05 November 2009

MENGAPA TIADA LAFAZ BISMILLH PADA AWAL SURAH AT-TAUBAH?

Mengikut Imam Al-Qurtubi dalam tafsirnya: Al-Jami' Li Ahkam Al-Quran, terdapat beberapa pendapat yang berbeza.

PENDAPAT PERTAMA
Telah menjadi tradisi masyarakat Arab yang sengaja menggugurkan Al-Basmalah apabila berlaku pencerobohan atau mungkir janji. Sikap pihak Quraisy yang memungkiri janji telah menyebabkan surah ini diturunkan tanpa Basmalah.

PENDAPAT KEDUA
Surah ini adalah surah yang digabungkan dengan Surah Al-Anfal.Perkara ini telah ditetapkan oleh Rasulullah tanpa penjelasan sehingga Baginda wafat.


PENDAPAT KETIGA
Sahabat berselisih pandangan terhadap surah Al-Anfal dan At-Taubah.Apakah kedua-duanya membentuk surah yang sama atau berbeza? Apabila kedua-duanya tidak bersetuju,maka jalan tengah yang dipilih ialah membiarkan Surah At-Taubah tapa Basmalah.

PENDAPAT KEEMPAT
Pendapat ini menjadi pilihan kebanyakan ulama. Menurut Ibnu Abbas,Basmalah yang diletakkan di permulaan surah membawa syiar kedamaian sedangkan surah At-Taubah ini mengetengahkan mesej yang tegas iaitu AMARAN dan PEPERANGAN.


Sumber: Persoalan Agama: Berita Minggu 25 Okt.2009.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan