01 Januari 2017

....ketika hujan turun...

Nabi Muhammad SAW pernah menangis ketika melihat turunnya hujan. Bila ditanya kenapa Baginda menangis melihat hujan turun?
 
Baginda menjawab;
 
Seperti inilah manusia jatuh ke dalam neraka.
 
ALLAHU AKBAR
 
ALLAHUMMA AJIRNA MINNAN NAR


...ketika hati masih lalai....

Seorang murid bertanya kepada Imam Al-Ghazali;
 
Tuan, bagaimanakah keadaanku ketika mulutku berzikir sedangkan hatiku masih lalai?
 
Lalu Imam Al-Ghazali menjawab;
 
Teruskanlah berzikir walaupun hatimu lalai kerana sekurang-kurangnya lidahmu terselamat daripada berkata-kata yang kotor dan sia-sia.


Jauhilah sifat malas dan mengeluh

Muhammad Bin Ali Bin Al-Husain Bin Ali Bin Abi Talib pernah berkata kepada anaknya;

Wahai anakku,
jauhilah olehmu sifat MALAS
 dan BANYAK MENGELUH,
kerana sesungguhnya kedua sifat tersebut
merupakan KUNCI SEGALA KEBURUKAN.
Sesungguhnya  jika engkau malas,
maka engkau tidak akan mampu
melaksanakan kewajibanmu.
Dan jika engkau banyak mengeluh,
maka engkau tidak akan sabar
dalam melaksanakan kewajibanmu!

Akibat Maki

Abu Hurairah dan Said Al-Maghburi meriwayatkan :
Ada seorang lelaki memarahi seorang sahabat Rasulullah SAW, ketika itu Rasulullah SAW duduk di sebelahnya dan Baginda cuma diam sahaja, begitu juga dengan sabat yang dimaki tadi.

Selepas orang itu selesai memaki hamun, sahabat tersebut lantas membalas makian tersebut, tetapi Rasulullah SAW bangun dan beredar dari situ. Sahabat tersebut merasa hairan dan mengekori Nabi lalu bertanya ;

Ya Rasulullah,
Dia memaki saya dan tuan pula diam,tetapi ketika saya membalas maki hamun dia,tiba-tiba tuan bangun lalu pergi.

Rasulullah SAW lantas menjawab;
Ketika kamu diam, sesungguhnya malaikat telah mengembalikan semua makian orang itu kepadanya,tetapi ketika kamu membalas makian itu,maka malaikat pergi dan syaitan pula masuk. Sesungguhnya saya tidak suka duduk bersama syaitan.




Kredit : Cikgu Abd Ghani Haron

...saat paling hina....

Saat paling hina
Aku terlupa rakaat di dalam solat
Mengadap ALLAH pun
Aku masih lupa ALLAH

Selamat Tahun Baru 2017