27 September 2013

Doaku....

Photo: Assalamualaikum..
Selamat pagi...

Like>> https://www.facebook.com/mulawabookstore<<
Mahu baca buku Islami yang terbaik daripada kami? atau hadiahkan kepada yang tersayang....

RENUNGAN 2

Photo: <3 like & share jika bermanfaat <3

nak lagi byk status,gambar menarik,video & kata-kata hikmah ?
jom like page ni sekarang => KAMI Kaki LIKE,Kaki KOMEN,Kaki SHARE

admin| Nua
 
Photo: Hadiah apakah yang paling bermakna pernah kita beri pada sahabat kita?

Like>> https://www.facebook.com/borongbawalonline<<
Dapatkan tudung bawal plain serendah rm35 sahaja.
 
Photo: <3 like & share jika bermanfaat <3

nak lagi byk status,gambar menarik,video & kata-kata hikmah ?
jom like page ni sekarang => KAMI Kaki LIKE,Kaki KOMEN,Kaki SHARE

admin| Nua
 
  1.  

RENUNGAN 1

Photo: Majalah Anis
 
Photo: Assalamualaikum dan selamat mlm semua.ingat pesanan Allah sebelum tidur ye...t.kasih
 
Photo: Klik Borong Bawal Online untuk dapatkan harga tudung secara borong.

Like, share dan tag semua rakan-rakan anda.
 
Photo: alhamdulillah..

#jom like page Temerloh Indah Luffy The Best & Gua Budak Baru Belajar
 
Photo: <3 like & share jika bermanfaat <3

nak lagi byk status,gambar menarik,video & kata-kata hikmah ?
jom like page ni sekarang => KAMI Kaki LIKE,Kaki KOMEN,Kaki SHARE

admin| Nua

Beruntungnya dirimu,wahai Saidina Uthman!

SubhanAllah..
Harta wakaf Utsman bin Affan sejak zaman Rasulullah terus bertambah sehingga hari ini.

Khalifah Utsman bin Affan salah seorang sahabat nabi yang menjalankan perniagaan, kaya raya, murah hati dan dermawan. Utsman bin Affan juga mempunyai akaun di salah sebuah bank di Saudi..? Nama akaun dan bil elektrik juga masih atas nama beliau.

Bagaimana beliau memiliki hotel atas namanya di ber...
hampiran Masjid Nabawi itu?

Diriwayatkan pada zaman Nabi Shallallahu ' alaihi wa sallam, kota Madinah pernah mengalami kelaparan dan juga sukar untuk mendapatkan air bersih. Mereka (kaum muhajirin ) sudah terbiasa minum dari air zam-zam di Makah. Satu-satunya sumber air yang tinggal adalah sebuah perigi milik seorang Yahudi, perigi Raumah namanya. Rasanya seperti dengan perigi zamzam. Kaum muslimin dan penduduk Madinah terpaksa beratur dan membeli air bersih dari Yahudi tersebut.

Atas keprihatinan keadaan umatnya, Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam kemudian bersabda: " Wahai Sahabatku, siapa saja diantara kalian yang menyumbangkan hartanya untuk dapat membebaskan perigi itu, lalu menyumbangkannya untuk umat, maka akan mendapat surgaNya Allah Ta'ala" ( HR. Muslim) .

Utsman bin Affan Radhiyallahu ' anhu yang kemudian segera bertindak untuk membebaskan perigi Raumah itu. Utsman segera mendatangi Yahudi pemilik perigi dan menawar untuk membeli perigi Raumah dengan harga yang tinggi. Walaupun sudah diberi tawaran yang tinggi, si Yahudi pemilik perigi tersebut tetap menolak menjualnya, "Seandainya perigi ini saya jual kepadamu wahai Utsman, maka aku tidak mempunyai pendapatan yang boleh aku peroleh setiap hari " demikian Yahudi tersebut menjelaskan alasan penolakannya .

Utsman bin Affan Radhiyallahu ' anhu yang ingin sekali mendapatkan balasan pahala berupa Syurga Allah Ta'ala, tidak berputus asa untuk mengatasi penolakan Yahudi ini .

"Bagaimana kalau aku beli setengahnya saja dari perigi" Uthman meneruskan rundingan.

" Maksudmu? " tanya Yahudi kehairanan.

"Begini, jika engkau setuju maka kita akan mempunyai perigi ini bergantian. Satu hari perigi ini milikku, esoknya kembali menjadi milikmu kemudian lusa menjadi milikku lagi demikian selanjutnya berganti satu ke satu hari yang lain. Bagaimana? " jelas Uthman.

Yahudi itupun berfikir, " ... saya mendapat wang banyak dari Utsman tanpa perlu kehilangan perigi milikku ". Akhirnya si Yahudi bersetuju menerima tawaran Utsman tadi dan bersepakat mulai hari itu perigi Raumah adalah milik Utsman bin Affan Radhiyallahu ' anhu.

Utsman pun segera mengumumkan kepada penduduk Madinah yang mahu mengambil air di perigi Raumah, sila mengambil air untuk keperluan mereka secara percuma kerana hari ini perigi Raumah adalah miliknya. Dia juga mengingatkan agar penduduk Madinah mengambil air dalam jumlah yang cukup untuk 2 hari kerana pada keesokan harinya perigi itu bukan lagi milik Uthman.

Keesokan hari Yahudi mendapati perigi miliknya sepi tanpa pembeli kerana penduduk Madinah masih mempunyai persedian air di rumah. Yahudi itupun mendatangi Utsman dan berkata "Wahai Utsman belilah setengah lagi perigi ini dengan harga sama seperti engkau membeli setengahnya semalam " . Utsman setuju, lalu Utsman membelinya dengan harga 20000 dirham, maka perigi Raumah pun menjadi milik Utsman secara sepenuhnya.

Kemudian Utsman bin Affan Radhiyallahu 'anhu mewakafkan perigi Raumah dan sejak itu perigi Raumah dapat dimanfaatkan oleh sesiapa saja, termasuk Yahudi pemilik lamanya.

Setelah perigi itu diwakafkan untuk kaum muslimin dan setelah beberapa waktu kemudian, tumbuhlah di sekitar perigi itu beberapa pohon kurma dan terus bertambah. Lalu Daulah Utsmaniyah memeliharanya hingga semakin berkembang lalu disusuli penjagaan tersebut oleh Kerajaan Saudi sehingga berjumlah 1550 pokok.

Jabatan Pertanian Saudi telah menjual hasil kebun kurma ini ke pasaran dan separuh daripada keuntungan itu disalurkan untuk anak-anak yatim dan fakir miskin. Sebahagianya disimpan dalam bentuk akaun khas milik beliau di salah sebuah bank atas nama Utsman bin Affan di bawah pengawasan jabatan Pertanian.

Begitulah seterusnya sehingga wang yang ada di bank itu cukup untuk membeli sebidang tanah dan membina hotel yang cukup besar di salah sebuah tempat yang strategik berhampiran Masjid Nabawi.

Bangunan hotel itu sudah hampir siap dan akan disewakan sebagai hotel 5 bintang. Dianggarkan mendapat keuntungan sekitar Riyal Saudi 50 juta setahun (RM 42 juta). Setengahnya untuk anak-anak yatim dan fakir miskin dan setengahnya lagi tetap disimpan dan ditabung di bank atas nama Utsman bin Affan radhiyallahu anhu.

Subhanallah, ... Jelas peniagaan dengan Allah selalu menguntungkan dan tidak akan rugi.

