11 November 2011

Makan 'Anjing Panas' & Minum Bir - Semua Ditanggung 'Halal'


Di A&W terdapat bir yang amat popular tetapi tidak termasuk dalam kategori minuman keras yang dikenali sebagai 'root beer' atau 'rut bir'. Ianya 100% dijamin halal oleh pihak berkuasa agama Islam. Oleh sebab tidak ada lagi keraguan, ianya menjadi pilihan kepada penggemar minuman berkarbonat. Tidak saja meneguk 'bir' dalam gelas besar, ada juga yang mengunyah 'anjing panas' ( hotdog).

Ini membuktikan sejak dulu lagi kita telah dikelirukan dengan istilah. Maka bukanlah sesuatu yang mengejutkan apabila baru-baru ini orang sibuk bercakap mengenai 'bir halal'. Agaknya istilah dari kata asal bahasa Inggeris ( beer ) itu dikira HEBAT dan bernilai komersial!

Selain 'rut bir' dan 'hotdog' yang telah diterima sebagai hidangan halal, ada banyak lagi istilah asing yang dikaitkan dengan makanan popular kita. Oleh sebab telah dianggap halal, orang kita memakannya tanpa memikirkan sama ada itu betul-betul halal atau sebaliknya.

Contohnya:

* bacon - bermaksud b*** salai, tetapi istilah itu telah diubah kepada beef bacon atau chiken bacon.

* bak kut teh @ sup b*** telah cuba diubah dengan istilah bak kut teh kambing @ lembu.

Kita khuatir suatu hari nanti, oleh sebab keliru dengan istilah, mereka mungkin akan termakan makanan yang betul-betul mengandungi b***. Masanya sudah tiba bagi kita perihatin dan serius terhadap istilah2 yang mengelirukan ini. TIDAK ADA 'BACON', 'BIR' @ BAK KUT TEH atau apa2 saja benda2 haram lain dikaitkan dengan makanan orang Islam. Kita mesti berhati-hati dan curiga terhadap istilah2 ini kerana tidak mustahil istilah2 seperti ini sengaja diwujudkan untuk MENGELIRUKAN dan akhirnya menjerumuskan umat Islam dalam KEKUFURAN.

INGATLAH! KITA ADALAH APA YANG KITA MAKAN!



Sumber: Abd Jalil Ali