08 September 2013

Si Fasiq Dan Lelaki Alim

Ada seorang lelaki fasiq, yg ketika hidupnya selalu berbuat kemungkaran di muka bumi, dia amat gemar minum minuman keras.

Ketika dia meninggal dunia, isterinya tidak dapat mencari seorang pun orang yang mahu membantunya untuk menguruskan jenazahnya kerana dia dianggap sebagai orang yg banyak berbuat mungkar.

Di sebuah hutan terdapat gua yg didiami oleh seorang alim yg terkenal baik hati....


Tanpa disangka, si alim itu turun dari pertapaannya hanya untuk menguruskan dan mensolati jenazah lelaki tersebut.

Akhirnya berita itu tersebar di kalangan masyarakat sehingga masyarakat pun turut hadir utk melakukan solat jenazah.

Mereka kagum dan bertanya kenapa si alim itu ingin mensolati jenazah fasiq yg suka minum arak itu.

Si alim pun menjawab, "Sesungguhnya aku bermimpi dalam tidurku, seolah2 ada suara yg menyatakan agar aku turun dari gunung dan datang kepada jenazah yg tidak seorang pun mahu menguruskannya, aku diperintahkan untuk mensolatinya kerana sesungguhnya dia telah diampuni dosanya oleh Allah.."

Orang ramai kagum dgn apa yang dikatakan oleh si alim itu.

Lalu si alim itu memanggil isterinya dan bertanya tentang amal perbuatan suaminya semasa hidupnya.

Isterinya menjawab, “Seperti yang kamu tahu, semasa hidupnya, suamiku ini sepanjang hari selalu menghabiskan waktunya utk minum arak hingga mabuk.

Pun begitu di rumah kami sentiasa datang satu atau dua anak yatim untuk meminta makan lalu suamiku akan mengusapnya dan memberi anak2 yatim itu makan. Suamiku menyayangi mereka seperti anaknya sendiri..

Dan ada kalanya ketika suamiku sedar dari mabuknya di malam hari, dia akan duduk di satu sudut di dalam rumah lalu menangis dan berdo'a, " Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku ini hina, di sudut manakah Engkau akan menempatkan diriku yang hina ini di neraka Jahanam?".

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

catatan menarik yang lepas-lepas