Ini adalah salah satu bentuk sedekah jariyah yang pahalanya akan terus mengalir walaupun orangnya sudah lama meninggal dunia.

Disebutkan di dalam hadis sahih dari Abi Hurairah Radhiyallahu 'anhu bahawasanya Nabi Shallallahu' alaihi wa sallam bersabda:

إذا مات الإنسان انقطع عنه عمله إلا من ثلاثة إلا من صدقة جارية أو علم ينتفع به أو ولد صالح يدعو له

"Apabila manusia meninggal dunia , terputuslah segala amalannya , kecuali dari tiga perkara: shadaqah jariyah , ilmu yang bermanfaat atau anak soleh yang mendoakannya".
[HR . Muslim , Abu Dawud dan Nasa'i ]

Dan disebutkan pada hadits yang lain riwayat Ibnu Majah dan Baihaqi dari Abi Hurairah Radhiyallahu ' anhu, dia berkata: Rasulullah Shallallahu' alaihi wa sallam bersabda .

إن مما يلحق المؤمن من عمله وحسناته بعد موته علما علمه ونشره وولدا صالحا تركه ومصحفا ورثه أو مسجدا بناه أو بيتا لابن السبيل بناه أو نهرا أجراه أو صدقة أخرجها من ماله في صحته وحياته يلحقه من بعد موته

"Sesungguhnya di antara amalan dan kebaikan seorang mukmin yang akan menemuinya selepas kematiannya adalah : ilmu bermanfaat yang diajarkan dan disebarkannya, anak soleh yang ditinggalkannya, mushhaf yang diwariskannya, masjid yang dibangunnya, rumah untuk ibnu sabil yang dibangunnya, sungai (air) yang dialirkannya untuk umum, atau sedekah yang dikeluarkannya dari hartanya diwaktu sihat dan semasa hidupnya, semua ini akan menemuinya setelah dia meninggal dunia ".

*Diterjemahkan oleh Detik Islam.

senyum...... :)

SENYUM
ringan tak bersuara
tapi penuh makna.
 SENYUM
 
murah
 tapi tak ternilai dengan ringgit.
 SENYUM
 tak perlu tenaga
 tapi besar motivasinya.
 SENYUM
hal yang mudah
tapi selalu nampak indah.
 SENYUM
1 perkara yang biasa
 tapi boleh menjadi istimewa.
 SENYUM
 ibadah yang paling mudah
tetapi berpahala setara dengan sedekah.

 Penuhilah hari-hari kita
dengan senyuman manis
agar semua org ikut tersenyum
 kerana kita.
 
copyright/

26 September 2013

13 PERKARA YANG WAJIB WANITA ISLAM JAGA

1. Bulu kening

Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening – Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

2. Kaki (tumit kaki) semacam hantu loceng

Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sem...

bunyikan – Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31. Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah ….

3. Wangian

Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang – Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.

4. Dada

Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka – Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.

5. Gigi

Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya – Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

6. Muka dan leher

Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Muka dan Tangan

Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecu ali pergelangan tangan dan wajah saja – Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.

8. Tangan

Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya – Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.

9. Mata

Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya – Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.

Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram – Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.

10. Mulut (suara)

Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik – Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.

Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi – Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.

11. Kemaluan

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka – Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.

Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya – Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.

Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah – Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.

12. Pakaian

Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti – Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu D , An Nasaii dan Ibn Majah.

Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah diken ali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.
Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

13. Rambut

Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

✿ Mari berubah jadi baik..

Sumber: Layar Minda

3 tanda...

Bagi orang mukmin ada 3 tanda-tandanya
1) Tidak terpaut hatinya pada harta benda dunia.
2) Tidak terpesona dengan pujuk rayu wanita.
 
3) Benci terhadap perbualan dan perkataan sia-sia.

Bagi orang alim itu ada 3 tanda-tandanya
1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yang haram.
3) Merendahkan diri.

Bagi orang yang takwa itu ada 3 tanda-tandanya
1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.

Bagi orang yang jujur itu ada 3 tanda-tandanya
1) Merahsiakan ibadahnya.
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yang menimpanya.

Bagi ahli ibadah itu ada 3 tanda-tandanya
1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada ALLAH s.w.t.

copyright/

24 September 2013

aduhai hati...

Photo: 18 Cara Merawat Hati...
Jom sama-sama kita amalkan ye
 
copyright/

23 September 2013

mulianya seorang wanita.....

Jika dia seorang anak,
dia membuka pintu syurga untuk ayahnya..

Jika dia seorang isteri,
 dia menyempurnakan agama suaminya..

Jika dia seorang ibu,
syurga terletak di bawah telapak kakinya..
 
copyright/

Larangan Memukul Anak Kecil Yang Menangis

Rasulullah SAW bersabda :
Janganlah kamu memukul anak- anak kamu disebabkan mereka menangis dalam masa setahun kerana pada empat bulan pertama kelahirannya ia bersyahadat LAA ILAAHA ILLALLAH.
Pada empat bulan kedua pula ia berselawat ke atas Nabi SAW Dan pada empat bulan seterusnya pula ia mendoakan kedua ayah ibunya. ( H.R. Abdullah Ibnu Umar r.a.)

Baginda Rasulullah SAW menjelaskan bahawa tangisan anak di waktu kecil pada bulan pertama adalah tanda ia bertauhid kepada Tuhan Nya dan empat bulan kedua pula ia membacakan selawat kepada Nabi nya dan empat bulan seterus nya ia memohon istighfar untuk kedua ayah ibunya....


Rasulullah SAW bersabda : Anak-anak sebelum sampai ia baligh maka apa-apa yang diperbuat nya daripada kebaikan maka di tuliskan untuknya dan kedua ibu bapanya.
Dan apa yang diperbuatnya daripada kejahatan maka tiadalah di tulis untuknya dan tidak pula ditulis untuk kedua ibu bapanya. Apabila ia telah baligh maka berlakulah yang ditulis itu atasnya ia itu segala amal baik atau buruknya. ( H.R.Imam Anas bin Malik r.a.)


copyright/

22 September 2013

Kisah Sebatang Tamar

Suatu hari, ketika Rasulullah S.A.W. sedang menyampaikan khutbah, tiba-tiba baginda terdengar suara tangisan di suatu sudut. Baginda dan para sahabat pun mencari arah datangnya bunyi tersebut. Rupa-rupanya suara tersebut datangnya daripada sebatang tamar mimbar lama.

Baginda segera mendapatkan batang tamar tersebut, lalu menepuknya untuk memujuk seraya menanyakan punca ia menangis. Lalu batang tamar memberitahu bahawa ia sedih kerana tidak lagi digunakan baginda Rasulullah S.A.W.

Rasulullah menjawab,"Usahlah bersedih wahai batang tamar. Walaupun engkau tidak lagi berkhidmat untukku, namun aku berjanji engkau akan bersamaku di Syurga nanti." Apabila mendengar jawapan baginda, batang tamar tersebut terus berhenti menangis dan redha dengan apa yang terjadi.

والله أعلمُ بالـصـواب

Nasihat Untuk Adam Dan Hawa

Photo: Dikongsikan oleh Borong Bawal Online.

Sebarkan untuk kebaikan bersama.

jika tiada....

Jika tiada rezeki anak,
mungkin diberikan rezeki mertua yang baik.
Maka kita lebih bahagia
dari mendapat anak yang liar.

Jika tiada rezeki wang ringgit,
mungkin diberikan rezeki kesihatan.
Maka kita lebih bahagia
dari kerisauan menjaga harta dunia.
 Jika tiada rezeki kereta mewah,
mungkin diberikan rezeki kenderaan
yang jarang menimbulkan masalah.
Maka kita lebih bahagia
dari membayar kerosakan yang mahal.

