30 Jun 2011

SEBAGAI HAMBA ALLAH......


* Janganlah kita sombong

* Sentiasa rajin bersedekah

* Jauhi segala laranganNya

* Tunaikan zakat

* Jangan terlalu kedekut

* Jangan boros berbelanja

* Harta harus dimakmurkan

27 REJAB



27 Rejab adalaah tarikh penting dalam kehidupan seorang Muslim kerana ia memaparkan perjalanan serta pengalaman Rasulullah SAW yang naik ke Sidratul Muntaha melalui Baitul Makmur. Peristiwa ini berlaku pada 27 Rejab 620M- 10 tahun selepas kenabian Rasulullah SAW.

Israk - perjalanan di waktu malam dari Masjidil Haram di Makkah ke Masjidil Aqsa di Baitul Muqaddis,Palestin. Manakala Mikraj- perjalanan naik ke Sidratul Muntaha dari Masjidil Aqsa. Baginda menrima wahyu daripada Allah SWT termasuklah perintah kewajipan solat yang merupakan ibadat yang utama. sebagai umat Islam,peristiwa bersejarah ini perlu diingati dan dihayati agar menjadi ingatan kepada mereka yang masih leka dengan kenikmatan dan kemewahan dunia. sesungguhnya ALLAH MAHA AGUNG lagi MAHA MENDENGAR.

26 Jun 2011

PERKHEMAHAN PERDANA

Pada 25-26 Jun,SMKDWAR telah mengadakan Perkhemahan Perdana dengan kerjasama Jabatan Pertahanan Awam Malaysia(JPAM).Seramai 13 orang dari JPAM terlibat dalam program ini. Peserta didedahkan dengan pertolongan cemas,CPR,cara menyelamat mangsa serta cara memadamkan kebakaran.








Peserta juga didedahkan cara menangkap ular.



Cara memadam kebakaran.

24 Jun 2011

SELAMAT ULANG TAHUN KE 75

Kek 2 dlm 1...Hari Bapa & Hari Ulang TahunAyahnda....

Dikelilingi cucu-cucu...


Tanggal 20 Jun 2011, genaplah usia AYAHNDA, Hj Mohd Noor B Mohamad yang ke 75. Ayah dilahirkan pada tahun 1936 di Kg Pantai Telok,Kuala Terengganu. Satu majlis ringkas telah diadakan sempena sambutan HARI BAPA serta HARI ULANG TAHUN.Didoakan semoga Ayahnda dipanjangkan usia,dimurahkan rezeki,dikurniakan kesihatan yang berpanjangan dan dirahmati Allah selalu. SELAMAT HARI LAHIR, AYAH!

19 Jun 2011

SELAMAT HARI LAHIR



Selamat Ulang Tahun ke 4 buat si kecil,ABDUL ILAAH. Semoga dipanjangkan usia,dimurahkan rezeki,ditetapkan iman dan menjadi anak yang soleh.

SELAMAT HARI BAPA




SUAMI..Hj Zakaria Isa


Selamat Hari Bapa diucapkan kepada semua insan yang bergelar bapa, ayah,abah....terutama sekali buat AYAHNDA dan SUAMI. Semoga sentiasa dirahmati Allah selalu...

Sebenarnya,tarikh sambutan Hari Bapa berbeza antara sesebuah negara. Di antaranya:

19 Mac : Bolivia,Honduras,Itali, Sepanyol

19 Jun : Malaysia,Amerika,Filipina,China,HongKong ,

India,Jepun,Kanada,Pakistan,Singapura,Switzerland,UK.

17 Julai : Uruguay

4 September: Australia, New Zealand

5 Disember : Thailand

Apa pun yang tersurat mengenai sambutan Hari Bapa ini......bagi saya SETIAP HARI ADALAH HARI BAPA!

11 Jun 2011

KIAMAT MAKIN DEKAT?

Gerhana bulan


Gerhana matahari


Nabi Muhammad SAW bersabda :


Sebelum kemunculan Imam Mahdi,


akan berlaku secara berturut-turut dua gerhana pada bulan Ramadan.


Gerhana bulan atau gerhana matahari bukan saatu peristiwa pelik,tetapi apabila ia berlaku dalam bulan Ramadan,memang ia sesuatu yang agak pelik. Apatah lagi apabila berlaku secara berturut-turut dalam bulan yang sama.


Berikut adalah tarikh gerhana bulan dan matahari yang pernah berlaku berturut-turut dalam bulan Ramadan:


Tahun 1981 ( 1401 H ) : 15 Ramadan - berlaku gerhana bulan.


29 Ramadan - berlaku gerhana matahari.


Tahun 1982 ( 1402 H ): 14 Ramadan - berlaku gerhana matahari.


29 Ramadan - berlaku gerhana bulan.


Peristiwa ini telah disebut di dalam hadis lebih 1400 tahun yang lalu. Wallahu A'lam.


Sumber: Azizan Ahmad

MAKKAH DAN MADINAH BERCAHAYA DARI ANGKASA

Makkah Al-Mukarramah


Madinah Al-Munawwarah


Imej Kota Makkah dan Kota Madinah yang diambil pada waktu malam dari satelit angkasa memang jelas kelihatan terang benderang seperti bintang. Cahayanya hanya sekitar Kota Makkah dan Kota Madinah sahaja,sementara sekelilingnya gelap. Gambar ini diambil dari satelit INOKOS. Begitulah bukti kekuasaan dan keagungan Allah!




10 Jun 2011

KERJA KERJA KERJA


Cuti sekolah tinggal 2 hari lagi...namun sebagai insan bergelar guru, tiada istilah cuti mutlak. Manakan tidaknya...cuti selama 2 minggu masih lagi ditemani dengan timbunan kerja. Belum lagi dicampur dengan kerja rumah. Bermula minggu terakhir sebelum bermula, bertungkus lumus memeriksa skrip jawapan pelajar. Kemudian key in markah bukan saja untuk rekod sekolah, tetapi juga melalui online. Bila melalui online,selalu berlaku 'traffic jam'. Almaklum,masing-masing berlumba untuk key in markah. Timbul berbagai istilah yang kadangkala buat pening kepala....TOV, OTR, SISPA dan terbaru bagiku PEDIA...apedia???
Sebelum cuti berakhir, terkejar-kejar lagi siapkan minit mesyuarat dan penyusunan semula Fail Kokurikulum...adoiii....tapi mungkin tika dan saat ini boleh menarik nafas lega,walaupun hakikatnya masih ada satu kertas kerja yang belum disiapkan. Selamat kembali ke sekolah!

07 Jun 2011

TETAMU



Hari ini kami sekeluarga cukup teruja apabila menerima tetamu yang tidak disangka-sangka,En Abdullah dari Nian Thuan,Phan Rang, Vietnam. Ini adalah pertemuan kedua bagi kami sekeluarga kerana kami telah menziarahinya ketika ke Vietnam November yang lalu. Ternyata Ahmad Zuhdi dan Abdul Ilaah cukup seronok apabila bertemu kembali dengan Pakcik Abdullah. Meskipun tidak dapat bersembang kerana masalah komunikasi, namun ianya bukan penghalang untuk menjalin kemesraan....