27 Februari 2011

7 WASIAT KEPADA IBRAHIM ADHAM


Sekumpulan wakil guru tarikat telah datang berjumpa Ibrahim Adham lalu berkata:
Kami wasiatkan kamu 7 perkara ;
1. Org yg byk bicara, jgnlah kamu harapkan sgt kesedaran hatinya.
2. Org yg byk makan, jgnlah kamu harapkan sgt kata2 hikmah drpdnya.
3. Org yg byk bergaul dgn manusia, jgnlah kamu harapkan sgt kemanisan ibadahnya.
4. Org yg cinta kpd dunia, jgnlah kamu harapkan sgt husnul khatimahnya ( pengakhiran yg baik ).
5. Org yg bodoh, jgnlah kamu harapkan sgt akan hidup hatinya.
6. Org yg memilih berkawan dgn org yg zalim, jgnlah kamu harapkan sgt kelurusan hatinya.
7. Org yg byk mencari keredaan manusia, jgnlah kamu harapkan akan keredaan Allah
drpdnya.

7 WASIAT RASULULLAH SAW


Dari Abu Dza RA berkata :

Saya diberi wasiat oleh kekasihku Nabi Muhammad SAW dgn 7 mcm perkara;

1. Mencintai org2 miskin dan mendekatkan diri kpd mereka.

2. Memandang kpd org yg di bwh saya dan tdk memandang kpd org yg di atas saya.

3. Mengeratkan silaturrahim sekalipun mrk itu menjauhi saya.

4. Memperbanyakkan ucapan " LA HAULA WALA QUWWATA ILLAH BILLAH " ( Tiada daya dan kekuatan melainkan dgn pertolongan Allah )

5. Saya harus berkata yg hak ( benar ) sekalipun pahit.

6. Jgn takut dicela dlm mempertahankan agama.

7. Jgn sampai meminta sesuatu drp org lain berbanding dgn Allah.

26 Februari 2011

PAKAIAN


pakaian hati adalah keikhlasan

pakaian lidah adalah kebenaran

pakaian fikiran adalah kebijaksanaan

pakaian rasa adalah keinsafan

pakaian rohani adalah kesucian

pakaian hamba adalah pengabdian

pakaian hidup adalah ketakwaan

ANTARA KEKASIH DAN KHINZIR


Sejauh manakah kita umat akhir zaman ini menyedari hal ini???

Satu "nampak ringan"....dan satu lagi "nampak berat"...malahan jijik pula....

Sabda Rasulullah SAW:

Memegang babi itu adalah lbh baik berbanding bersentuhan ( dgn sengaja ) dgn perempuan yg bukan mahram kamu. ( HR Ibnu Majah )

Byk peringatan yg telah Rasulullah SAW sampaikan mengenai hubungan lelaki dan perempuan. Ianya tdk lain bg menyelamatkan manusia dari fitnah dunia dan seterusnya bebas dari kemurkaan Allah.Semestinya sebagai seorang Muslim....adalah menjadi kewajipan untuk kita sama-sama menjaga batas2 syariat dalam bab pergaulan antara lelaki dan perempuan....

25 Februari 2011

BICARA CINTA


Kali ini saya ingin membicarakan tentang C.I.N.T.A...tapi bukan cinta picisan yg sering dialami kalangan remaja hari ini. CINTA yg menjadi topik kali ini adalah cinta daripada seorang insan yg agung ....Cinta Rasulullah SAW kpd umatnya.Antaranya, Baginda mengungkapkan cintanya dgn ungkapan cinta yg paling murni dan sejati....sebagaimana sabda Baginda:

* Sesungguhnya diriku bagi kamu semua bagaikan seorang ayah bagi anaknya....

* Sesungguhnya perumpamaanku dgn umatku seperti seorang lelaki yg menyalakan api, lalu datang serangga dan kelkatu mengerumuni api itu. Maka aku berusaha menjauhkan kalian dari terkena api,sedangkan kalian sentiasa ingin mendekati api itu....

21 Februari 2011

BICARA TENTANG TEMAN


Nabi SAW bersabda:

Seseorang itu adalah menurut agama temannya. Justeru,adalah lebih seseorang daripada kamu meneliti dahulu siapa yg akan dijadikan temannya.

