05 September 2014

INILAH BEZA ANTARA KAMU DAN RASULULLAH SAW

Syeikh Muhammad Mutawalli Sya'rawi (1911 - 1998), seorang ulama terkenal di Mesir telah berkata:
"Aku telah berbincang dengan seorang pemuda yang mempunyai fikiran yang agak ekstrem. Aku bertanya kepadanya, 'Adakah meletupkan kelab malam dalam sesebuah negara halal atau haram?'"

Pemuda: Sudah tentu halal dan dibolehkan membunuh mereka.

Syeikh Sya'rawi...


: Kalau kamu bunuh mereka dan ketika itu mereka tengah melakukan maksiat kepada Allah... apakah yang akan terjadi kepada mereka atau ke mana mereka akan pergi?

Pemuda: Sudah tentu masuk neraka.

Syeikh: Syaitan itu ke mana dia hendak membawa mereka??

Pemuda: Sudah tentu ke neraka.

Syeikh: Kalau begitu kamu dan syaitan bekerjasama dalam satu matlamat iaitu ingin memasukkan manusia ke dalam neraka.

Kemudian aku pun mengingatkan pemuda itu satu hadis Rasulullah SAW, ketika mana lalu jenazah Yahudi di hadapan baginda. Baginda bangun dan menangis.

Salah seorang sahabat bertanya, "Apakah yang menyebabkan Tuan menangis ya Rasulullah?"

Baginda menjawab, "Satu jiwa telah terlepas dariku menuju ke neraka!"

Syeikh: Inilah perbezaan antara kamu dan Rasul SAW. Baginda inginkan hidayah buat mereka dan menyelamatkan mereka dari neraka ... kamu di bahagian lain dan nabi Muhammad di lembah yg lain!

 Sumber: Syed Alwi Al Attas

Tiada ulasan:

Catat Ulasan