15 Mac 2011

BIARKAN KUDA ITU MELOMPAT!!


Pada suatu malam, Usaid bin Hudair sedang membaca Al-Quran berhampiran kandang kuda beliau.Tiba-tiba kuda beliau melompat-lompat.Apabila beliau berhenti membaca Al-Quran,kuda itu pun berhenti melompat. Beliau menyambung bacaannya lagi. Kuda itu melompat-lompat sekali lagi. Apabila beliau berhenti membaca,kuda itu pun berhenti melompat. Beliau mengulangi perbuatan tersebut beberapa kali dan begitulah juga berlaku kpd kuda tersebut. Kejadian itu telah membingungkan beliau krn ia tidak pernah dialami sebelumnya. "Eloklah saya berhenti membaca.Kalau tidak,kuda ini akan terus melompat-lompat. Saya risau kalau-kalau kawan saya si Yahya, dipijaknya nanti."kata Usaid yg risau keselamatan kawannya yg kebetulan waktu itu sedang tidur di dalam kandang.


Kemudian Usaid pergi mendekati kandang tersebut. Tiba-tiba beliau melihat seperti ada awan di atas kepalanya. Di bwh awan itu ada semacam cahaya seperti pelita yg sedang bergerak naik ke atas. Lama-kelamaan cahaya itu hilang daripada pandangan beliau. Keesokan paginya,beliau pergi berjumpa Rasulullah SAW bertanyakan hal semalam.


"Saudara teruskan membaca Quran,Usaid," kata Rasulullah SAW.


"Saya terus membaca tetapi kuda saya itu melompat-lompat," kata Usaid.


"Bacalah terus, Usaid,"kata Rasulullah SAW lagi.


"Saya terus membaca tetapi kuda saya itu.....,"kata Usaid lagi.


"Bacalah terus, Usaid,"kata Rasulullah SAW sekali lagi.


"Saya hentikan bacaan Al-Quran sebab saya risau kalau sahabat saya Yahya dipijak kuda itu,"kata Usaid lagi.


"Itulah malaikat-malaikat yg datang mendengar bacaan Al-Quran. sekiranya saudara teruskan bacaan saudara hingga ke pagi,nescaya org ramai akan dpt melihat keajaiban yg selama ini masih terselindung," ujar Rasulullah SAW lagi.


Kuda yg melompat-lompat itu bukanlah disebabkan ia dlm ketakutan tetapi tanda ia menyambut kedatangan para malaikat itu. Tanda-tanda seperti itu terdapat pada binatang lain seperti kokokan ayam.


Rasulullah SAW pernah berkata: " Org yg mahir membaca Al-Quran, dia bersama-sama para malaikat. Dan org yg membaca Al-Quran berulang-ulang disebabkan suka membacanya,akan mendapat dua ganjaran pahala,iaitu ganjaran membaca dan ganjaran mengulang-ulang bacaannya."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan