29 Ogos 2011

moga bertemu lagi ya Ramadhan......

Aku lihat Ramadhan dari kejauhan....lalu kusapa ia: " Hendak ke mana?" Dengan lembut,ia berkata: " Maaf, aku terpaksa pergi,mungkin lama. Tolong sampaikan pesanku untuk orang yang bernama Muslim. Ajaklah Sabar untuk menemani hari-hari dukanya. peluklah Istiqamah saat dia keletihan dalam perjalanan bersama Taqwa. itupun Syawal...ia telah tiba...."
Kulihat Ramadhan pergi...jauh...jauh...Apakah aku akan berjumpa dengannya lagi.....?




28 Ogos 2011

INILAH KISAHKU....

Apabila heboh tentang isu murtad baru-baru ini,saya rasa terpanggil untuk menceritakan pengalaman saya berkenaan isu berkenaan. Sekitar tahun 1990 ketika menjadi siswi Jabatan Dakwah Dan Kepimpinan ( Islamic Missionary And Leadership ), Fakulti Pendidikan Islam,UKM,saya telah ditugaskan untuk menyiapkan satu kertas kerja bagi subjek Perbandingan Agama. Tugasan yang perlu saya siapkan bertajuk " Aktiviti Yang Dijalankan Oleh Kristian" berpandukan kepada buku " Kebenaran Islam Dan Pembohongan Kristian". Saya termangu-mangu sendiri.Macamana nak cari bahan? Apatah lagi, saya perlu menemubual responden untuk melengkapkan tugasan saya...dan tentu sekali responden tersebut orang yang berjawatan di gereja!
Seorang rakan saya yang kebetulan bercadang hendak balik kampung di Taiping,lantas mengajak saya bersamanya dan dia berjanji untuk membantu saya mendapatkan bahan tugasan saya. Apalagi, saya terus bersetuju.



Maahad Al-Ehya Assharif,Gunung Semanggol


Ternyata rumah sahabatnya berjiran dengan Maahad Al-Ehya Assaharif, Gunung Semanggol. Tiada bahan yang saya dapat di sini sehingga dua hari berikutnya ,kami ke bandar Taiping. Itulah buat pertama kalinya saya menjejakkan kaki di Taiping.


Gereja bersebelahan Sekolah Convent, Taiping.


Saya terus dibawa ke sebuah gereja bersebelahan SMK Convent. Rasa gementar mula menjalar. Apa saja ayat-ayat suci dan doa bersilih ganti di fikiran. Mujurlah pada waktu itu ,isu murtad belum lagi dihebohkan. Kalau tidak,entahlah apa pandangan orang yang melihat kami berdua memasuki gereja....Di sini kami bertemu dengan seorang sister bernama Sister Theresa berusia 74 tahun. Tetapi tidak banyak bahan yang diperolehi,kerana beliau seolah-olah cuba berdolak-dalik mengenai aktiviti yang dijalankan. Apatah lagi masalah komunikasi kerana beliau tidak fasih berbahasa Melayu. Jadi terpaksalah kami menemubual dalam bahasa Inggeris,walaupun kadangkala saya terkial-kial juga untuk bercakap. Dalam sesi temubual tersebut, sister tersebut menyebarkan dakyahnya. Antara lain, katanya; ikutlah agama kami, nescaya kamu akan terus ke syurga.....dan tatkala hendak pulang, dia memeluk saya erat sambil berulang-ulang berkata:"May God bless you...."


Saya pulang ke kampus dan menyiapkan tugasan dengan bahan yang tak seberapa dan ternyata tugasan saya GAGAL. Saya dikehendaki menyediakan tugasan baru dengan tajuk yang sama. Aduhhhhh.....


Pusat Gospel Kajang,Kajang ,Selangor


Dengan bantuan beberapa rakan yang berkawan yang mengenali pelajar Kristian, saya bersama 4 lagi kawan sejabatan telah dibawa ke Pusat Gospel Kajang. Di sini,kami disambut oleh beberapa gadis dengan mesra. Salah seorang dari mereka bertanya:" Are you Christian?". Bagaikan terpana mendengar soalan sebegitu,sedangkan pada waktu itu saya berpakaian sebagai selayaknya seorang Islam dan bertudung labuh.Dengan tegas saya menjawab:" No. I'm Muslim." Walaupun mereka terkejut dengan jawapan tersebut,tetapi mereka tetap melayani dengan mesra sehingga kami dibawa masuk ke dalam. Di situ diadakan syarahan agama oleh seorang pastur berbangsa Cina, nyanyian keagamaan dan edaran segelas kecil hollywater bersama sekeping roti. Setiap hadirin dikehendaki minum dan menjamah roti tersebut. Gelas air dan piring roti tersebut beredar dari satu tangan ke satu tangan sehingga akhir sekali diletakkan berdekatan dengan pastur tersebut.Selesai upacara tersebut, kami menemubual pastur tersebut,dan ternyata kami juga gagal mendapatkan bahan. Mereka merahsiakan segala kegiatan mereka. Bahkan pastur tersebut cuba memancing kami dengan menceritakan tentang kasih sayang tuhan,Jesus Christ serta konsep Trinity.
Dan buat kali kedua, tugasan saya juga GAGAL. Tapi secara jujurnya, bagi saya ianya memberi satu pengalaman baru...... agar kita sentiasa berwaspada dengan segala dakyah halus mereka....

