11 Ogos 2010

GENERASIKU- Satu Legasi


Pagi-pagi nak citer ape ye....haaa....tulis tentang famili laa.....rasa syukur sangat2 sebab mempunyai keluarga yang besar. Bayangkan.... kalau semua berkumpul serentak tambah2 pada musim raye ni....mau gamat jadinye.....

AHLAN WA SAHLAN YA RAMADAN


ku renung sinar Ramadan
tersingkap seribu rahmat
terkuak seribu barakah
terhampar seribu maghfirah
Ramadan
hadirmu penuh syahdu
mengiringi iman
menemani takwa
mengharapkan impian seribu bulan
Ahlan wa sahlan ya Ramadan
aku menanti penuh harapan

10 Ogos 2010

SUP SIRUSA RUSA

Haaa....dah lama tak makan daging rusa. Tak tau nak masak ape, last-last buat sup je....Jom kita tengok camne ....
Bahan-bahan :
5oo gram daging rusa
2 inci halia
2 labu bawang besar ( dibakar sekejap dan dibelah empat )
1 sudu teh sebuk lada hitam
Sos ikan - secukup rasa
Sos soya- kalau suka
Daun sup & daun bawang

Cara membuatnya:
1. Rebus daging rusa sehingga empuk.
2. Padamkan api, buangkan air rebusan.
3. Masukkan air,bawang besar,halia dan sebuk lada hitam.
4. Rebus sehingga bawang separuh hancur.
5. Masukkan sos ikan, sos soya dan daun sup/ daun bawang.
6. Sedia untuk dihidang. Mmmmmm......yum....yum...yum...

09 Ogos 2010

BULETIN AL-IMAN



07 Ogos 2010

SELAMAT ULANGTAHUN

Hari ini 7 Ogos 2010 adalah hari ulangtahun suamiku, Zakaria Bin Isa. Semoga dipanjangkan usia,dimurahkan rezeki dan dirahmati Allah Selalu.