16 Mac 2011

MOHONLAH AMPUN DARIPADA TUHANMU


Pada sutu hari, Imam Hassan Al-Basri duduk berbincang bersama sahabat-sahabatnya.Tiba-tiba muncul seorang lelaki dalam keadaan sedang bersedih.
" Hujan tidak turun-turun.", kata lelaki tersebut dengan nada mengeluh.
" Saudara, banyakkan memohon ampun daripada Tuhan.".pesan Imam Hassan Al-Basri.
Mendengar nasihat tersebut,lelaki itu pun pulang.Tidak lama kemudian, datang pula seorang lelaki lain. Dia juga kelihatan bersedih.
"Saya menderita kemiskinan." kata lelaki itu.
"Saudara,banyakkan memohon ampun daripada Tuhan.",nasihat Imam Hassan Al-Basri.
Lelaki itu pun pulang.Datang lagi lelaki ketiga yang juga dalam kesedihan.
"Isteri saya mandul,tidak dapat lahirkan anak untuk saya.",keluh lelaki tersebut.
"Saudara,banyakkan memohon ampun daripada Tuhan.",Imam Hassan Al-Basri memberi nasihat yang sama.
Lelaki itu pulang. Datang lagi lelaki keempat.
"Bumi sudah tidak subur lagi.tidak ada hasil.",keluh lelaki itu.
"Saudara,banyakkan memohon ampun daripada Tuhan.",nasihat sama daripada Imam Hassan A-Basri.
Sahabat-sahabatnya berasa hairan dengan sikap Imam Hassan Al-Basri kerana nasihat yang sama juga diberikan.
" Kenapa nasihat yang sama saja saudara berikan kepada mereka itu,supaya masing-masing memohon ampun daripada Tuhan saja,sedangkan mereka menghadapi masalah yang berbeza?"tanya sahabat.
Imam Hassan Al-Basri tersenyum mendengar kritikan mereka, lalu berkata:
"Apakah saudara tidak pernah mendengar kata-kata Allah yang bermaksud :
Mohonlah ampun kepada Tuhan. Dialah Tuhan Maha Pengampun.
Dia mengirimkan kepadamu hujan yang lebat,memperbanyakkan harta
dan anak serta menyuburkan bumi
bersama-sama sungai yang mengalir."
kata Imam Hassan Al-Basri memberi penjelasan.

SETIAP SAAT DAN DETIK


Pada suatu hari, sahabat Rasulullah SAW yg bernama Abu Bakar datang menemui sahabatnya Hanzalah Asidi.
"Apa khabar Hanzalah?", sapa Abu Bakar.
"Saya rasa bersalah.",jawab Hanzalah dgn sugul.
"Mengapa pula?",Abu Bakar terkejut.
"Semasa saya duduk bersama Rasulullah SAW,beliau berpesan mengenai syurga dan neraka.Pesanan itu masih terbayang-bayang di dlm fikiran saya ketika masih bersama baginda.Tetapi apabila saya pulang,saya bergurau senda bersama anak dan isteri saya sehingga saya terlupa pesanan baginda tadi.",jelas Hanzalah.
"Ah!Saya juga pernah mengalami keadaan seperti itu.",kata Abu Bakar.
Lalu mereka berdua segera menemui Rasulullah SAW bertanyakan perkara tersebut.Seperti mula tadi,Hanzalah menerangkan segala-galanya kpd Rasulullah SAW.
"Apabila saudara berdua selalu mengingati pesanan saya,malaikat selalu ada bersama saudara berdua pada setiap saat dan detik. Setiap saat dan detik.Setiap saat dan detik."
Rasulullah SAW mengulangi kata " setiap saat dan detik " sebanyak tiga kali.Beliau tidak menghalang Hanzalah dan Abu Bakar bergurau senda bersama keluarga, asalkan TIDAK LALAI!

15 Mac 2011

BIARKAN KUDA ITU MELOMPAT!!


Pada suatu malam, Usaid bin Hudair sedang membaca Al-Quran berhampiran kandang kuda beliau.Tiba-tiba kuda beliau melompat-lompat.Apabila beliau berhenti membaca Al-Quran,kuda itu pun berhenti melompat. Beliau menyambung bacaannya lagi. Kuda itu melompat-lompat sekali lagi. Apabila beliau berhenti membaca,kuda itu pun berhenti melompat. Beliau mengulangi perbuatan tersebut beberapa kali dan begitulah juga berlaku kpd kuda tersebut. Kejadian itu telah membingungkan beliau krn ia tidak pernah dialami sebelumnya. "Eloklah saya berhenti membaca.Kalau tidak,kuda ini akan terus melompat-lompat. Saya risau kalau-kalau kawan saya si Yahya, dipijaknya nanti."kata Usaid yg risau keselamatan kawannya yg kebetulan waktu itu sedang tidur di dalam kandang.


