06 Mei 2011

1 DINAR DARI ALI




Pada suatu hari, Saidina Ali bertanya isterinya: " Apakah ada makanan untuk dimakan hari ini,wahai Fatimah?" Lalu dijawab Fatimah:"Kita tidak mempunyai apa-apa untuk dimakan hari ini. Sejak pagi tadi,kami semua belum makan."

Kemudian Saidina Ali keluar dari rumah lalu berjalan ke rumah seorang sahabatnya. Beliau berbincang dengan sahabatnya mengenai hasrat untuk meminjam wang. Lalu sahabatnya pun menghulurkan satu dinar kepada Saidina Ali. Dengan penuh kesyukuran, Saidina Ali berjalan menuju ke pasar untuk membeli makanan untuk keluarganya. Sebelum sempat membayar,beliau melihat sahabatnya, Miqdad berjalan dalam keadaan lemah. Beliau mendapatkan Miqdad lalu bertanya keadaannya. Lalu Miqdad bercerita :" Saya berjalan ke sini kerana tidak tahan melihat keadaan anak-anak saya yang menangis kelaparan. Saya tidak ada wang. Saya bingung. Lantas saya keluar rumah hingga sampai di sini."Lalu Saidina Ali menghulurkan dinar yang dia ada itu. Lalu dia bergeagas ke masjid untuk bersolat. Selesai solat beliau pulang bersama-sama Rasulullah. Alangkah terperanjatnya Saidina Ali apabila sampai rumah,beliau mendapati terdapat makanan yang menyelerakan. Lantas beliau bertanya kepada Fatimah. Rasulullah SAW yang mendengar perbualan kedua-duanya, lalu berkata : " Wahai Ali, ini adalah balasan wang satu dinar yang saudara berikan kepada Miqdad. Allah memberikan ganjaran kepada sesiapa sahaja yang dikehendakiNya...."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan