18 September 2014

Setiap kali kita minum.....

Kenapa kena minum tiga kali nafas/ teguk??
Abra' (Melepaskan penyakit)
Arwa' (Menghilangkan kehausan)
Amra' (Menguatkan sistem pencernaan)
Minum dengan tiga kali tegukan dan elakkan bernafas ke dalam bekas minuman. Setiap kali berhenti minum...
hendaklah diarahkan pernafasan ke tempat lain.

Dari Abu Qatadah, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Jika kamu minum maka janganlah bernafas dalam bekas air minumnya.” (HR. Bukhari dan Muslim r.a.)
.
Nabi SAW sering meminum dengan tiga kali teguk, sambil bernafas di luar gelas dan mengucapkan ‘Alhamdulillah’ di antara tiga kali tegukan. Baginda SAW juga akan teruskan minum dengan setiap tegukan diselangi bernafas di luar gelas sehingga habis.

Kenapa tak boleh meniup dalam cawan?

Jangan bernafas dan meniup air minum di dalam bekas, terutama meniup air yang panas, kerana perbuatan itu akan menjadikan minuman bertoksid disebabkan Co2 yang dihembuskan ke dalamnya.

Ubay bin Ka’ab berkata: “Rasulullah SAW tidak pernah meniup makanan dan minuman, tidak bernafas di dalam cawan. Bahkan beliau melarang meniup makanan dan minuman.”


Sumber : Copy & Paste

17 September 2014

AL - KISAH SANG GAGAK

Seekor gagak yang tinggal di hutan sangat berpuas hati dengan kehidupannya sehingga ia terjumpa seekor angsa.
“Putihnya angsa. Saya hitam sangat. Angsa mesti burung yang paling gembira di dunia,” katanya.
...
Angsa yang tinggal di kolam berkata kepada burung gagak bahawa ia pun fikir begitu satu ketika dulu sehingga ia terjumpa burung kakak tua.
“Saya satu warna sahaja. Burung kakak tua ada dua warna. Burung kakak tua barulah burung yang paling gembira di dunia,” kata angsa itu kepada burung gagak.
Burung gagak itu mencari burung kakak tua dan memberitahu apa yang dikatakan angsa itu.
Burung kakak tua pun menjawab, “Wahai gagak sahabatku! Aku pun fikir begitu dulu aku paling hebat… tapi sehinggalah aku terjumpa burung merak. Dia ada pelbagai warna.”
Burung gagak pun pergi ke zoo dan melihat kehebatan burung merak.
“Wahai burung merak! Cantiknya kamu. Setiap hari beribu manusia datang menjengukmu. Bila mereka melihat saya, mereka halau saya. Kamulah burung yang paling bahagia di dunia,” kata burung gagak.
Burung merak pun menjawab, “Aku selalu rasa akulah paling cantik dan gembira di dunia ini. Tapi kerana kecantikan aku, aku dikurung di dalam zoo ini. Aku telah melihat sekitar zoo ini, hanya burung gagaklah yang tak terkurung di zoo ini. Kalau aku ialah burung gagak, aku rasa aku paling gembira kerana dapat bergerak sana sini.”


Di kalangan manusia, kita juga akan saling membanding. Sebenarnya ia tidak perlu kerana ia menimbulkan tekanan dan kesedihan. Membanding bermakna kita tidak menghormati apa yang diberi Allah. Kita berasa Allah tidak adil.
Fokuslah pada apa yang ada di tangan. Setiap manusia ada benda lebih dan benda kurang. Tapi Allah maha adil – sesiapa yang tahu bersyukur dengan apa yang ada, dialah manusia yang paling gembira.
 
 

Rasulullah SAW pernah bersumpah....

“Tiga perkara yang Rasulullah SAW pernah bersumpah:...
1) Tidak berkurang harta kerana sedekah.
2) Tidak teraniaya seorang hamba dangan aniaya yang dia sabar
     ke atasnya melainkan Allah anugerahkan kepadanya kemuliaan
3) Dan tidak membuka seorang hamba pintu permintaan
     (mengemis) melainkan Allah membukakan keatasnya pintu
     kefakiran.”


(HR. Abu Daud, Tirmidzi dan Ibnu Majah)

06 September 2014

SEDEKAH

Dari Abu Hurairah dari Nabi saw, Baginda bersabda:

“Ada seorang lelaki berkata:

‘Malam ini, aku benar-benar akan bersedekah.’ Maka laki-laki itu pun keluar membawa sedekahnya, dan disedekahkannya kepada wanita pelacur. Esok harinya, orangramai pun mengatakan bahawa tadi malam ada pelacur yang diberi sedekah.
Maka laki-laki itu berdoa: ‘Ya Allah, segala puji


bagiMu yang telah mentakdirkan sedekahku jatuh di tangan pelacur. Aku akan bersedekah lagi.’

