30 Jun 2013

TUJUH PERSOALAN


Pada zaman Nabi Musa AS,ada dua anak yatim yang tinggal di satu bandar. Rumah mereka mempunyai tembok dan di bawahnya ada harta tersimpan kepunyaannya. Bapa mereka seorang yang soleh sebagaimana diceritakan di dalam Al-Quran ( Surah Al-Kahfi : Ayat 82).

Menurut Imam Nawawi, dua anak yatim tersebut adalah Ashram dan Sharim manakala bapa mereka bernama Kasyih. Harta simpanan ( kanzun ) yang diceritakan itu berdasarkan riwayat daripada Saidina Uthman Bin Affan RA, seperti yang dilaporkan ialah sekeping papan daripada emas yang tertulis padanya tujuh ayat seperti berikut:
* Aku hairan terhadap orang yang tahu kematian,namun dia masih sempat ketawa.
* Aku hairan kepada orang yang tahu dunia ini akan musnah,namun dia tetap juga cenderung terhadapnya.
* Aku hairan kepada orang yang tahu bahawa semua urusan itu sesuai dengan ketentuan Allah, tetapi masih bingung disebabkan sesuatu urusan yang disifatkan sebagai lambat atau gagal
* Aku hairan kepada orang yang mengetahui adanya hisab, tetapi dia tetap juga mengumpulkan harta dan menimbunnya.
* Aku hairan kepada orang yang tahu adanya neraka, tetapi dia tetap terus melakukan dosa.
* Aku hairan kepada orang yang mengetahui adanya syurga, tetapi dia bersenang lenang dengan dunia.
* Aku hairan orang yang mengetahui syaitan itu musuh, tetapi dia tunduk taat ajakannya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan