14 Januari 2010

Siapakah bersama kita?

ORANG DUDUK BERSAMA KITA

1. Orang yang boleh kita dapat sesuatu yang berfaedah dan bermanfaat daripadanya,
maka lazimlah kita dengannya.

2. Orang yang dia mendapat manfaat dan faedah dari kita, maka muliakanlah ia.

3. Orang yang kita tak dapat apa-apa manfaat mahupun faedah daripadanya,maka
jauhkanlah diri darinya.

13 Januari 2010

racun dan penawar

5 JENIS RACUN DAN 5 JENIS PENAWAR

1. DUNIA itu racun, ZUHUD itu ubatnya.
2. HARTA itu racun, ZAKAT itu ubatnya.
3. PERKATAAN YANG SIA-SIA itu racun, ZIKIR itu ubatnya.
4. SELURUH UMUR itu racun, TAAT itu ubatnya.
5. SELURUH TAHUN itu racun, RAMADHAN itu ubatnya.

12 Januari 2010

seburuk-buruk umat

SEBURUK-BURUK UMAT

Sabda Rasulullah SAW:

Kelak ada di kalangan umatku yang memakan pelbagai jenis makanan, meminum pelbagai jenis minuman, memakai pelbagai jenis pakaian,lebih banyak bercakap tanpa berfikir terlebih dahulu baik buruk bicaranya. Inilah seburuk-buruk umatku.

kawallah amarahmu!

TIPS MENGAWAL DIRI KETIKA MARAH

1. Ingatkan ALLAH.
2. Sirami rasa marah dengan WUDUK.
3. Tengok wajah anda di cermin.
4. Kuncikan bibir an diam dahulu.
5. Ubah kedudukan anda.

11 Januari 2010

ibu....

4 DIPANDANG SEBAGAI IBU

1. Ibu segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN.
2. Ibu segala ADAB adalah SEDIKIT BERBICARA.
3. Ibu segala IBADAT adalah TAKUT BUAT DOSA.
4. Ibu segala CITA-CITA adalah SABAR.
- Sabda Rasulullah SAW.

10 Januari 2010

......di sebalik nama....

DI SEBALIK NAMA ANAK-ANAKKU



NUR AFIFAH
Berbudi bahasa
pure, dignity,prideful
Dengan nama ini, menjadi lebih taat kepada Allah dan menghormati sesama insan.


NUR ADILAH
Adil, saksama
fair, just
Semoga menjadi seorang yang sentiasa patuh kepada Allah dan mangasihani sesama insan.


AHMAD ZUHDI
Zuhud
praiseworthy, humble
Dengan nama ini,diharap menjadi seorang hamba yang pemurah.


ABDUL ILAAH
Hamba Allah
Servant Of Allah
Semoga menjadi anak yang soleh dan taat kepada Allah sesuai dengan namanya.








manusia yang LEBIH AFDAL

MANUSIA YANG LEBIH AFDAL....

kurang MAKAN
kurang KETAWA
sentiasa BERSYUKUR.

Jadikanlah...

JADIKANLAH.....
yang TEBAL itu IMAN
yang NIPIS itu LIDAH
yang TAJAM itu AKAL
yang MUDAH itu SOLAT
yang LUAS itu ILMU
dan.....
yang MANIS itu SENYUMAN.

03 Januari 2010

hobiku




HOBIKU

Setiap orang ada hobi masing-masing.Hobi saya? Mengumpul sampul duit raya. Tak kiralah apa saja raya......janji sampul duit raya. Kini saya mempunyai lebih 200 koleksi yang saya muatkan dalam 2 album.Oleh kerana saya tidak terlalu obses, koleksi saya tidaklah banyak walaupun telah mengumpulnya sejak sedekad yang lalu.Hobi ini mudah,hanya keluarkan kos untuk membeli album saja.

berhati-hati memilih teman.....

Sabda Rasulullah SAW:

Seseorang itu menurut agama sahabatnya,maka seseorang Muslim itu hendaklah berhati-hati dengan siapakah yang harus dia pilih sebagai sahabat.
-Riwayat Ahmad

AYAH


redup matamu
membayang derita lampau
masih terimbau
semangat juangmu
menongkah badai lautan
demi sesuap kehidupan
buat kami

PULANG



pulang ke sisimu
ada rindu terlerai
ada kasih tersemai
ada janji tertunai

ada di sisimu
pulang bersama harapan
pulang bersama impian
pulang bersama sayang

perjalananku........






SIMPANG - BANGI - PUTRAJAYA - KUANTAN - K TERENGGANU
Cuti persekolahan yang lalu, kami mengambil kesempatan 'Cuti-cuti Malaysia',membawa anak-anak bercuti di samping menziarahi kaum keluarga. Memang benar kata orang, jauh perjalanan,luas pemandangan,bertambah pengalaman.......

santai di pantai





Ketika pulang ke kampung awal Disember yang lalu,kami berkesempatan ke pantai yang berhampiran dengan rumah iaitu Pantai Kg Tanjong di Kuala Terengganu.Tika anak-anak riang bermain bersama sepupu mereka,suami pula mengambil peluang menjala ikan. Lewat senja, kami pulang dengan rasa puas bersama hasil tangkapan yang diperolehi.

Siapakah sahabat kita?

Seorang ahli hikmah menyatakan,sesiapa yang ingin bersahabat dengan LAPAN jenis manusia,maka akan bertambah LAPAN pula akibatnya.

PERTAMA
Sesiapa yang berkawan dengan orang kaya,maka akan bertambahlah cintanya kepada dunia.

KEDUA
Sesiapa yang bersahabat dengan fakir miskin,maka akan bertambahlah rasa syukur dan reda dengan rezeki yang diperolehi.

KETIGA
Sesiapa yang bertemankan pemimpin,maka akan bertambahlah sombongnya.

KEEMPAT
Sesiapa yang bersahabat dengan wanita,maka akan bertambahlah kejahilan dan nafsu syahwatnya.

KELIMA
Sesiapa yang bergaul dengan kanak-kanak,maka akan bertambahlah sifat suka bermain dan membuang masanya.

KEENAM
Sesiapa yang bersahabat dengan orang fasik,maka akan bertambahlah keberaniaannya untuk berbuat dosa dan menangguhkan taubat kepada Allah.

KETUJUH
Sesiapa yang suka bergaul dengan orang soleh,maka akan bertambahlah keinginannya untuk taat kepada Allah.

KELAPAN
Sesiapa yang suka berkawan dengan ulama,maka akan bertambahlah ilmu dan sifat waraknya.

02 Januari 2010

SENJA ITU



senja itu
kuhadir lagi menjejak putih pantaimu
bersama alunan mesra biru lautmu
mengimbau kenangan silam
berpaut kemas di ingatan
ada garis suka
ada garis duka
laut ini adalah rezeki kami
deruan ombak peneman kami
dan tika aku kembali pulang
lembayung petang mengiring jalan