Dia pun pergi dengan membawa sedekahnya, lalu diberikannya kepada orang kaya. Esok harinya, orangramai pun membicarakannya bahawa tadi malam ada orang yang memberi sedekah kepada orang kaya.
Maka lelaki itu pun berkata: ‘Ya Allah, untukMulah segala puji, kerana Engkau telah menjadikan sedekahku jatuh di tangan orang yang kaya, aku akan bersedekah lagi.’

Kemudian dia pergi lagi dengan membawa sedekahnya dan diberikannya kepada pencuri. Esok harinya, orangramai pun membicarakannya, bahawa tadi malam ada orang yang bersedekah kepada pencuri. Lelaki yang bersedekah itu pun berkata: ‘Segala puji bagi Allah yang telah mentakdirkan sedekahku jatuh pada pelacur, kepada orang kaya, dan kepada pencuri.’

Kemudian lelaki itu didatangi malaikat lalu berkata: ‘Sedekahmu telah diterima oleh Allah. Ada pun sedekahmu yang jatuh ke tangan perempuan pelacur, semoga dia berhenti dari perbuatan melacur, yang jatuh kepada orang kaya semoga dia menyedari dirinya dan bersedekah pula, sedangkan yang jatuh kepada si pencuri, semoga dia berhenti mencuri.’”

(Sahih Bukhari, no. 1332, Sahih Muslim, no. 1698, Musnad Ahmad, no. 7933, no. 8247)

TIKA YANG HALAL DAN HARAM BERCAMPUR

Seseorang datang kepada Imam Syafie mengadukan tentang kesempitan hidup yang dia alami. Dia memberi tahu bahwa ia bekerja sebagai orang upahan dengan gaji 5 dirham. Dan gaji itu tidak mencukupinya.

Namun anehnya, Imam Syafie menyuruh dia untuk menemui orang yang mengupahnya supaya mengurangkan gajinya menjadi 4 dirham. Orang itu pe
rgi melaksanakan perintah Imam Syafie sekalipun ia tidak faham apa maksud dari perintah itu.

Setelah berlalu beberapa lama orang itu datang lagi kepada Imam Syafie mengadukan tentang kehidupannya yang tidak ada kemajuan. Lalu Imam Syafie memerintahkannya untuk kembali menemui orang yang mengupahnya dan minta untuk mengurangkan lagi gajinya menjadi 3 dirham. Orang itupun pergi melaksanakan anjuran Imam Syafie dengan perasaan sangat hairan.

Setelah berlalu sekian hari orang itu kembali lagi menemui Imam Syafie dan berterima kasih atas nasihatnya. Ia menceritakan bahwa upah 3 dirham telah dapat menutupi seluruh keperluan hidupnya, bahkan hidupnya menjadi lapang. Ia menanyakan apa rahsia di sebalik itu semua?

Imam Syafie menjelaskan bahawa pekerjaan yang ia jalani itu tidak berhak mendapatkan upah lebih dari 3 dirham. Dan kelebihan 2 dirham itu telah mencabut keberkahan harta yang ia miliki.

Lalu Imam Syafie membacakan sebuah syair:

جمع الحرام على الحلال ليكثره
دخل الحرام على الحلال فبعثره

Dia kumpulkan yang haram dengan yang halal supaya ia menjadi banyak.
Yang harampun masuk ke dalam yang halal lalu ia merosaknya.

05 September 2014

INILAH BEZA ANTARA KAMU DAN RASULULLAH SAW

Syeikh Muhammad Mutawalli Sya'rawi (1911 - 1998), seorang ulama terkenal di Mesir telah berkata:
"Aku telah berbincang dengan seorang pemuda yang mempunyai fikiran yang agak ekstrem. Aku bertanya kepadanya, 'Adakah meletupkan kelab malam dalam sesebuah negara halal atau haram?'"

Pemuda: Sudah tentu halal dan dibolehkan membunuh mereka.

Syeikh Sya'rawi...


: Kalau kamu bunuh mereka dan ketika itu mereka tengah melakukan maksiat kepada Allah... apakah yang akan terjadi kepada mereka atau ke mana mereka akan pergi?

Pemuda: Sudah tentu masuk neraka.

Syeikh: Syaitan itu ke mana dia hendak membawa mereka??

Pemuda: Sudah tentu ke neraka.

Syeikh: Kalau begitu kamu dan syaitan bekerjasama dalam satu matlamat iaitu ingin memasukkan manusia ke dalam neraka.

Kemudian aku pun mengingatkan pemuda itu satu hadis Rasulullah SAW, ketika mana lalu jenazah Yahudi di hadapan baginda. Baginda bangun dan menangis.

