30 Jun 2013

TUJUH PERSOALAN


Pada zaman Nabi Musa AS,ada dua anak yatim yang tinggal di satu bandar. Rumah mereka mempunyai tembok dan di bawahnya ada harta tersimpan kepunyaannya. Bapa mereka seorang yang soleh sebagaimana diceritakan di dalam Al-Quran ( Surah Al-Kahfi : Ayat 82).

Menurut Imam Nawawi, dua anak yatim tersebut adalah Ashram dan Sharim manakala bapa mereka bernama Kasyih. Harta simpanan ( kanzun ) yang diceritakan itu berdasarkan riwayat daripada Saidina Uthman Bin Affan RA, seperti yang dilaporkan ialah sekeping papan daripada emas yang tertulis padanya tujuh ayat seperti berikut:
* Aku hairan terhadap orang yang tahu kematian,namun dia masih sempat ketawa.
* Aku hairan kepada orang yang tahu dunia ini akan musnah,namun dia tetap juga cenderung terhadapnya.
* Aku hairan kepada orang yang tahu bahawa semua urusan itu sesuai dengan ketentuan Allah, tetapi masih bingung disebabkan sesuatu urusan yang disifatkan sebagai lambat atau gagal
* Aku hairan kepada orang yang mengetahui adanya hisab, tetapi dia tetap juga mengumpulkan harta dan menimbunnya.
* Aku hairan kepada orang yang tahu adanya neraka, tetapi dia tetap terus melakukan dosa.
* Aku hairan kepada orang yang mengetahui adanya syurga, tetapi dia bersenang lenang dengan dunia.
* Aku hairan orang yang mengetahui syaitan itu musuh, tetapi dia tunduk taat ajakannya.

23 Jun 2013

HUKUM SAMBUTAN MALAM NISFU SYAABAN

 
Umat Islam di Malaysia umumnya menyambut malam Nisfu Syaaban (15hb Syaaban) dengan mengadakan majlis membaca surah Yasin sebanyak tiga kali selepas solat Maghrib. Di celah-celah bacaan Yasin ini diselitkan dengan bacaan doa seperti berikut; selepas bacaan Yasin pertama dengan doa untuk diselamatkan dunia akhirat, selepas bacaan Yasin kedua doa supaya dipanjangkan umur dalam keberkatan dan selepas bacaan Yasin ketiga doa supaya dianugerahkan rezeki yang halal.
 
 Diperhatikan bahawa amalan sambutan Nisfu Syaaban sebegini tidak TIDAK DIAMALKAN di tempat lain di seluruh dunia. Tidak hairanlah tiada fatwa yang dikeluarkan oleh ulama muktabar dunia masakini tentang sahih atau batilnya amalan ini.
 
Kita beramal dan beribadat adalah untuk mendapat pahala dan kebaikan. Amalan ini hendaklah ada contohnya dari Rasulullah s.a.w.  atau sahabat-sahabat atau ada petunjuk yang jelas dari al-Quran dan as-Sunnah. Amalan mengkhususkan bacaan dan doa tertentu pada sesuatu masa tanpa nas yang sahih adalah amalan bidaah yang tertolak dan dikhuatiri berdosa; setidak-tidaknya ia akan membazirkan masa dan memenatkan badan.
Kita boleh membaca surah Yasin sebanyak mungkin pada bila-bila masa untuk mendapat pahala tetapi tidak dengan mengkhususkan kepada malam Nisfu Syabaan dan dengan bilangan tiga kali. Kita digalakkan berdoa apa saja kepada Allah s.w.t untuk kebaikan dunia dan di akhirat tetapi tidak perlu dikhususkan di celah-celah bacaan Yasin di malam Nisfu Syaaban. Dan kita boleh membaca surah Yasin dan berdoa bersendirian, di mana-mana dan bila-bila saja dan tidak perlu berkampung  di masjid-masjid dengan harapan mendapat ganjaran istimewa dari Allah s.w.t.
 
Berikut adalah fatwa yang dikeluarkan oleh seorang ulama terkemuka di Timur Tengah untuk menjelaskan tentang amalan bidaah di malam nisfu Syaaban. Perhatikan bahawa beliau tidak menyebut amalan membaca Yasin  dan doa-doa yang mengiringinya kerana amalan tersebut tidak diamalkan oleh penduduk di Timur Tengah atau di bahagian lain dunia Islam. Boleh dikatakan bahawa amalan baca Yasin dan doa ini adalah sebahagian dari sekian banyak amalan bidaah ciptaan rakyat tempatan khusus untuk amalan penduduk nusantara ini! 


PESANAN IMAM AL-GHAZALI TENTANG KAWAN


1. Pilihlah KAWAN YANG BERAKAL, jangan pilih KAWAN
    YANG BODOH kerana dia akan menjadi musuh dan
    menyakitkan hatimu.
2. Pilihlah KAWAN YANG BERAKHLAK, jangan pilih
    KAWAN YANG JAHAT kerana akan mendorong kamu
    ke arah kejahatan.
3. Pilihlah KAWAN YANG SOLEH, jangan pilih KAWAN
    YANG FASIK kerana akan diajar kita kepada dosa dan
    maksiat.
4. Pilihlah KAWAN YANG BERSEDERHANA, jangan pilih
    KAWAN YANG TAMAK kerana  akan menjadi racun
    berbisa kepada sifat pemurah.
5. Pilihlah KAWAN YANG BERCAKAP BENAR, jangan pilih
    KAWAN YANG SELALU BERBOHONG kerana itu akan
    memusnahkan jiwa.

01 Jun 2013

Cuti cuti cuti

Assalamualaikum....pagi ini Evolusi Anak Timur bersiaran dari Hotel Four Friends, Tanah Merah. Lepas ni akan bertolak ke Kg Bunut Payung, KB untuk menziarahi Tn Guru Ustaz Hj Abd Wahab. Kemudian kan singgah jap kat Kg Lubuk Kawah, Besut ...kenduri kawin. Pas tu, barulah ke Tepoh , menginap di Koha Homstay....selamat bercuti!