31 Disember 2010

MENJEJAK ISLAM DI VIETNAM

Pakaian wanita Champa di Chau Phu, An Giang ,Vietnam

Di Chau Phu ( sejauh 245km dari Ho Chi Minh City ), pengamalan Islam sgt sederhana. Kebanyakan kaum wanita di sini hanya memakai anak tudung ( sekadar menutup rambut ) dan terdapat hanya segelintir sahaja yg memakai tudung seperti wanita Islam di Malaysia.Hari-hari kebesaran Islam juga disambut dengan sederhana.

KEMBARA KASIH - VIETNAM




Kesempatan pulang ke kampung suami selama 2 minggu tidak dilepaskan begitu saja. Bermula dgn penerbangan selama hampir 2 jam dari LCCT Kuala Lumpur ke Tan Son Nhat International Airport,Ho Chi Minh City, diteruskan lagi dgn menaiki van sewa sejauh 245 km. Keadaan yang bertali arus terutama sekali motorsikal menyebabkan perjalanan mengambil masa lebih 6 jam. Akhirnya, slps Maghrib 29 Nov 2010, kami tiba di kg kelahiran suami - Ap Khanh My Xa Khanh Hoa, Chau Phu, Chau Doc, Vietnam Selatan.