25 Ogos 2011

MAJLIS KHATAM AL-QURAN @ RASDIAN

Satu majlis khatam Al-Quran telah diadakan pada 24 Ogos 2011 bagi meraikan 71 peserta Program Tadarus Al-Quran yang telah berjaya menamatkan bacaan mereka.

Pelajar sibuk menyiapkan bunga telur
Istimewa......telur yang dikukus

Cenderahati untuk setiap peserta

Bunga telur

Persiapan tempat

Majlis khatam A-Quran bermula


Majlis dikendalikan Ustaz Fathi Salleh

IFTAR @ RASDIAN 16 OGOS 2001

Majlis tahlil sebelum berbuka puasa




Tazkirah sebelum berbuka puasa - Ustaz Zakaria Isa.

Majlis berbuka puasa

Begitu meriah sekali

Ikatan ukhuwah terjalin mesra





BULETIN AL-IMAN EDISI KHAS AIDILFITRI 4/2011 ( BIL 11 )




24 Ogos 2011

21 Ogos 2011

Setitik Madu

Pada suatu hari,ada seorang hamba Allah yang pergi ke hutan.Tiba-tiba dia terdengar suara ngauman harimau yang sedang kelaparan. Lalu dia pun lari menyelamatkan diri manakala harimau tersebut mengejarnya dari belakang. Dia terus lari sehingga berjumpa dengan sebuah perigi lalu dia terjun ke dalam dan bergayut pada tali yang terdapat dalam perigi tersebut. Hamba Allah tersebut bergantungan di tengah perigi sedangkan harimau yang lapar itu sedang menunggunya. Dia berfikir, bagaimana untuk menyelamatkan dirinya sambil berdoa kepada Allah agar menyelamatkannya. Sedang dia berfikir bagaimana untuk selamatkan diri,tiba-tiba dia terdengar bunyi kocakan air dan muncul 2 ekor buaya yang sedang kelaparan.Apalah nasibnya,sudah jatuh ditimpa tangga. Di atas ada harimau,di bawah pula ada buaya. Dalam keadaan risau dan takut itu,dia cuba berfikir mencari jalan keluar. Tiba-tiba keluar pula seekor tikus hitam dan seekor tikus putih memanjat tali tempat hamba Allah itu bergayut dan mula menggigit tali tersebut.
Dia berfikir lagi,kalau naik ke atas,akan dimakan harimau. Kalau tunggu tali putus,akan jatuh ke bawah dan dibaham buaya. Sedang hamba Allah itu berfikir, tiba-tiba dia mendengar bunyi lebah membawa madu. Ketika dia mendongak untuk melihat lebah tersebut,setitik madu terjatuh dalam masuk ke dalam mulutnya. Punyalah nikmat hingga tak terkata." Fuhhh....punyalah sedapnya madu ini...." Kerana setitik madu itu,hamba Allah itu terlupa pada harimau, buaya dan tikus-tikus itu.....Kalau semua hendak tahu....
* Hamba Allah itu adalah kita semua...
* Harimau yang mengejar itu adalah maut
* 2 ekor buaya adalah malaikat Munkar dan Nakir
* Tali tempat bergayut itu adalah jangka hayat kita
* Tikus hitam dan putih itu adalah dunia kita siang dan malam
* Setitik madu itu adalah nikmat dan pesona dunia
Seperti kita...apabila mendapat nikmat dan terpesona dengan dunia, kita telah lupa diri...

Pesanan Luqman

Luqman Al-Hakim telah berpesan kepada anaknya,katanya:
Sepanjang hidupku,aku hanya memilih 8 kalimah daripada pusaka para nabi yang lalu iaitu:
1. Apabila engkau solat, maka jagalah baik-baik fikiranmu.

2. Apabila engkau berada di rumah orang lain, maka jagalah pandanganmu.

3. Apabila engkau hadir di tengah-tengah majlis,maka jagalah lidahmu.

4. Apabila engkau hadir dalam jamuan makan,maka jagalah perangaimu.

5. Ingatlah kepada Allah SWT.

6. Lupakan budi baikmu pada orang lain.

7. Lupakan semua kesalahan orang lain terhadapmu.

8. Ingatlah kepada mati.







08 Ogos 2011

Sanah Helwah Ya Zauji....

7 Ogos 2011-genap usia zauji yang ke 50. Zauji dilahirkan di Ap Khanh My Xa Khanh hoa ( Kg Katambong),Chau Phu, Chaudoc,Negeri Angiang,Vietnam Selatan.Didoakan semoga zauji diberikan kesihatan berpanjangan,dimurahkan rezeki dan dirahmati Allah SWT. Sanah Helwah Ya Zauji....Wa arju an....kullu aam wa antum bilkhair.....

Ai, Un Di Kun @ Kam En Anh!