Kemudian Usaid pergi mendekati kandang tersebut. Tiba-tiba beliau melihat seperti ada awan di atas kepalanya. Di bwh awan itu ada semacam cahaya seperti pelita yg sedang bergerak naik ke atas. Lama-kelamaan cahaya itu hilang daripada pandangan beliau. Keesokan paginya,beliau pergi berjumpa Rasulullah SAW bertanyakan hal semalam.


"Saudara teruskan membaca Quran,Usaid," kata Rasulullah SAW.


"Saya terus membaca tetapi kuda saya itu melompat-lompat," kata Usaid.


"Bacalah terus, Usaid,"kata Rasulullah SAW lagi.


"Saya terus membaca tetapi kuda saya itu.....,"kata Usaid lagi.


"Bacalah terus, Usaid,"kata Rasulullah SAW sekali lagi.


"Saya hentikan bacaan Al-Quran sebab saya risau kalau sahabat saya Yahya dipijak kuda itu,"kata Usaid lagi.


"Itulah malaikat-malaikat yg datang mendengar bacaan Al-Quran. sekiranya saudara teruskan bacaan saudara hingga ke pagi,nescaya org ramai akan dpt melihat keajaiban yg selama ini masih terselindung," ujar Rasulullah SAW lagi.


Kuda yg melompat-lompat itu bukanlah disebabkan ia dlm ketakutan tetapi tanda ia menyambut kedatangan para malaikat itu. Tanda-tanda seperti itu terdapat pada binatang lain seperti kokokan ayam.


Rasulullah SAW pernah berkata: " Org yg mahir membaca Al-Quran, dia bersama-sama para malaikat. Dan org yg membaca Al-Quran berulang-ulang disebabkan suka membacanya,akan mendapat dua ganjaran pahala,iaitu ganjaran membaca dan ganjaran mengulang-ulang bacaannya."

DI ATAS HAMPARAN SEJADAH


Rasulullah SAW bersabda:

Malaikat sentiasa berdoa untuk seseorang kamu selama mana ia berada di tempat ia solat dan selagi ia tidak berhadas,malaikat memohon dengan berkata: Ya Tuhan kami! Ampunilah dosanya.Ya tuhan kami! Berilah rahmat kdnya. ( Riwayat Abu Hurairah )

09 Mac 2011

LEBIH BAIK KAMU DIAM!


Sabda Rasulullah SAW :
Barangsiapa yang beriman kpd Allah dan hari Akhirat,maka hendaklah ia berkata baik atau diam sahaja.

Sabda Rasulullah SAW lagi :
Barangsiapa yg banyak perkataannya,nescaya banyak silapnya.
Barangsiapa yg banyak silapnya,nescaya banyak dosanya.
Barangsiapa yg banyak dosanya,nescaya neraka labih utama baginya.
Diam adalah.....
IBADAH TANPA BERSUSAH PAYAH.....
PERHIASAN TANPA BERHIAS..........
KEHEBATAN TANPA KERAJAAN.......
ISTIREHAT BAGI MALAIKAT PENCATAT AMAL....
DAN....MENUTUP SEGALA AIB!




08 Mac 2011

PESANAN BUAT ANAK


Pada suatu hari, sekumpulan sahabat karib Rasulullah SAW berkumpul di hadapan Baginda. Tiba-tiba datang seorang lelaki drpd kaum Salamah. Lelaki itu bertanya kpd Rasulullah SAW : Tuan,bolehkah saya berbuat baik kpd kedua ibu bapa saya walaupun mereka telah meninggal dunia?


Rasulullah SAW menjawab: Boleh iaitu dgn mendoakan mereka, menunaikan janji mereka,menghormati sahabat-sahabat mereka dan mengeratkan persaudaraan yg tidak dapat dihubungkan kecuali melalui mereka berdua.

01 Mac 2011

SUCI BAGAI BAYI


Rasulullah SAW bersabda : Allah SWT berkata : Apabila Aku menguji org yg beriman dgn penyakit,lalu dia memuji-muji Aku krn mendapat ujian dengan mengalami penyakit itu, Aku bangkitkan dia dari tempat tidurnya dlm keadaan seolah-olah dia baru dilahirkan,suci drpd segala dosa.

Kemudian Allah SWT memerintahkan malaikat supaya mencatat amal org itu lalu berkata :

Aku menguji hambaKu, maka catatlah perbuatan baiknya semasa dia sihat.

MENCARI KASIH


Pada suatu hari,seorang lelaki datang menemui Rasulullah SAW untuk mendapatkan bimbingan daripada Baginda.


" Tuan, tunjukkan jalan yang membolehkan Tuhan dan manusia mengasihi saya", kata lelaki tersebut. Rasulullah SAW menyambut permintaan lelaki tersebut dengan mesra lalu berkata:


" Saudara, jgnlah saudara kasih kpd dunia ini, nanti Tuhan pasti mengasihi saudara. dan jgnlah saudara tamak akan harta org lain, nanti org pasti kasih kpd saudara."