Salah seorang sahabat bertanya, "Apakah yang menyebabkan Tuan menangis ya Rasulullah?"

Baginda menjawab, "Satu jiwa telah terlepas dariku menuju ke neraka!"

Syeikh: Inilah perbezaan antara kamu dan Rasul SAW. Baginda inginkan hidayah buat mereka dan menyelamatkan mereka dari neraka ... kamu di bahagian lain dan nabi Muhammad di lembah yg lain!

 Sumber: Syed Alwi Al Attas

NASIHAT IBNU QAYYIM AL-JAUZI

Jika Allah membukakan untukmu pintu solat malam, janganlah kau memandang orang yang tidur dengan pandangan merendahkan.

Jika Allah membukakan untukmu pintu puasa, jangan kau memandang orang yang tak berpuasa dengan pandangan merendahkan.

Jika Allah membukakan untukmu pintu jihad, jangan kau memandang orang yang tak berjihad dengan pandangan merendahkan.

Boleh jadi
 orang yang tidur, yang tak berpuasa dan yang tak berjihad lebih dekat kepada Allah berbanding dirimu."

Kemudian beliau melanjutkan,

Engkau berpagi hari bangun dari tidur lalu menyesal lebih baik dari pada berpagi hari dalam keadaan terjaga lalu berbangga, kerana orang yang sombong, amalannya tidak akan naik ke sisi Allah."

Sumber : (Madarijus Salikin:1/177)

CORETAN KHAS BUAT SUAMI DAN ISTERI

Seorang isteri dengan wajah sedih dan murung datang bertemu tuan Syeikh untuk mengadu hal suaminya.

Syeikh: Apa keperluanmu wahai puan?

Isteri: Saya ingin mengadu kepada tuan perihal suami saya.

Syeikh: Apa aduanmu itu?...


Isteri: Saya dianiaya dan dizalimi suami saya tuan syeikh. Saya diabaikan. Suami saya tidak menjalankan tanggungjawabnya kepada saya.

Nafkah saya tidak ditunaikan tuan. Makan minum saya tidak diendahkan tuan. Tempat tinggal saya juga tidak diuruskan.

*Tuan syeikh tersenyum. Isteri itu kehairanan. Sedang hatinya dirundung sedih, tuan syeikh boleh tersenyum mendengar aduannya.

Syeikh: Wahai puan yang dirahmati Allah, sesungguhnya kamu wanita dan isteri yang beruntung.

Isteri: Hah??? Untung??

Syeikh: Ya wahai puan. Kamu sangat beruntung. Kamu wanita dan isteri terpilih.

Isteri: Saya bernasib malang tuan. Saya hidup susah. Saya menderita dan sengsara tuan. Kehidupan saya tunggang-langgang.

Syeikh: Sudahkah kamu berdoa wahai puan?

Isteri: Sudah tuan. Saya sudah hampir putus asa. Suami saya tetap tidak berubah.

Syeikh: Wahai puan, Allah sedang mengujimu. Allah amat kasih dan sayang padamu. Ujian itu memberi peluang kepadamu mengumpul pahala.

Tahukah kamu, bahawa Allah sangat dekat dengan doa orang-orang yang teraniaya dan dizalimi. Doa seorang isteri yang dianiaya dan dizalimi oleh suaminya itu, lebih dekat dan mendapat perhatian daripada Allah. Kerana apa?

Kerana seorang isteri itu merupakan amanah kepada seorang suami. Maka penganiayaan dan kezalimannya kepadamu akan memberatkannya di sisi Allah. Hatta andai kamu mendoakan kehancuran dan kemusnahannya pun Allah akan mendengar doamu itu wahai puan.

Kamu pulanglah ke rumahmu dan jalankan tanggungjawabmu terhadap suamimu sebagai isteri dengan taat kerana Allah. Allah akan membantumu.

Isteri: Suamiku sudah tidak pulang ke rumah wahai tuan. Dia sudah lama meninggalkan aku dalam derita dan sengsara ini.

Syeikh: Allah..beruntungnya kamu wahai puan...

Isteri: Kenapa tuan asyik mengatakan yang saya ini beruntung? Sedangkan saya ini hidup dalam sengsara, derita dan air mata?

Syeikh: Allah...wahai puan, berapa umurmu sekarang ini?

Isteri: 40 tahun tuan.

Syeikh: Berapa lama lagi kamu mahu hidup di dunia ini?

Isteri: Saya tidak tahu tuan. Itu kuasa Allah.

Syeikh: Kamu mahu saya ceritakan apa untungnya kamu sebagai isteri yang dianiaya dan dizalimi suami?

*Dengan lemah dan sedih, si isteri cuma mengangguk.

