21 Januari 2011

NIAN THUAN,PHAN RANG,VIETNAM 7-10 DIS 2010

Rumah org Islam Baru dpt dikenali melalui ukiran bulan dan bintang
Hati berasa pilu apabila menjejak kaki di daerah ini....apa tidaknya, di sini terdpt 2 glgn yang digelar Islam: Islam Lama ( Islam yg telah sesat ) dan Islam Baru ( Islam yg sebenarnya ). Secara zahirnya, sukar untuk dibezakan antara keduanya. Kaum wanita Islam Lama bertudung spt wanita Islam. Apabila kita lihat kepada hiasan di dinding rumah, barulah dpt kita bezakan. Di rumah org Islam terdpt ukiran bulan dan bintang sedangkan pd rumah Islam Lama terdpt ukiran spt bunga,binatang dan sebagainya.

19 Januari 2011

MAULIDUR RASUL



Meraikan hari keputeraan Rasulullah SAW adalah satu simbol kegembiraan,kesyukuran dan kecintaan kepada Baginda SAW. Hal ini sgt dituntut dan mendapat ganjaran yg besar di sisi Allah SWT. Malah org kafir spt Abu Lahab juga mendapat manfaat kerana pernah menzahirkan kegembiraannya di atas kelahiran Rasulullah SAW.
Dalam Sahih Bukhari menyebutkan bahawa Abu Lahab telah diringankan seksaan ke atasnya pd setiap hari Isnin krn ia telah membebaskan hambanya Thuwaibah, apabila Thuwaibah menyampaikan kpdnya berita kelahiran Nabi Muhammad SAW.

17 Januari 2011

MAKAN-MAKAN DI VIETNAM

Popia berintikan kacang + kelapa parut dicicah dgn sos ikan
Kafe Se Da ( kopi Vietnam yg sgt kaw kaw! )
Bubur nasi yg dimakan bersama salad sayuran + hirisan ayam .
Spt Malaysia, makanan utama Vietnam terutama bg masyarakat Champa adalah nasi. Namun di sini terdapat banyak makanan tradisi boleh dicuba.