Jika tiada rezeki rumah yang besar,
mungkin diberikan rezeki makanan
 yang tidak pernah putus.
Maka kita lebih bahagia dari si gelandangan.

Jika tiada rezeki pasangan yang cantik,
mungkin diberikan rezeki pasangan yang baik
dan pandai menguruskan rumahtangga.
Maka kita lebih bahagia
kerana hidup berteman dan terjaga segala.

Jika tiada rezeki jodoh,
mungkin diberikan rezeki
umur ibu bapa yang panjang.
Maka kita lebih bahagia
 dapat berbakti sepenuhnya pada orang tua.

Jika tiada rezeki hari ini,
mungkin ada rezeki
yang lebih baik pada esok hari.
Maka kita lebih bahagia
kerana rezeki yang tidak dijangka.

Bersabar. Bersyukur. Berusaha.
 Berdoa. Bertawakal.
Hanya Dia, Allah Yang Maha Adil

 
Sumber : Tumpang Lalu

20 September 2013

Tips Khusyuk Ketika Berdoa....

Photo: 6 Tips Khusyuk dalam Berdoa...
Jom pakat-pakat share k

Orang Yang Pertama...

1. Orang yang pertama menulis Bismillah : Nabi Sulaiman AS.
2. Orang yang pertama minum air zamzam : Nabi Ismail AS.
3. Orang yang pertama berkhata...
n : Nabi Ibrahim AS.
4. Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari qiamat : Nabi Ibrahim AS.
5. Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada hari qiamat : Nabi Adam AS.
6. Orang yang pertama mengerjakan saie antara Safa dan Marwah : Sayyidatina Hajar (Ibu Nabi Ismail AS).
7. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari qiamat : Nabi Muhammad SAW.
8. Orang yang pertama menjadi khalifah Islam : Abu Bakar As Siddiq RA.
9. Orang yang pertama menggunakan tarikh hijrah : Umar bin Al-Khattab RA.
10. Orang yang pertama meletakkah jawatan khalifah dalam Islam : Al-Hasan bin Ali RA.
11. Orang yang pertama menyusukan Nabi SAW : Thuwaibah RA.
12. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan lelaki : Al-Harith bin Abi Halah RA.
13. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan wanita : Sumayyah binti Khabbat RA.
14. Orang yang pertama menulis hadis di dalam kitab / lembaran : Abdullah bin Amru bin Al-Ash RA.
15. Orang yang pertama memanah dalam perjuangan fisabilillah : Saad bin Abi Waqqas RA.
16. Orang yang pertama menjadi muazzin dan melaungkan adzan: Bilal bin Rabah RA.
17. Orang yang pertama bersembahyang dengan Rasulullah SAW : Ali bin Abi Tholib RA.
18. Orang yang pertama membuat minbar masjid Nabi SAW : Tamim Ad-dary RA.
19. Orang yang pertama menghunuskan pedang dalam perjuangan fisabilillah : Az-Zubair bin Al-Awwam RA.
20. Orang yang pertama menulis sirah Nabi SAW : Ibban bin Othman bin Affan RA.
21. Orang yang pertama beriman dengan Nabi SAW : Khadijah binti Khuwailid RA.
22. Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh : Imam Syafei RH.
23. Orang yang pertama membina penjara dalam Islam: Ali bin Abi Tholib RA.
24. Orang yang pertama menjadi raja dalam Islam : Muawiyah bin Abi Sufyan RA.
25. Orang yang pertama membuat perpustakaan awam : Harun Ar-Rasyid RH.
26. Orang yang pertama mengadakan baitul mal : Umar Al-Khattab RA.
27. Orang yang pertama menghafal Al-Qur'an selepas Rasulullah SAW : Ali bn Abi Tholib RA.
28. Orang yang pertama membina menara di Masjidil Haram Mekah : Khalifah Abu Ja'far Al-Mansur RH.
29. Orang yang pertama digelar Al-Muqry : Mus'ab bin Umair RA.
30. Orang yang pertama masuk ke dalam syurga : Nabi Muhammad SAW.    

Awas! Simpulan Syaitan.....

Sabda Rasulullah S.A.W :
Waktu seseorang sedang tidur, syaitan membuat TIGA SIMPULAN
DI KEPALA kita. Untuk setiap simpulan, berkatalah syaitan :
"Tidurlah engkau sepanjang malam."

Ketika kita terbangun, lalu menyebut nama ALLAH,
maka lepaslah 1 SIMPULAN DI KEPALA kita.

Jika kita berwuduk, lepas pulalah 1 SIMPULAN DI KEPALA kita.
...

Dan jika kita solat, TERBUKALAH SELURUH SIMPULAN.
Maka waktu bangun pagi kita akan merasa penuh semangat
dengan badan yang segar bugar. Jika tidak, dia akan bangun pagi
dengan perasaan serba tak kena dan malas.

(Hadis Riwayat Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 0599)

Bilal Bin Rabah

19 September 2013

Sunnah Sebelum Tidur.....Jom Amalkan...

Cara Rasullullah Menangani Rasa Marah

Sayyidatina Aisyah menceritakan;

"Rasulullah صلى الله عليه وسلم pernah datang kepadaku ketika aku sedang amat marah. Lalu Baginda صلى الله عليه وسلم memegang batang hidungku & menggosok²kannya.
Kemudian Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda;
"Wahai U'waiyyish (nama timangan Aisyah)! Ucapkanlah;

اللهم اغْفِرْ لِيْ ذَنْبِيْ وَأَذْهِبْ غَيْظَ قَل...
ْبِيْ وَأَجِرْنِيْ مِنَ الشَّيْطَانِ

Allahummaghfirli zanbi,
wa azhib ghaizho qalbi,
 wa ajirni minassyaitan.

 (Ya Allah, ya Tuhanku.
 Ampunilah aku dari dosa²ku,
hilangkanlah kemarahan hatiku
& selamatkanlah aku dari syaitan).

~ Riwayat Ibnus Sunni رحمه الله.

catatan tak bertajuk...3


1. Janganlah kamu tangguh sesuatu amalan soleh
kerana ajalmu tidak boleh ditangguh.

 2. Segeralah melakukan kebaikan,
 kerana kebaikan akan mengundang
 rahmat dan kasih sayang Allah.

3. Seandainya engkau menangguhkan amalan baikmu,
maka engkau telah tangguhkan
keberkatan yang akan datang padamu.

 4. Janganlah engkau hanya melihat
besar atau kecil nikmat yang kamu terima,
tetapi lihatlah juga kepada
Allah yang mengurniakan nikmat itu.
 
copyright/

Rahsia Zuhud Imam Hassan Al-Basri

Imam Hasan Basri ditanya tentang rahsia zuhudnya..
 Lalu dia menjawab:

"Aku tahu rezekiku tidak akan diambil orang lain,
kerana itulah hatiku selalu tenang..."

"Aku tahu amal perbuatanku
tidak akan dapat ditunaikan orang lain,
kerana itulah aku sibuk mengerjakannya.."

"Aku tahu Allah mengawasiku,
kerana itulah aku selalu merasa malu
 bila Dia melihatku dalam keadaan maksiat..."
...

"Aku tahu kematian itu sudah menungguku,
kerana itulah aku selalu menambah bekal
 untuk pertemuanku dengan Allah.


