21 Februari 2015

WAKTU TIDUR YANG DILARANG RASULULLAH SAW

 
1. Tidur selepas makan.
 
2. Tidur sepanjang hari.
 
3. Tidur selepas Solat subuh dan awal pagi.
 
4. Tidur pada selepas Solat Asar.
 
5. Tidur sebelum Solat Isyak.

.....barangsiapa yang tinggalkan solat.....

 
Sabda Rasulullah SAW :
 
Barangsiapa yang tinggalkan  SOLAT SUBUH,
maka wajahnya tidak akan bercahaya.
 
Barangsiapa yang tinggalkan  SOLAT ZUHUR,
nescaya tiada keberkatan dalam rezekinya.
 
Barangsiapa yang tinggalkan  SOLAT ASAR,
nescaya tiada kekuatan pada jasadnya.
 
Barangsiapa yang tinggalkan  SOLAT MAGHRIB,
nescaya tiada hasil yang boleh dipetik dari anak-anaknya.
 
Barangsiapa yang tinggalkan  SOLAT ISYAK,
nescaya tiada keamanan dalam tidurnya.

KATA-KATA HIKMAH IMAM AS-SYAFIE

 
Barangsiapa mengaku dapat menggabungkan
 dua cinta dalam hatinya,
cinta dunia sekaligus cinta Allah,
maka dia telah berdusta.
 
Bila kamu tidak tahan penatnya belajar,
maka kamu kan menanggung
peritnya kebodohan.
 
Jangan cintakan orang yang tidak cintakan Allah,
kalau dia boleh meninggalkan Allah,
apalagi meninggalkan kamu.
 
Ilmu itu seperti air.
Jika ia tidak bergerak,
ia akan mati lalu membusuk.
 
Doa di saat tahajud
adalah umpama panah yang tepat
mengenai sasaran.
 
Ilmu itu bukan yang dihafal,
tetapi yang banyak memberi manfaat.
 
Sesiapa yang menasihatimu secara sembunyi,
maka ia benar-benar menasihatimu.
Sesiapa yang menasihatimu di khalayak ramai
dia sebenarnya menghinamu.
 
Sebesar-besar keburukan ialah
kamu mengira keburukan orang lain
sedangkan keburukan itu
terdapat daam diri kamu sendiri.
 
Aku mampu berhujah
dengan 10 orang yang berilmu,
tapi aku akan kalah
pada seorang yang jahil
kerana ia tidak tahu landasan ilmu.