21 Jun 2010

SELAMAT ULANGTAHUN KE 3 - ABDUL ILAAH

19 Jun yang lalu, genap usia si bongsuku Abdul Ilaah 3 tahun. Kebetulan pula pada hari yang sama, kami memulakan perjalanan pulang dari K Terengganu - Taiping. Semoga Abdul Ilaah menjadi anak yang soleh. Di sini kupaparkan Abdul Ilaah dari usia seminggu.



TAIPING - GRIK - KOTA BHARU - K TERENGGANU

Cuti persekolahan berakhir semalam. Kami sekeluarga pulang ke kampung di Pantai Timur.Sebelum meneruskan perjalanan ke K Terengganu, kami bermalam di PCB, Kota Bharu. Sememangnya, cuti kali ini banyak memberi kenangan bermakna buat kami.




09 Jun 2010

PETANG YANG INDAH.......

Petang yang damai macam ni....best gak kalau main layang-layang....tambah waktu cuti sekolah ni, apalagi nak buat......jom kita ke padang main layang-layang!





07 Jun 2010

BAGAIKAN PELANGI


damai hatiku
bagaikan pelangi
meniti batas-batas waktu
mencari keredaanMu
sesekali tersungkur
di lorong kaku
lantas segera kuberteleku
sujud padaMu

TIPS KESIHATAN CARA RASULULLAH SAW

* Beribadat malam,selalu bangun sebelum subuh
Kesegaran udara pagi menjadi terapi penyakit Tibi dan turut memperkuatkan minda
dan perasaan.
* Sentiasa rapi dan bersih : memotong kuku,menyikat rambut dan berminyak wangi.
* Makan apabila lapar dan berhenti sebelum kenyang.
* Gemar berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad dan mengunjungi sahabat.
* Tidak marah.
* Baginda seorang yang paling sabar,optimis dan gigih.
* Makanan kegemaran baginda adalah madu kerana madu terbukti mengandungi pelbagai
khasiat untuk kesihatan.

06 Jun 2010

Dalam betik ada betik!


Betik yang dibelah semalam,dalam betik, ada betik....4 bijik pulak tu...Subhanallah!

PIZA SEMPOI


Bila cuti sekolah ni,anak-anak asyik terperap kat rumah. Tak ada benda lain kecuali makan, makan,makan......maka terciptalah Pizza Sempoi....alaaaa...tak de bahan yang spesial pun.....
PIZZA SEMPOI
Roti canai segera
Sosej
Sos cili
Sos tomato

SAYUR OH SAYUR!



KANGKUNG
* penawar racun dalam makanan dan minuman
* sebagai pelawas
* mententeramkan rasa gelisah



PETAI
* penawar kencing manis

MINUMAN KESIHATAN

JUS OH JUS!
JUS UNTUK KESIHATAN


Tembikai susu + anggur + tembikai + susu
- meningkatkan kandungan Vitamin C dan B2
- meningkatkan pertumbuhan sel
- menguatkan anti bodi

JUS OH JUS!


Peria + epal + susu
- mengurangkan bau badan
- mengurangkan bau nafas

JUS KESIHATAN


Lobak merah + epal + pir + mangga
- menyejukkan badan
- kurangkan toksin
- kurangkan tekanan darah tinggi
- mengelakkan oksidan dalam badan

05 Jun 2010

JUS EPAL



Jus epal + timun + seleri
* elak barah
* kurangkan kolesterol
* melegakan senak perut
* melegakan sakit kepala

4 petua Imam Syafie

4 PETUA IMAM AS-SYAFIE UNTUK SIHAT

4 PERKARA MENYIHATKAN BADAN
* makan daging
* memakai haruman
* kerap mandi
* berpakaian daripada kapas

4 PERKARA MENAJAMKAN MATA
* duduk mengadap Kiblat
* bercelak sebelum tidur
* memandang benda yang hijau
* berpakaian bersih

4 PERKARA MENAJAMKAN FIKIRAN
* tidak banyak berbual kosong
* rajin gosok gigi / bersugi
* bercakap dengan orang soleh
* bergaul dengan golongan ulama

RAHSIA PEMAKANAN TOKOH & ULAMA TERDAHULU


MADU
Makanan yang sangat berkhasiat. Berkesan untuk merawati penyakit,boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat.




KURMA
Untuk menguatkan daya ingatan, membekalkan tenaga dan membentuk minda.




KISMIS
Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen mencukupi untuk disalurkan ke otak.
Adab memakannya ialah:
- mengadap Kiblat
- membaca Bismillah
- membaca Selawat sebanyak 3 kali
- doa penerang hati.




BADAM
Meningkatkan jantung dan merangsangkan otak.




SUSU SEGAR
Sangat berguna untuk kesihatan otak, menajamkan ingatan dan membekalkan tenaga mental dan fizikal.




DELIMA
Mujarab untuk penerang hati. Sabda Nabi Muhammad SAW : Sesiapa yang makan buah delima keseluruhannya,sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari.

03 Jun 2010

.....suatu petang...

SUATU PETANG....
Bersantai bersama si kecil Abdul Ilaah di sebuah warung di Batu 9 Jalan Trong. ABC dan laksa kat sini BESTTTTTT!!!!!!!



01 Jun 2010

Ila-Peja


Selamat Pengantin Baru buat anak saudaraku Azila bersama pasangannya Faizal. Semoga kekal ke akhir hayat.







kenanganku

Kenangan bersama guru pelatih UPSI.