Sumber:Hashim Al-Maranji

Adab Terhadap Ibu Bapa

Photo: 7 Adab Terhadap Ibu Bapa.
Jom samalah kita amalkan
 
copyright/

Adab Menuntut Ilmu

Photo: 9 Adab Menuntut Ilmu.
Selamat beramal
 
copyright/

Makna SURAH AL-FATIHAH

Ketika membaca Surah Al-Fatihah pada waktu solat, banyak sekali orang yang cara membacanya tergesa-gesa .

Ini sering terjadi ketika solat bersendirian. Seakan mereka ingin menyelesaikan solatnya dengan cepat, padahal di saat kita selesai membaca satu ayat dari surah Al- Fatihah,
Allah menjawab setiap ucapan kita.

 Sebaiknya kita harus berhenti setiap selesai mem
baca satu ayat…

Dalam sebuah Hadits Qudsi Allah SWT berfirman :

”Aku membagi solat menjadi dua bahagian,
untuk Aku dan untuk hambaKu”.

”Tiga ayat di atas “Iyyaaka na’budu wa iyyaaka nasta’iin” adalah hak Allah & tiga ayat ke bawahnya adalah urusan hambaNya”.

Ketika diucapkan,
”Alhamdu lillaahi Rabbil ‘aalamiin”,
Allah menjawab,
”HambaKu telah memujiKu…”.

Ketika diucapkan,
”Ar-Rahmaanir-Rahiim”,
Allah menjawab:
”HambaKu telah mengagungkanKu…”.

Ketika diucapkan,
”Maliki yaumiddiin”,
Allah menjawab,
”HambaKu memujaKu…”.

Ketika diucapkan,
”Iyyaaka na’budu wa iyyaaka nasta’iin”,
Allah menjawab
”Inilah perjanjian antara Aku dan hambaKu…”.

Ketika diucapkan,
”Ihdinas-siraatha al-mustaqiim,
Shiraathal ladziina an’amta alaihim
ghairi al-maghdhuubi ‘alaihim wa laa adl-dhoolliin”,
Allah menjawab:
”Inilah perjanjian antara Aku dan hambaKu, akan Kupenuhi yang ia minta”
(HR.Muslim & Tirmidzi).

Berhentilah sejenak setelah membaca setiap satu ayat.
 Rasakanlah jawaban indah dari Allah,
 kerana Allah sedang menjawab ucapan kita.

Selanjutnya ucapkanlah ”Aamiin” dg ucapan yg lembut,
sebab malaikat pun sedang mengucapkan
hal yang sama dengan kita…

”Barangsiapa, yang ucapan ”Aamiin”-nya
bersamaan dgn para malaikat,
akan Allah berikan ampunan”
 (HR. Bukhari, Muslim, Abu Dawud).

Subhaana Allah…
Maha suci Allah.

Mulailah membaca surat Al-Fatihah dengan pelan dan khusyuk, rasakanlah setiap jawaban dari Allah.
 InsyaAllah,
kita akan menjadi lebih khusyuk dalam menjalankan solat,
 Aamiin.
 
copyright/

17 September 2013

Subhanallah...antara Solat Dan Warna....

Istimewanya Solat Sunat Fajar!




Solat Sunat  yang  lebih  mulia daripada  dunia seisinya,

Solat Fajar yaitu solat sunnah sebelum Subuh merupakan solat sunnah yang paling banyak pahalanya dibandingkan solat sunnah lainnya....


Rasulullah  SAW mengistimewakannya dengan pahala yang begitu besar   dengan gambaran yang benar- benar menarik perhatian .

Di antaranya . Rasulullah saw bersabda diriwayakan dari Aisyah ra..

ركعتا الفجر خير من الدنيا وما فيها .

Dua rakaat fajar (solat sunat sebelum  Solat Fardu Subuh ) lebih baik dari dunia dan seisinya , ( HR Muslim )


copyright/...kredit to Ustaz Zakaria Isa

catatan tak bertajuk ...2

Jika ada orang bicara mengenai kita di belakang, itu tanda bahwa kita sudah ada di depan.

Saat orang bicara merendahkan diri kita, itu tanda bahwa kita sudah berada di tempat yang lebih tinggi.

Saat orang bicara dengan nada iri mengenai kita, itu tanda bahwa kita sudah jauh lebih baik dari mereka.......


Saat orang bicara buruk mengenai kita, padahal kita tidak pernah mengusik kehidupan mereka, itu tanda bahwa kehidupan kita sebenarnya lebih indah dari mereka.

Payung tidak dapat menghentikan hujan tapi dapat membuat kita berjalan menembus hujan untuk mencapai tujuan..
 
copyright/
 

12 September 2013

Masakan Yang Bercahaya

1. Masakan Dari Seorang Isteri Kpd Suami & Anak-Anak.
2. Masakan Dari Seorang Ibu / Wanita Yang Berumur.
3. Masakan Dari Orang-Orang Yang Berzikir.
4. Masakan Untuk Orang Yang Seda...


ng Kelaparan.
5. Masakan (Menjamu) Untuk Masyarakat Orang Islam.
6. Masakan Di Dalam / Ketika Peperangan Berlaku.
7. Masakan Yang Datangnya Dari Masjid (minta kebenaran dulu).

Orang Alim Tuh Pesan, Klu ada Rezeki Dari Masjid, Amik, Bwk Balik Umah.. Suap Pada Mulut Isteri, Suap Pada Anak-Anak... Suapkan Rezeki Yang Penuh Keberkatan, Bercahaya, Mudah-Mudahan Allah Lembutkan Hati Mereka Semua Suatu Hari Nanti... Amin..

copyright/

catatan tak bertajuk ...1

1. Solat bukanlah "tayar ganti' yang anda tarik keluar ketika dilanda masalah, tapi ia adalah 'stereng' yang menunjukkan jalan benar.

2. Maka, kenapa cermin depan kereta begitu besar dan cermin pandang belakang begitu kecil?
Ini kerana masa lalu kita tidak begitu penting seperti masa hadapan kita. Maka, pandanglah ke hadapa...
n dan majulah.

3. Persahabatan ibarat sebuah buku. Ia mengambil masa yang sedikit untuk dibakar, tapi bertahun-tahun untuk ditulis.

4. Semua perkara dalam kehidupan ini hanyalah sementara. Jika ia berjalan dgn baik, nikmatilah, ia takkan kekal lama. Jika ia berjalan dgn teruk,jgn sedih, ia juga takkan kekal lama.

5. Kawan-kawan lama adalah emas. Kawan-kawan baru adalah berlian. Jk anda mendapat sebutir berlian, jgn lupa emas tersebut krn utk memegang sebutir berlian, anda sentiasa memerlukan tapak emas.

6. Acapkali, ketika kita hilang harapan dan berfikir inilah pengakhirannya, ia hanyalah liku, bukannya penamat!

7. Apabila Allah swt menyelesaikan masalah2 anda, anda percaya memiliki kemampuan. Apabila Allah swt tdk menyelesaikan masalah2 anda, DIA percaya akan kemampuanmu.

8. Seorang yang buta bertanya kepada seorang lelaki bijaksana "bolehkah ada sesuatu yang lbh teruk berbanding kehilangan penglihatan? " Dia menjawab, "ya, kehilangan visi anda! "

9. Ketika anda mendoakan org lain, Allah swt mendengar kpd anda dan merahmati mereka; kadang kala apabila anda selamat dan bahagia, ingatlah bhw seseorang telah mendoakan anda.

10. Rasa bimbang tidak menghilangkan masalah hari esok, ia menghilangkan kedamaian hari ini.

Sumber: Ustaz Zahazan

11 September 2013

Indahnya Akhlakmu, Ya Rasulullah. 3

Baginda sangat marah sekiranya melihat seorang suami mengkasari isterinya. Pernah diceritakan pada suatu hari Baginda melihat seorang suami memukul isterinya.