Syeikh: Rasul yang mulia telah bersabda bahawa, umur ummatnya sekadar 60 ke 70 tahun sahaja. Andai sekarang kamu sudah 40 tahun, deritamu itu tidak akan lama lagi puan. Ia akan segera hilang saat Tuhanmu menjemput kamu kembali padaNya.

Andai kamu bersabar, segala derita itu akan Allah gantikan dengan syurga yang indah. Tidakkah itu bermakna kamu beruntung? Tahukah kamu, berapa lama derita dan sengsara yang bakal ditanggung suamimu di akhirat nanti?

Isteri: Tentunya tuan lebih tahu.

Syeikh: Bagi seorang suami, isteri adalah amanah yang wajib dijaga dengan baik. Segala tanggungjawab dan haknya wajib ditunaikan oleh seorang suami.

Suamimu yang telah menganiaya dan menzalimimu, akan disiksa oleh azab Allah diakhirat sana berjuta-juta kali ganda berbanding derita yang sedang engkau deritai di dunia ini wahai puan.

Bukankah sehari di akhirat itu, bersamaan dengan seribu tahun di dunia? Selagi mana kamu tidak redha akan kezaliman dan penganiayaannya terhadapmu, maka selagi itu suamimu itu akan terpaksa menanggung dosanya itu.

*Isteri itu tertunduk.

Syeikh: Tahukah kamu, siapakah yang paling mudah mengheret seorang suami ke neraka Allah di akhirat nanti? Tidak lain dan tidak bukan ialah isteri-isteri dan anak-anaknya sendiri. Mana-mana hak isteri-isteri dan anak-anak yang tidak ditunaikan, itulah antara hal yang cepat mengheret seorang suami di akhirat nanti.

Isteri: Tapi suami saya itu seorang yang kuat bersolat dan beribadah tuan. Mana mungkin dia akan ke neraka?

Syeikh: Selama mana kamu sebagai isterinya dianiaya dan dizalimi, tidak ditunaikan hak dan tanggungjawab, semua ibadahya termasuk solat, puasa, sedekah dan sebagainya, tidak berpahala di sisi Allah. Bahkan boleh sehingga Allah menolak solatnya itu? Apa lagi yang tinggal pada seorang hamba andai ibadat solatnya pun telah ditolak oleh Allah???

Isteri: Bagaimana andai dia menceraikan saya tuan? Dapatkah dia menyelamatkan dirinya dari neraka Allah?

Syeikh: Selama mana kamu masih isterinya, dan kamu tidak redha, maka dia tetap akan menanggungnya.

Andai kamu diceraikan, sehingga habis tempoh iddah suamimu itu masih wajib mengurus dan menunaikan hakmu sebagai isteri. Dosanya padamu sepanjang tempoh itu tidak akan terluputkan walaupun dia telah menceraikanmu selagi kamu tidak redha. Suami yang tidak menunaikan hakmu itu adalah suami yang berhutang denganmu.

*Isteri itu diam.

Melihat isteri itu diam, tuan Syeikh bertanya;

Syeikh: Pernahkah suamimu itu meminta maaf padamu?

*Isteri itu menggelengkan kepala.

Syeikh: Adakah puan masih menyayanginya?

*Isteri itu hanya membisu.

Syeikh: Adakah kamu redha akan perbuatannya terhadap kamu wahai puan?

*isteri itu masih diam.

Syeikh: Maha Suci Allah... Suamimu itu bukan menganiaya dan menzalimimu wahai puan, tetapi dia menganiaya dan menzalimi dirinya sendiri...

*Tuan Syeikh tunduk dan tiba-tiba mengalirkan air mata. Dia menangis sebak. Si isteri berasa pelik, lalu bertanya;

Isteri: Kenapa tuan menangis?

Syeikh: Aku berasa sedih dan amat takut kepada Allah. Aku kasihan kepada suamimu itu. Di akhirat nanti, sudah pasti kamu akan mengheretnya ke neraka Allah. Susah dan sukarnya menjadi seorang suami. Bahu seorang suami ini berat dan sarat mahu menanggung beban dosa yang banyak. Untungnya kalian para isteri. Walau di dunia Allah perintahkan kalian wajib taat dan patuh kepada suami, itu hanya sekejap sahaja.

Kesusahan dan kesulitan kalian hanya di dunia, sedang kami para suami, tertanggung hingga ke akhirat. Pulanglah wahai puan, andai kamu masih menyayangi suamimu, maafkanlah dia. Andai kamu tidak memaafkan dia, dan tidak redha akan perbuatannya, maka tertanggunglah di bahunya dosa yang berat itu hingga ke akhirat.

* Isteri itu pulang, tetapi kali ini wajahnya cerah dan bibirnya mengukir senyum mengenangkan janji-janji Allah yang disampaikan oleh tuan Syeikh.


Sumber : Copy & Paste