau tidak mengetahuinya," tanya majikan.
"Sebab selama aku di sini aku tidak pernah makan buah dari kebun ini," kata Mubarak.
"Kenapa engkau tidak mencubanya," tanya majikan lagi.
"Karena Anda belum mengizinkan aku makan buah delima dari kebun ini. Dan aku tidak akan memakan makanan hingga aku mengetahui kehalalannya yaitu dengan ijznmu," Jawab Mubarak.

Pemilik kebun itu heran dengan jawaban itu, tatkala ia tahu akan kejujuran dan kehati-hatian budaknya itu.
Mubarak amat mulia dalam pandangan matanya dan bertambah pula nilai Mubarak di sisi sang majikan.

Kebetulan majikan tadi mempunyai seorang anak perempuan yang banyak dilamar oleh orang.
Dia mengatakan,
"Wahai Mubarak, menurutmu siapa yang layak memperistri putriku ini."

"Dulu orang jahiliyah menikahkan putri mereka atas dasar keturunan, orang Yahudi menikahkan kerana harta, sementara orang Nasrani menikahkan kerana keelokan paras.
Dan Umat Islam menikahkan kerana agama, maka sebaiknya anda mencarikan dia suami yang agamanya baik,' jawab Mubarak.

Sang majikan kembali dibuat takjub dengan jawaban Mubarak ini.
Akhirnya majikan tadi pergi dan memberitahu istrinya, katanya,
"Menurutku, tidak ada yang lebih layak untuk putri kita selain Mubarak ."

Mubarak pun kemudian dinikahkan dengan putri majikan itu.
Di kemudian hari, istri Mubarak ini melahirkan anak yang bernama Abdullah bin al-Mubarak yang terkenal seorang alim dan zuhud, pakar hadits sekaligus Mujahid.
Sampai-sampai Al-Fudhoil bin 'Iyadh mengatakan,
"Demi pemilik Ka'bah, kedua mataku belum pernah melihat orang yang seperti Ibnu Al-Mubarak ."

Semoga kita dapat mencontoh sikap jujur dan kehati-hatian Mubarak ini.
Amiin..

catatan menarik yang lepas-lepas