Baginda lalu bertanya “mengapa engkau memukul isterimu?”.

Soalan itu di jawab oleh si suami dengan gementar “isteriku seorang yang keras kepala, walaupun telah di berikan nasihat tetapi dia masih berdegil, jadi aku pukul dia”.

Sahut Baginda “Aku tidak bertanya alasanmu tetapi menanyakan kenapa engkau sanggup memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu”.

Pernah Baginda bersabda “sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik dan lemah lembut terhadap isterinya”.

Indahnya Akhlakmu,Ya Rasulullah. 2

Pernah pada suatu ketika, Baginda mengimamkan solat, dilihat oleh para sahabat pergerakan Baginda dari satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali. Malah mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-seolah bunyi sendi Baginda Rasulullah sedang bergesel diantara satu sama lain.

Setelah selesai sembahyang, Sayidina Umar yang tidak tahan melihat Baginda lalu bertanya “Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan hamba sedang menanggung penderitaan yang amat berat, adakah tuan hamba sedang sakit?”.

Lalu baginda menjawab “tidak Umar, Alhamdulillah aku sihat dan segar”.

Umar yang tidak berpuas hati dengan jawapan tersebut terus bertanya “kalau tuan hamba sihat, kenapa setiap kali menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi tuan hamba sedang bergeselan”.

Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terperanjat. Perut Baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang mengandungi batu-batu kerikil bagi menahan rasa lapar. Batu-batu kecil itulah yang menerbitkan bunyi setiap kali Baginda menggerakkan tubuhnya.

Para sahabat yang tadinya terperanjat terus bertanya “Ya Rasulullah, adakah tuan hamba fikir bila menyatakan lapar dan tiada makanan, maka kami tidak akan membawanya”.

Lalu baginda menjawab dengan lembut “tidak para sahabatku, aku tahu apapun akan kamu korbankan dengan seorang Rasulmu, tetapi apakah yang akan aku jawab di hadapan Allah nanti kerana aku sebagai seorang pemimpin menjadi beban kepada umatnya”.

Baginda menambah “biarlah kelaparan ini menjadi hadiah Allah buatku agar umatku kelak tiada yang kelaparan di dunia ini, lebih-lebih lagi di akhirat kelak”.

Indahnya Akhlakmu, Ya Rasulullah. 1

BAGINDA Rasulullah s.a.w akan menampal sendiri pakaiannya yang koyak tanpa perlu menyuruh isterinya, malah Baginda juga memerah sendiri susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk di jual.

Setiap kali Baginda balik ke rumah dan dilihatnya tiada makanan yang siap untuk dimakan, Baginda tersenyum sambil menyinsing lengan baju bagi membantu isterinya di dapur. Sayidatina Aisyah pernah menceritakan bahawa baginda selalu membantu urusan rumahtangga.

Jika mendengar azan, Baginda akan cepat-cepat berangkat ke masjid dan segera pulang selepas bersembahyang.

Pernah pada suatu pagi Baginda pulang ke rumah dengar lapar sekali. Tetapi dilihatnya tiada makanan untuk dibuat sarapan. Makanan yang mentah pun belum ada kerana Sayidatina Aisyah belum lagi ke pasar.

Lalu Baginda bertanya “belum ada sarapan Ya Khumaira?”. Khumaira adalah panggilan manja untuk Sayidatina Aisyah yang bermaksud wahai yang kemerah-merahan. Sayidatina Aisyah menjawab dengan serba salah “belum ada apa-apa Ya Rasulullah”.

Mendengar jawapan Sayidatina Aisyah, Baginda pun berkata “jika begitu aku berpuasa hari ini” tanpa sedikitpun tergambar perasaan kesal di wajah Baginda.

Jangan Tunggu!

1. Jangan tunggu sehingga tatkala ingin kasih sayang seseorang barulah tahu berkorban.

2. Jangan tunggu sehingga tatkala keseorangan baru teringat para sahabat.

3. Jangan tunggu sehingga tatkala dah ada pangkat baru nak berusaha bekerja....


4. Jangan tunggu sehingga tatkala menemui kegagalan baru nak teringat nasihat orang lain.

5. Jangan tunggu sehingga tatkala kesakitan baru teringat badan kita ini rapuh.

6. Jangan tunggu sehingga tatkala berpisah baru tahu menghayati hubungan yang ada.

7. Jangan tunggu sehingga tatkala kepujian datang baru tahu mempercayai diri sendiri.

8. Jangan tunggu sehingga tatkala ditegur/dimarah baru sedar kesilapan diri sendiri.

9. Jangan tunggu sehingga tatkala kaya-raya baru ingin membantu mereka yang miskin.

10. Jangan tunggu sehingga tatkala ajal datang baru tahu mencintai masa yang diberi Allah di muka bumi ini.

Yang paling penting, jangan tunggu sehingga terbaca Senyum, barulah Senyum.

Senyum.

Sumber :Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man

jika....

jika kita marah
TOPUP wudhuk utk menyejukkn jiwa
jika kita bingung
KLIK doa agar tenang hati
jika kita dipuji
RELOAD syukur supaya tdk alpa
jika kita gagal
DOWNLOAD usaha utk mmberi semangat...
jika kita kecewa
RESTART tenaga agar sentiasa sedar
jika kita bersedih
 SELECT ibu bapa utk meluahkn perasaan
jika kita berdosa
 UNDO perangai itu dan bersolat taubat
jika kita berdendam-
DELETE buruk sangka supaya bersih hati
 jika kita berbohong
 BACKSPACE kata-kata utk memperbetulkn keadaan
jika kita buat maksiat-
REGISTER SOFTWARE sikap baru & bertaubat nasuha
 
 
copyright/

10 September 2013

Kisah Budak Buta

Ada seorang budak lelaki yang buta duduk ditepi tangga sebuah bangunan, dan ada sebuah topi dikakinya. Beliau memegang sebuah tanda yang bertulis: “Saya buta, tolonglah.”

Terdapat hanya beberapa keping duit syiling dalam topi.

Tiba – tiba ada seorang lelaki sedang berjalan kearah pengemis buta itu. Beliau mengambil beberapa keping duit syiling dari poketnya ...


dan menjatuhkannya ke dalam topi itu. Beliau kemudian mengambil tanda tersebut, berpaling sekeliling, dan menulis beberapa perkataan. Dia meletakkan tanda itu kembali supaya setiap orang yang berjalan melalui tempat itu akan melihat kata-kata baru pada tanda tersebut.

Tidak lama kemudian, topi itu mula terisi. Banyak orang telah memberikan wang kepada budak lelaki buta itu. Petang itu, lelaki yang tadinya telah mengubah tanda tersebut datang untuk melihat perkembangan budak lelaki buta tersebut. Kanak-kanak buta tersebut yang mengecam bunyi jejak langkah lelaki itu bertanya, “Adakah anda yang mengubah tanda saya pagi ini? Apa yang anda tulis? “

Lelaki itu berkata, “Saya hanya menulis kebenaran. Saya berkata, apa yang kamu katakan tetapi dalam cara yang berbeza.”

Apa yang dia telah tulis: “Hari ini adalah hari yang indah dan saya tidak boleh melihat.”

Adakah anda berfikir tanda pertama dan tanda kedua berkata perkara yang sama?

Sudah tentu kedua-dua tanda tersebut memberitahu orang bahawa budak lelaki itu buta. Tetapi tanda pertama hanya berkata kanak-kanak itu buta. Tanda kedua memberitahu orang ramai mereka begitu bernasib baik bahawa mereka tidak buta.

