08 Mei 2011

SELAMAT HARI IBU

Dalam kenangan...Mak bersama Norida Idrus ( adik ipar ),kedua-duanya telah kembali menyahut panggilan Ilahi.
Hari ini 8 Mei 2011...HARI IBU....sayang sekali telah 12 tahun saya kehilangan seorang wanita bergelar IBU. Ibu atau panggilan seharian "MAK" telah kembali kerahmatullah di Makkah Al-Mukarramah sebaik saja selesai menyempurkan fardu haji.Kini....setiap kali tiba 8 Mei, terdetik rasa sayu...yang tinggal hanyalah kenangan yang terpahat kukuh di sanubari.
Semoga Allah SWT mencucuri rahmat dan ditempatkan bersama gologan yang beriman. Amin...AL-FATIHAH

06 Mei 2011

1 DINAR DARI ALI




Pada suatu hari, Saidina Ali bertanya isterinya: " Apakah ada makanan untuk dimakan hari ini,wahai Fatimah?" Lalu dijawab Fatimah:"Kita tidak mempunyai apa-apa untuk dimakan hari ini. Sejak pagi tadi,kami semua belum makan."

Kemudian Saidina Ali keluar dari rumah lalu berjalan ke rumah seorang sahabatnya. Beliau berbincang dengan sahabatnya mengenai hasrat untuk meminjam wang. Lalu sahabatnya pun menghulurkan satu dinar kepada Saidina Ali. Dengan penuh kesyukuran, Saidina Ali berjalan menuju ke pasar untuk membeli makanan untuk keluarganya. Sebelum sempat membayar,beliau melihat sahabatnya, Miqdad berjalan dalam keadaan lemah. Beliau mendapatkan Miqdad lalu bertanya keadaannya. Lalu Miqdad bercerita :" Saya berjalan ke sini kerana tidak tahan melihat keadaan anak-anak saya yang menangis kelaparan. Saya tidak ada wang. Saya bingung. Lantas saya keluar rumah hingga sampai di sini."Lalu Saidina Ali menghulurkan dinar yang dia ada itu. Lalu dia bergeagas ke masjid untuk bersolat. Selesai solat beliau pulang bersama-sama Rasulullah. Alangkah terperanjatnya Saidina Ali apabila sampai rumah,beliau mendapati terdapat makanan yang menyelerakan. Lantas beliau bertanya kepada Fatimah. Rasulullah SAW yang mendengar perbualan kedua-duanya, lalu berkata : " Wahai Ali, ini adalah balasan wang satu dinar yang saudara berikan kepada Miqdad. Allah memberikan ganjaran kepada sesiapa sahaja yang dikehendakiNya...."

03 Mei 2011

TONGKAT




Dikisahkan pada suatu masa, tatkala Negus hendak berhijrah ke Abysinia,beliau telah menyerahkan sebatang tongkat kepada Zubair ibnu Awwam sebagai hadiah. Tongkat tersebut agak pendek dan kelihatan seperti sebilah tombak. Bilal ibnu Rabah,muazzin Rasulullah SAW telah membawa tongkat itu ke tempat solat dan ditanam berupa pancang sebagai tanda arah kiblat. Kejadian ini berlaku pada Eidul Fitri.Rasulullah berkhutbah sambil memegang tongkat tersebut. sejak itu,tongkat tersebut telah digunakan untuk mengimbangi badan atau memperkuat perjalanan. Hingga ke hari ini,imam akan memegang tongkat sewaktu berkhutbah sebelum solat Jumaat. Wallahua'lam.

01 Mei 2011

BENTUK2 PENDERHAKAAN TERHADAP IBUBAPA



1. Memandang kpd kedua ibubapa dgn pandangan yg menjeling sambil marah.

2. Menganggap dirinya sama dgn bapanya atau ibunya.

3. Enggan mencium tangan ibu bapanya.

4. Merasa malu untuk memperkenalkan bapanya atau ibunya krn kesombongannya.

5. Tdk melaksanakan keperluan nafkah/belanja bg kedua-duanya.

6. Dan....SEBESAR-BESAR derhaka ialah mengucap "ahhh...", "cisss..." atau " hisss..."..

NOTA MAGIK

Sebenarnya...lipatan kertas ini pernah menjadi permainan saya waktu kecil-kecil dulu...sekadar nak tunjuk terror kat adik2...ala2 ahli silap mata gitu...sehiJajarkan ke Kiringgalah apabila saya mengikuti satu bengkel baru2 ni...terdetik di hati...kenapa tidak saya aplikasikannya kpd pelajar saya...tambahan dalam waktu yg sama, para pelajar sedang berhempas pulas menghafal sifir sempena Bulan Sifir di sekolah. Bukan itu saja...nota2 ringkas apa2 sabjek pun boleh dicatat....SELAMAT MENCUBA....

Firzana dan al-Fatihah sedang tekun menyiapkan nota magik.


Aisyah begitu teruja....

Seronok.....
Azlan dan Fitrie...

Shahir dan Husaini.....leka mencatat sifir...


Nota Magik hasil kerja pelajar perempuan

Hasil kerja pelajar lelaki...


KEK COKLAT KEJU PERTAMAKU


Yessss.....akhirnya.....terhasil juga kek coklat keju....my feberet....resepinya diaduk2kan drpd beberapa resepi kek.....jom kita tengok....

BAHAN-BAHAN:

1 buku Buttercup

5 kpg keju ( slice cheese )

1 cwn serbuk koko

1 cwn gula ( optional )

1 sudu teh soda bikarbonat - diayak

2 cwn tepung gandum- diayak

2 biji telur

CARA MEMBUATNYA:

1. Pukul gula dan telur hingga sebati - bahan A

2. Cairkan Buttercup dan keju- bahan B

3. Masukkan bahan A ke dlm bahan B- gaul sebati.

4. Masukkan bahan-bahan lain. Gaul sebati.

5. Kukus dan....mmmmm...nyam..nyam...nyam....




TOK KU PALOH

Nama sebenar beliau ialah Abdul Rahman Bin Muhammad Al-Idrus,dilahirkan pada tahun 1817 di Kg Chabang Tiga, Kuala Terengganu. Beliau mendapat pendidikan awal drpd ayahnya Tukkuu Tuan Besar, seorang ulama. Beliau mendalami ilmu dan meluaskan pengalaman di Makkah selama 10 tahun.
Pengaruh Tok Ku Paloh sgt kuat hingga mengambil tempat dlm masa pemerintahan 8 org Sultan Terengganu. Pengaruhnya juga menyebabkan pihak british di bwh pimpinan Hugh Clifford gagal mengesan pahlawan Pahang yg diketuai oleh Tok Gajah.
Suatu ketika, British telah melancarkan serangan kapal-kapal perangnya. Tok Ku Paloh bersama Tuan Haji Abdul Rahman Limbung,Sheikh Ibrahim dan Tok Kelam bersama pengikut masing-masing meronda di sepanjang pesisir pantai. Akhirnya pihak British berundur krn dikatakan mrk nampak 'beribu-ribu' pahlawan Terengganu telah bersiap sedia di pesisir pantai, membuktikan hebatnya karamah Tok Ku Paloh.




Masjid Tok Ku Paloh, Kuala Terengganu






Sumber: HM Tuah Iskandar al-haj:Kisah Ajaib Terpilih