16 November 2009

syabas mera betti...






Sabtu yang lalu, saya telah menghadiri Hari Anugerah Cemerlang di sekolah anak saya.Putri kedua saya,Nur Adilah telah mendapat tempat ketiga di dalam kelasnya. Sebagai seorang ibu, tentu sekali saya berbangga dengan pencapaiannya.

11 November 2009

Telur Dadar Bunga Seno






Pernahkah anda melihat bunga seno? Bunga ini sangat popular di kalangan masyarakat Melayu Champa. Ianya boleh dimakan mentah bersama laksa,dibuat acar atau digoreng bersama telur.





TELUR DADAR BUNGA SENO


Bahan-bahannya:

2 biji telur ayam

3 tangkai bunga seno- dilerai dan diramas sedikit

1 biji cili merah-dipotong serong

1 biji bawang besar- dimayang

Secubit garam - ikut rasa

Minyak -untuk menggoreng


Cara Membuatnya:

1. Pecahkan telur di dalam mangkuk.

2. Campur kesemua bahan ( kecuali minyak ) sehingga sebati.

3. Panaskan minyak dan goreng sehingga garing.

4. Sedia untuk dihidang.



Bergedil Ikan @ Nim



Kali ni saya nak berkongsi resepi bergedil ikan yang menjadi hidangan masyarakat Melayu Champa . Saya pelajari daripada suami saya yang berasal dari Chau-doc ,Vietnam Selatan. Ianya dikenali sebagai Nim.



NIM ( BERGEDIL IKAN )


Bahan-bahannya:

10 ekor ikan selat @ belida ( dipotong filet dan dikikis isinya )

1 biji bawang besar ( dimayang )

1 tangkai daun sup dan bawang ( dipotong halus )

1 sudu teh serbuk lada hitam

1 batang serai ( dipotong bulat )

1 biji cili merah ( dipotong serong )

Secubit garam - ikut rasa

Minyak - untuk menggoreng


Cara membuatnya:

1. Gaul semua bahan di atas ( kecuali minyak ) sehingga sebati.

2. Bentukkan leper.

3. Goreng di dalam minyak yang panas.

4. Sedia untuk dihidang.


Nota* Enak dimakan dengan nasi atau dicicah dengan sos cili.






10 November 2009

PUDING PUTERI


Hujung-hujung tahun ni, macam-macam diadakan jamuan. Semalam putriku meminta aku memasak sesuatu untuk dibawa ke Jamuan Akhir Tahun kelasnya. Tak tau nak buat apa, aku hentam saje mana-mana bahan yang ada. Lagipun, aku bukannya pakar memasak. Maka terhasillah puding ciptaanku yang kunamakan Puding Puteri.
PUDING PUTERI
Bahan-bahannya:
1 peket agar-agar
5 gelas air
3/4 cawan gula ( ikut kesesuaian )
3/4 tin krimer sejat
2 sudu besar tepung jagung
2 helai daun pandan
sedikit pewarna merah
Cara membuatnya:
1. Masakkan agar-agar, air dan daun pandan sehingga agar-agar larut.
2. Masukkan gula dan biarkan hingga larut.
3. Tambahkan pewarna dan kacau hingga sebati.
4. Bila sebati, tuangkan separuh ke dalam acuan.
5. Separuh yang baki ditambah dengan krimer sejat dan tepung jagung.
6. Kalau hingga sebati.
7. Tuang ke atas lapisan pertama tadi.
8. Sejukkan dan sedia untuk dihidang. Yum.....yum...yummmmmm

09 November 2009

Selamat Hari Lahir, Kakak


Semalam hari lahir ke 8 putri sulungku Nur Afifah. Merengek-rengek dia minta aku buatkan kek hari lahirnya. Untuk tak menghampakan harapannya,aku godek-godeklah mana-mana yang patut. Maka inilah hasilnya yang tak seberapa. Jadilah...asalkan dapat ditelan,udahle....

TERATAK

kerana harta
rela lupa saudara
ikut kata hawa
kejar pesona dunia
kerana harta
teratak ini terjual jua
aku hilang bicara
lalu menangis hiba
5 nov 09

05 November 2009

MENGAPA TIADA LAFAZ BISMILLH PADA AWAL SURAH AT-TAUBAH?

Mengikut Imam Al-Qurtubi dalam tafsirnya: Al-Jami' Li Ahkam Al-Quran, terdapat beberapa pendapat yang berbeza.

PENDAPAT PERTAMA
Telah menjadi tradisi masyarakat Arab yang sengaja menggugurkan Al-Basmalah apabila berlaku pencerobohan atau mungkir janji. Sikap pihak Quraisy yang memungkiri janji telah menyebabkan surah ini diturunkan tanpa Basmalah.

PENDAPAT KEDUA
Surah ini adalah surah yang digabungkan dengan Surah Al-Anfal.Perkara ini telah ditetapkan oleh Rasulullah tanpa penjelasan sehingga Baginda wafat.


PENDAPAT KETIGA
Sahabat berselisih pandangan terhadap surah Al-Anfal dan At-Taubah.Apakah kedua-duanya membentuk surah yang sama atau berbeza? Apabila kedua-duanya tidak bersetuju,maka jalan tengah yang dipilih ialah membiarkan Surah At-Taubah tapa Basmalah.

PENDAPAT KEEMPAT
Pendapat ini menjadi pilihan kebanyakan ulama. Menurut Ibnu Abbas,Basmalah yang diletakkan di permulaan surah membawa syiar kedamaian sedangkan surah At-Taubah ini mengetengahkan mesej yang tegas iaitu AMARAN dan PEPERANGAN.


Sumber: Persoalan Agama: Berita Minggu 25 Okt.2009.