Kenapa tanda kedua yang lebih berkesan?

“Dan Dialah jua yang mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (untuk kamu bersyukur tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur.” [surah Al-Mu’minun; 78]

Tanda ALLAH Sayangkan Kita

1-Menjadi pentadbir yg semakin baik.
2- Menjadi seorang yg penyayang dan disayangi.
3-Menjadi seorang yg berakhlak mulia.
4-Diuji dengan kesusahan.
5-Diuji dengan kesenangan.
6-Dimatikan dalam keadaan yg baik dan dihormati.
7-Ketenangan terserlah apabila bermunajat di keheningan malam.
8-Menjadi seorang yg penyabar....

9-Berusaha mengejar ketaatan dan menjauhi kemaksiatan.
10-Sentiasa berbaik sangka kepada Allah

 Sumber :Ustaz Mohd Izhar Ariff

09 September 2013

Kisah Sang Semut

Di zaman Nabi Sulaiman A.S, berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Sulaiman ternampak seekor semut melata di atas batu, lantas Nabi Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus.

Nabi Sulaiman a.s pun bertanya kepada semut, "Wahai semut , apakah engkau yakin ada ...
makanan cukup untuk kamu".

Semut pun menjawab: "Rezeki datang dari ALLAH, aku percaya rezeki datang dari ALLAH, aku yakin di atas batu kering di pasir yang tandus ini ada rezeki untuk ku"...

Lantas Nabi Sulaiman a.s pun bertanya, "Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan?. Apakah yang engkau gemar makan dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?"

Jawab semut, "Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan"...

Nabi Sulaiman a.s pun mencadangkan: "Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong".

Nabi Sulaiman a.s pun mengambil satu bekas, dia angkat semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas, kemudian Nabi ambil gandum sebiji, dibubuh dalam bekas dan tutup bekas itu. Kemudian Nabi tinggal semut didalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan. Bila cukup satu bulan Nabi Sulaiman lihat gandum sebiji tadi hanya dimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi Sulaiman menemplak semut, "Kamu rupanya berbohong pada aku!. Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah"...

Jawab semut, "Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong!. Kalau aku ada di atas batu aku pasti makan apapun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku. Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa"...

MasyaAllah......

JANGAN MENCARI KESEMPURNAAN!

Suatu hari, Adam berjalan-jalan dengan seorang teman sambil bersembang.

“Besok saya bakal menikah, Adam,” kata temannya dengan nada gembira.

“Bukankah perkahwinan itu menyenangkan? Apakah Adam pernah berfikir untuk menikah?” tanyanya lagi.

Adam tersenyum dan berkata,

”Di masa muda, tiada yang saya fikirkan selain menikah. Pada kenyataannya, begitu inginnya saya mendapatkan isteri sempurna sampai saya keliling dunia untuk mencarinya.”

Di Utara, saya bertemu dengan seorang wanita cantik yang baik dan menyenangkan. Tapi dia tak punya pengetahuan umum tentang dunia.

“Di Timur, saya bertemu pula dengan perempuan yang baik, cantik dan berpengetahuan luas, tapi dia sosial dan tidak tertarik pada kehidupan yang bertunjangkan keagamaan.”

Tanya temannya, ” Adam seterusnya pergi ke mana?”

Adam kembali tersenyum “Saya lupa ke mana saya, tapi saya bertemu dengan seseorang perempuan yang benar-benar cantik, agamanya baik dan berpengetahuan luas tapi sayangnya, dia tidak mampu berkomunikasi dengan baik.

“Akhirnya saya ke Selatan dan di sana sesudah mencari ke sana sini, saya bertemu dengan seorang calon yang pada pandangan saya cukup sempurna. Dia memiliki segala sesuatu yang saya dambakan sebagai seorang isteri selama ini. Dia benar-benar sempurna.”

“Habis, kenapa Adam tidak bernikah sahaja dengannya dan masih membujang sehingga kini?”

Sambil menggeleng-gelengkan kepalanya, Abraham membalas, ” Itulah, dia juga mencari suami sempurna.”

Moral :
“…jangan mencari yang terlalu sempurna, tetapi cukuplah yang sentiasa belajar untuk menyempurnakan imannya..”


copyright/

Tudung Wanita

Tudung wanita itu ada empat…
tudung pada wajahnya,
tudung pada mata,
tudung pada suara,
 tudung pada hati.
 Apa ertinya?
Tudung pada wajah…
 jangan sampai wajahnya mengundang fitnah.
Kecantikan adalah pingitan buat suami,
 bukan pameran untuk lelaki ajnabi.
Tudung pada mata…
jangan matanya memandang lelaki lain selain muhramnya.
Solehah yang hakiki, tidak dipandang, tidak memandang.
Tudung pada suara…
jangan dilunak-lunakkan
dengan tujuan memikat dan mempersona.
Tudung pada hati…
 mengingati Allah selalu…
Subhanallah
 Alhamdulillah
 Allahu Akbar

Siapa Yang Menanggung Dosa Kerana Seorang Perempuan???

Dosa seorang wanita yang tidak menutup aurat dan melakukan maksiat tidak ditanggung olehnya seorang sahaja. Tetapi beliau turut mengheret puluhan orang lain yang akan menanggung dosa bersamanya. Adakalanya si wanita ini berkata:
‘Aku tidak menutup aurat itu aku punya pasal la! Bukan aku menyusahkan kamu pun!’
Sebenarnya beliau silap! Dek kerana dirinya yang tidak menutup aurat, beliau telah membuatkan orang-orang yang bertanggungjawab mendidik dan menjaganya turut menanggung dosa. Siapakah orang-orang itu? Mereka ialah:

(1) Suaminya.
(2) Ayahnya.
(3) Saudara lelakinya.
(4) Anak lelakinya.
 

Keempat-empat golongan lelaki ini perlu bertanggungjawab memikul beban dosa yang dibuat oleh seorang wanita. Adakah ini dikatakan tidak menyusahkan?

Kenapa Allah menghilangkan lidah ikan?

Rasulullah SAW bersabda : “Sejahat-jahat manusia pada Hari Kiamat nanti ialah orang yang bermuka dua.Barangsiapa bermuka dua di dunia maka di hari kiamat kelak akan mempunyai dua lidah dari lidah api neraka jahanam.

Sabda Rasulullah SAW lagi :”Tidak masuk syurga orang yang suka membesar-besarkan cerita.” Apabila di tanya apa hikmahnya.Baginda SAW menjawab ;”Sesungguhnya Allah SWT telah mencipkan semua makhluk itu mempunyai lidah,sama ada yang boleh berkata-kata ataupun tidak boleh berkata-kata.”

Salah seorang sahabat pun bertanya,”kenapa ikan tidak mempunyai lidah?”

Sabda Rasulullah SAW :” Setelah Allah selesai menciptakan Adam a.s maka diperintahkan sekelian Malaikat agar tunduk sujud kepadanya.Semua Malaikat patuh kecuali Iblis laknat.Oleh kerana iblis enggan sujud, maka Allah melaknatnya serta mengusirnya dari syurga dan di hapuskan rupanya yang elok itu lalu di hantar ke bumi.

Apabila diturunkan ke bumi, iblis terus menuju ke laut dan pertama yang di jumpainya ialah ikan.Iblis pun menceritakan keburukkan dan kekurangan Adam a.s kepada ikan katanya ” sesungguhnya Adam itu amat suka memburudan membunuh binatang -binatang yang ada dilautan dan didaratan.”