Dalam memilih teman hendaklah kita meneliti beberapa aspek. Yg paling utama ialah seseorang itu harus baik akhlaknya dan mampu mengendalikan hawa nafsunya.

Imam Ibnu Atha'illah dlm Kitab Hikam ada mengatakan dlm bentuk sindiran:

Bertemankan seorang bodoh yg tidak mengikut hawa nafsu adalah lebih baik daripada bertemankan seorang alim yg selalu menurutkan hawa nafsunya.

Mengapa??

Orang yg berilmu tetapi dipengaruhi hawa nafsu, biasanya akan membenarkan maksiat berlaku dgn pelbagai dalil. Dikhuatiri lambat laun kita akan membenarkan kemaksiatan berlaku hanya krn bersandar kpd dalil.

AJAIBNYA SEDEKAH



Nabi SAW bersabda:


Bersedekahlah kamu sebelum datangnya waktu kamu tidak boleh bersedekah.Setiap org boleh memberikan apa saja sama ada dinar,dirham,pakaian, gandum, kurma...bahkan apabila kamu hanya sekadar memberikan separuh kurma,maka berikanlah.


Sedekah bukan saja memberkati rezeki bahkan turut mensejahterakan diri krn byk sabda Nabi SAW menekankan amalan mulia ini antaranya:


* Segeralah bersedekah krn bala tidak pernah mendahului sedekah.


*Ubatilah penyakitmu dgn bersedekah.


*Banyakkan sedekah krn ia dpt memanjangkan umur.

20 Februari 2011

ASY-SYAHID HASSAN AL-BANNA


Siapakah Hassan Al-Banna?
Beliaulah : seorang hafiz Al-Quran, mujahid dakwah,ahli mantik tersohor dan pejuang Islam. Beliau syahid ditembak di Kaherah tanggal 12 Februari 1949. Semasa hayatnya,beliau sempat berwasiat.
10 WASIAT ASY-SYAHID HASSAN AL-BANNA
1. Apabila mendengar azan, maka bangunlah untuk bersolat pd waktunya walau bagaimana keadaan sekalipun.
2. Bacalah Al-quran,tatapilah buku2,pergilah mendengar perkara yg baik2,amalkanlah zikrullah,namun jgn sekali2 membuang masa walau sedikit pun dlm perkara2 yg tak berfaedah.
3. Berusahalah sedaya upaya untuk bertutur dlm Bhs Arab yg betul krn ia merupakan syiar Islam.
4. Jgnlah byk berselisih dlm apa2 perkara sekalipun krn perselisihqn kosong tdk akan memberi kebaikan.
5. Jgnlah byk ketawa krn hati yg sentiasa berhubung dgn Allah sentiasa tenang lagi tenteram.
6. Jgnlah byk bergurau krn umat yg sedang berjuang itu tdk mengerti melainkan bersungguh2 dlm setiap perkara.
7. Jgnlah bercakap lbh nyaring dr kadar yg dikehendaki oleh para pendengar krn ia suatu tabiat yg sia2 malah menyakiti hati org lain.
8. Jauhilah dr mengumpat peribadi org & jgnlah bercakap melainkan apa2 yg blh memberi kebaikan.
9. Berkenal2lah dgn setiap saudara seaqidah yg saudara temui sekalipun ia tdk meminta saudara mengenalinya krn asas gerakan dakwah islah berkasihsayang dan berkenal2lan.
10. Kewajipan kita lbh byk drpd masa yg kita ada.Oleh itu,bantulah saudaramu sendiri tentang cara2 menggunakan masa yg berfaedah & jika ada tugasan sendiri,maka segerakanlah perlaksanaannya.

AURORA

Apakah itu AURORA?
Aurora adalah satu fenomena alam yang mana cahaya semulajadi kelihatan di langit pada waktu malam terutamanya di kawasan Kutub Utara ( dikenali sebagai Aurora Borealis ) dan di Kutub selatan ( dikenali sebagai Aurora Australis ).
Apabila ia terjadi, cahaya matahari di kawasan tersebut akan bercahaya hijau dan kadang-kadang kemerahan, kelihatan seolah-olah cahaya matahari tersebut terbit dari arah yang luar biasa.
Kehebatan yang kita dapat lihat itulah sebagai satu bukti dan tanda adanya Pencipta yang MAHA BIJAKSANA yang mengatur alam ini mengikut KEHENDAK dan KEKUASAANNYA.