Apabila ikan mendengar kata-kata iblis itu ia pun segera menghebahkannya kepada binatang laut yang lain berita tentang Adam a.s.Oleh kerana Allah tidak menyenangi perbuatan ikan inilah lalu dihilangkan lidah ikan agar tidak lagi dapat menyampaikan berita yang tidak sebenarnya.”

10 Hal Yang Sia-Sia ( LAGHA )

Sufyan ats-Tsauri menyatakan bahawa ada sepuluh hal yang termasuk dalam kategori sia-sia(lagha), iaitu:-
1. Lelaki atau wanita yang berdoa untuk dirinya sendiri, tapi tidak dimohonkannya doa untuk ibu-bapanya sendiri dan kaum Muslimin.
2. Orang yang kerapkali membaca Al Quran, tapi tidak membaca secara tertib sampai seratus ayat tiap-tiap hari.
3. Lelaki yang masuk ke dalam masjid, kemudian ia keluar kembali dari masjid itu tanpa mengerjakan solat tahiyatul-masjid.
4. Orang-orang yang melewati tanah perkuburan, tapi tidak mengucapkan salam kepada penghuni-penghuni kubur dan tidak mendoakan mereka...

5. Lelaki yang masuk pada hari Jumaat ke suatu kota, kemudian ia keluar lagi dari kota itu tanpa mengerjakan shalat Jumaat berjemaah.
6. Lelaki atau wanita yang tinggal di suatu lingkungan dengan seorang ulama, tapi dia tidak mempergunakan kesempatan itu untuk menambah ilmu pengetahuan.
7. Dua orang lelaki yang bersahabat, tapi mereka tidak saling menanyakan tentang keadaan masing-masing dan keluarganya.
8. Lelaki yang mengundang seseorang menjadi tetamunya, tapi tidak diacuhkan dan tidak dilayani tetamunya itu.
9. Pemuda yang menjadikan zaman mudanya berlalu begitu saja tanpa memanfaatkan waktu yang berharga itu untuk menuntut ilmu dan meningkatkan budi pekerti.
10. Orang yang tidak menyedari tetangganya yang merintih lantaran kelaparan, sedang ia sendiri makan kekenyangan di dalam rumahnya

08 September 2013

GARAM....Amalan Sunnah Yang Tak Diketahui

Amalan Rasulullah S.A.W memakan secubit garam sebelum dan selepas makan kini dibuktikan oleh sains bahawa t

abiat ini menambahkan keberkesanan perut untuk menghadam makanan dan menghindarkan perut dari menyerap racun.

Pada zaman Yunani, Tentera Yunani ( askar Greek ) dibayar gaji menggunakan garam .Begitu juga dengan episod penjajahan negara kecil oleh negara besar dengan mengenakan hukuman penjara kepada penentang mereka .

.Apabila dipenjarakan, mereka ( penentang ) akan diberi makanan seperti roti dan air tanpa garam .Walaupun kerap dihidangkan dengan roti dan air tanpa garam, badan mereka tetap lemah memandangkan kurangnya kandungan garam dalam badan.

Dari Abdullah Bin Umar

” Sesungguhnya ALLAH menurunkan empat perkara berkat ( mempunyai kebaikan ) dari langit ( menerusi hujan ) ke bumi iaitu besi, api ,air dan garam”

Hadis Riwayat Al-Baghawiy dalam tafsirnya .

Dari Anas Bin Malik, nabi bersabda ” Penghulu segala lauk pauk kamu ialah garam .

Dalam kitab perubatan Islam, untuk penyakit dari laut maka untuk keluarkannya dari badan/merawatnya dari laut juga iaitu menggunakan air garam. Antaranya:

1. Penyakit Ghout – timbus anggota badan atau bahagian yang bengkak dengan pasir laut ( tepi pantai ) 1 – 2 jam kemudian mandi air laut.

2. Kalau tinggal di bandar seperti , goreng 1 – 2 genggam garam kasar sampai kekuningan kemudian demah/tuam di bahagian yang bengkak atau sakit. Garam itu dibungkus dengan kain.

3. Guna cara yang sama seperti di atas untuk penyakit lenguh-lenguh sendi, sakit kepala, senggugut. Kalau sakit lelah demah/tuam pada tapak kaki.

4. Elak mabuk semasa perjalanan dengan meminum madu dan secubit garam atau air suam dan secubit garam sebelum memulakan perjalanan

5. Mengembalikan tenaga untuk orang yang bekerja berat seperti bertani, bersukan dan seumpamanya – minum air suam dan sedikit garam.

6. Cuci perut : minum air suam dan satu butir garam kasar sebelah pagi.

Petua berdasarkan kajian

Merendam kerang supaya hilang tahinya. Dalam kaedah perubatan Islam, sesuatu perkara yang buruk diubat dengan asalnya. Kerang berasal dari laut, dan garam digunakan untuk meneutralkan keburukannya (tahi).

Mengurang tahap kemasinan ikan masin. Ikan kering yang terlalu masin boleh dikurangkan kadar kemasinannya dengan merendam dalam air garam juga.

Merawat cirit-birit. Ia boleh diubati dengan meminum air yang dicampur sedikit garam.

Garam diguna untuk merawat kegatalan. Air yang dicampur garam disapukan pada kulit yang gatal.

Menambah imuniti badan akibat perubahan hawa/angin. Hal ini berlaku di sesetengah tempat di negeri Arab. Misalnya pelajar Malaysia yang berkunjung ke Arab akan mengalami alahan terhadap hawa/angin tempat baharu. Air garam diminum sebagai ubatnya.

Saidina Umar Al-Khattab pernah menyebut....

Bagi orang lelaki jika kita tak sempat nak hadam Quran seluruhnya, sekurang-kurangnya dlm hidup kita ini kita mampu hadam dua surah iaitu surah Al Baqarah dan Ali Imran.

Bagi org perempuan jika tak mmpu hadam keseluruhan Alquran, sekurang kurangnya hadamlah tiga surah iaitu surah AnNisa, AnNur dan Al Ahzab.

Dan jika hadis nabi, belajar dan hadamlah sekurang-kurangnya Hadis 40 itu.

Jika terlalu sukar, agih-agihkanlah ilmu yang ada kepada 3 ilmu aqidah, ilmu syariah atau ilmu tasawwuf.

Sekiranya kamu mampu menggabungkan ketiga-tiga ilmu ini dlm kehidupan kamu Allah akan mengangkat darjat kamu kepada nilai ketaqwaan dalam diri.

Wallahua'lam.

Kata-kata Imam Ibnu Qayyim Al-Jauzi

 1) Di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai kecuali menerima kehendak Allah SWT.
2) Di dalam hati manusia ada keganasan dan tidak akan hilang kecuali berjinak dengan dengan Allah SWT.
3) Di dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang kecuali seronok mengenali Allah SWT.
4) Di dalam hati manusia ada kegelisahan dan tidak...
akan tenang damai kecuali berlindung, bertemu dan berjumpa denganNya.
5) Di dalam hati manusia ada penyesalan dan tidak akan padam kecuali redha dengan suruhan dan laranganNya serta qadha dan qadarNya serta sentiasa sabar sehingga menemui Allah SWT.
6) Di dalam hati manusia ada hajat dan tidak akan terbendung kecuali kecintaan kepadaNya dan bermohon kepadaNya.
Beristiqomah dengan berzikir kepada Allah SWT adalah keikhlasan sebenar kepadaNya. . .
Andai dunia dan segala isinya diberikan kepada manusia pasti ianya masih lagi tidak dapat memenuhi dan membendung hajat hati si hamba tersebut.

Si Fasiq Dan Lelaki Alim

Ada seorang lelaki fasiq, yg ketika hidupnya selalu berbuat kemungkaran di muka bumi, dia amat gemar minum minuman keras.

Ketika dia meninggal dunia, isterinya tidak dapat mencari seorang pun orang yang mahu membantunya untuk menguruskan jenazahnya kerana dia dianggap sebagai orang yg banyak berbuat mungkar.

Di sebuah hutan terdapat gua yg didiami oleh seorang alim yg terkenal baik hati....


Tanpa disangka, si alim itu turun dari pertapaannya hanya untuk menguruskan dan mensolati jenazah lelaki tersebut.

Akhirnya berita itu tersebar di kalangan masyarakat sehingga masyarakat pun turut hadir utk melakukan solat jenazah.

Mereka kagum dan bertanya kenapa si alim itu ingin mensolati jenazah fasiq yg suka minum arak itu.

Si alim pun menjawab, "Sesungguhnya aku bermimpi dalam tidurku, seolah2 ada suara yg menyatakan agar aku turun dari gunung dan datang kepada jenazah yg tidak seorang pun mahu menguruskannya, aku diperintahkan untuk mensolatinya kerana sesungguhnya dia telah diampuni dosanya oleh Allah.."

Orang ramai kagum dgn apa yang dikatakan oleh si alim itu.

Lalu si alim itu memanggil isterinya dan bertanya tentang amal perbuatan suaminya semasa hidupnya.

Isterinya menjawab, “Seperti yang kamu tahu, semasa hidupnya, suamiku ini sepanjang hari selalu menghabiskan waktunya utk minum arak hingga mabuk.

Pun begitu di rumah kami sentiasa datang satu atau dua anak yatim untuk meminta makan lalu suamiku akan mengusapnya dan memberi anak2 yatim itu makan. Suamiku menyayangi mereka seperti anaknya sendiri..

Dan ada kalanya ketika suamiku sedar dari mabuknya di malam hari, dia akan duduk di satu sudut di dalam rumah lalu menangis dan berdo'a, " Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku ini hina, di sudut manakah Engkau akan menempatkan diriku yang hina ini di neraka Jahanam?".

Tanda-tanda Taubat Diterima Allah SWT


Seorang ahli hikmah ditanya mengenai taubat. Bagaimanakah kita hendak mengetahui taubat kita telah diterima Allah atau tidak? Maka jawabnya, ini adalah urusan Allah,kita tidak berupaya menentukannya,...tetapi kita boleh melihat pada tanda-tandanya iaitu:

1. Bagi hamba-hamba yang bertaubat itu bila dia merasakan di dalam dirinya masih ada dosa-dosa yang masih b
elum terhakis.

2. Hatinya lebih tenteram dan suka mendekati orang-orang yang solih daripada mendekati mereka-mereka yang fasik.

3. Bila dia merasakan di dalam dirinya telah hilang perasaan gembira, sebaliknya sentiasa datang perasaan sedih kerana takutkan azab Allah.

4. Bila dia melihat pada dirinya yang sentiasa sibuk dengan menunaikan kewajipan terhadap Allah sebaliknya sedikit pun dia tidak sibuk meguruskan rezekinya yang telah dijamin oleh Allah.

5. Sungguhpun sedikit rezeki yang dia dapat di dunia ini namun ia tetap melihatnya banyak, tetapi walaupun banyak amalan untuk akhirat yang telah dikerjakannya namun ia tetap merasa sedikit.

6. Bila dia melihat pada dirinya yang sentiasa menjaga lidah dan ucapannya, sering bertafakur dan selalu berada di dalam keadaan sedih dan menyesal...

Waallahhuaklam.

07 September 2013

6 PESANAN IMAM AL-GHAZALI

 
Apabila berhadapan dengan KANAK-KANAK
anggaplah mereka lebih mulia daripada kita
kerana kanak-kanak belum dibebani dosa.
 
Apabila berhadapan dengan ORANG TUA
anggaplah mereka lebih mulia
kerana mereka lebih lama beribadah aripada kita
 
Apabila berhadapan dengan ORANG ALIM
anggaplah mereka lebih mulia
kerana banyaknya ilmu di dada
 
Apabila berhadapan dengan ORANG JAHIL
anggaplah mereka lebih mulia
sebab mereka berbuat dosa kerana kejahilan
sedangkan kita berdosa dalam keadaan mengetahui
 
Apabila berhadapan dengan ORANG JAHAT
jangan anggap kita mulia
mungkin dia akan bertaubat pada masa tuanya
sedangkan kita belum tau akhir kehidupan kita
 
Apabila bertemu orang kafir
katakan
belum tentu dia akan kafir selama-lamanya....
 

Percakapan Antara Rasulullah SAW Dan Iblis

Rasulullah (R) bertanya : “Apa yang kau rasakan jika melihat seseorang dari umatku hendak solat?”
Iblis (I) menjawab: “Aku merasa panas dingin dan gemetar”

R: “Kenapa?”
I: “Sebab setiap seorang hamba bersujud 1X kepada Allah, Allah mengangkatnya 1 darjat”...



R: “Jika seorang umatku berpuasa?”
I: “Tubuhku terasa terikat hingga ia berbuka”
R: “Jika ia berhaji?”
I: “Aku seperti orang gila”
R: “Jika ia membaca Al-Quran?”
I: “Aku merasa meleleh laksana timah di atas api”
R: “Jika ia bersedekah?”
I: “Itu sama seperti orang tersebut membelah tubuhku dgn gergaji”
R: “Mengapa  begitu?“
I: ”Sebab dalam sedekah ada 4 keuntungan baginya, yaitu :
       1. Keberkahan dlm hartanya,
       2. Hidupnya disukai,
       3. Sedekah itu kelak akan menjadi hijab antara dirinya dgn api
           neraka,
      4. Terhindar dari segala macam musibah akan terhalau
          dari dirinya,
R: “Apa yang dapat mematahkan pinggangmu?”
I: “Suara kuda perang di jalan Allah.”
R: “Apa yang dapat melelehkan tubuhmu?”
I: “Taubat orang yang bertaubat”
R: “Apa yang dapat membakar hatimu?”
I: “Istighfar di waktu siang dan malam”
R: “Apa yang dapat menconteng wajahmu?”
I: “Sedekah yang diam2”
R: “Apa yang dapat menusuk matamu?”
I: “Solat fajar”
R: “Apa yang dapat memukul kepalamu?”
I:  “Solat berjamaah”
R: “Apa yang paling mengganggumu”
I: “ Majlis para ulama”
R: “Bagaimana cara makanmu?”
I:  “Dengan tangan kiri dan jariku”
R: “Dimanakah kau menaungi anak2mu di musim panas?”
I: “Dibawah kuku manusia”
R: “Siapa temanmu wahai iblis?”
I: “Penzina”
R: “Siapa teman tidurmu?”
I: “Pemabuk”
R: “Siapa tamumu?”
I: “Pencuri”
R: “Siapa utusanmu?”
I: “Tukang sihir (dukun)”
R: “Apa yang membuatmu gembira?”
I: “Bersumpah dengan cerai”
R: “Siapa kekasihmu?”
I: “Orang yang meninggalkan Solat Jumaat”
R: “Siapa manusia yang paling membahagiakanmu?"
I: “Orag yang meninggalkan solatnya dengan sengaja”

Sumber: Islam Di Hatiku

catatan menarik yang lepas-lepas