31 Julai 2013

Kisah Lelaki Alim Dan Peniaga

Ada seorang lelaki tua yang sangat alim. Dia tinggal bersendirian di sebuah pondok. Setiap hari dia menghabiskan masanya hanya dengan beribadah, berpuasa dan berzikir. Boleh dikatakan aktiviti hariannya hanyalah mengabdikan diri kepada Allah.

Pada suatu malam, lelaki itu bermimpi. Dia melihat seorang peniaga sedang sibuk menguruskan perniagaan di sebuah pe
kan. Apa yang menariknya, peniaga itu memiliki keimanan yang jauh lebih hebat daripadanya walaupun sibuk menguruskan hal duniawi. Berbeza pula dengan lelaki tua itu yang hanya beribadah kepada Allah.

Pada keesokan harinya, lelaki tua itu pun pergilah ke pekan untuk mencari peniaga yang muncul dalam mimpinya. Ketika dia sampai di hadapan kedai, dia mendapati peniaga itu sedang sibuk melayan pelanggan. Lelaki tua itu mengambil keputusan untuk duduk memerhatikannya dari luar kedai.

Sepanjang pemerhatiannya, dia tidak nampak pun peniaga itu seolah-olah sedang beribadah sepertinya. Kemudian, lelaki tua itu melihat peniaga itu menuju ke masjid berhampiran. Beberapa minit kemudian, peniaga itu kembali ke kedainya menyambung rutinnya seperti tadi.

Curiga dengan tindakan lelaki tua itu, peniaga lalu menyapanya.
"Assalamualaikum. Ada apa-apa yang saya boleh tolong pak cik? "Tanya peniaga itu.

"Waalaikummussalam. Eh! Tidak ada apa-apa. Pak cik tak mahu membeli tapi pak cik nak tanya sesuatu." Balas lelaki tua itu lalu menceritakan mimpinya.

"Begini pak cik, sebelum saya menjawab soalan, boleh tak pak cik lakukan sesuatu untuk saya?" Tanya peniaga itu.

"Pak cik boleh lakukan apa saja" balas lelaki tua itu.

"Baiklah, pak cik ambil piring yang berisi air ini. Dengan piring ini, pak cik pergi ke hujung bangunan dan patah balik ke sini tanpa menumpahkan air dalam masa lima minit." Arah peniaga itu.

Lalu lelaki tua itu memulakan perjalanannya. Lelaki itu jalan dengan sangat berhati-hati agar air dari piring tidak tertumpah sehingga tiba semula di kedai itu.

"Nah, ini piring tadi. Selamat. Sekarang apa maksud mimpi pak cik?"

Lalu peniaga itu mengambil piring tersebut.
"Sepanjang pak cik ke hujung bangunan, berapa kali pak cik ingat Allah?"

"Ingat Allah?" Tanya lelaki tua itu terkejut.
"Pak cik tidak ingat langsung kepada Allah tadi. Pak cik cuma pastikan air supaya tidak tertumpah dan tiba masanya. Terang lelaki tua itu seraya menyesal dengan tindakannya itu.

"Tapi saya sentiasa mengingati Allah sepanjang masa. Ketika saya berniaga , saya juga membawa 'air dalam piring'. Saya jujur, amanah, dan adil dalam perniagaan. Saya tidak pernah lupa bahawa Allah sentiasa memerhatikan saya' terang peniaga itu.

bayarlah dulu.....

Suatu hari seorang warga emas ingin membuang air kecil, lalu dia pun pergi ke tandas awam. Apabila dia ingin masuk ke dalam, seorang lelaki penjaga tandas menegurnya, “Wahai orang tua, bayarlah dulu sebelum masuk.”

Mendengarkan sapaan lelaki itu, air mata warga emas pun bercucuran keluar dari matanya.

Lelaki tadi terkejut dan berkata, “Wahai orang tua, andai kata kamu tiada wang untuk dibayar, ...
masuklah secara percuma. Janganlah menangis kerana ini.”

Warga emas menjawab, “Wahai pemuda, aku menangis bukan kerana aku tiada duit tetapi aku terfikir jika tempat sejijik ini pun harus dibayar untuk dimasuki, bagaimana pula dengan syurga Allah? Berapakah bayaran yang harus aku sediakan untuk masuk ke dalamnya?" ...
 
Sumber : Page Tumpang Lalu

7 PENYAKIT HATI



1-Suka dipuji = SUM'AH.
2-Suka berbangga diri = TAKBUR
3-Suka pandang rendah kpd org lain = SOMBONG.
4- Suka puji seseorang di hadapan tetapi kutuk di belakang = MUNAFIQ.
5- Suka menunjuk-nunjuk = BERLAGAK.
6- Suka sakit hati terhadap nikmat org lain = BUSUK HATI / DENGKI.
7- Suka berfikiran negatif terhadap org lain = BURUK SANGKA.

30 Julai 2013

Fenomena Api Dalam Lautan

lautan Api
Suatu ketika dahulu pernah heboh berita tentang api di dalam lautan. Rentetan dari itu ramailah para saintis dari beberapa negara meneliti fenomena tersebut.
Sebenarnya fenomena api di dalam lautan ini ia menguatkan lagi kebenaran al Quran..Subhanallah al Quran telah pun menyebut fenomena ini di dalam surah Ath-Thuur.Firman Allah :

وَالطُّورِ (١)وَكِتَابٍ مَسْطُورٍ (٢)فِي رَقٍّ مَنْشُورٍ (٣)وَالْبَيْتِ الْمَعْمُورِ (٤)وَالسَّقْفِ الْمَرْفُوعِ (٥)وَالْبَحْرِ الْمَسْجُورِ (٦)إِنَّ عَذَابَ رَبِّكَ لَوَاقِعٌ (٧)مَا لَهُ مِنْ دَافِعٍ (٨)

Ertinya:
“Demi Gunung Tursina,Dan demi Kitab yang tertulis dengan rapi,pada lembaran yang terbuka,dan demi Baitul Makmur (Ka’bah),dan atap yang ditinggikan (langit),dan demi laut yang di dalam tanahnya ada api,sesungguhnya azab Tuhanmu pasti terjadi,tidak seorangpun yang dapat menolaknya.”
(Qs.Ath-Thuur: 1-8)
Subhanallah..al Quran telah mendahului kajian sains..Allah telah menurunkan al Quran sekitar 1400 tahun yang lalu kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantara Malaikat Jibril..Adakah sains dan teknologi di zaman dahulu yang telah membuktikan bahawa dalam laut ada api? tentu jawabannya “TIDAK”. Siapakah yang menciptakan alam semesta ini?Siapakah yang menurunkan al Quran? jawabannya tentula Allah Subhanahu Wataala.
Cuba anda fikirkan bagaimana Api dan Air boleh bercampur?Air tidak dapat memadamkan Api? dan Api tidak melakukan sejatan terhadap Air? Akan tetapi, bakinya tetap tinggal.. Maha Suci Allah.. Allahu Akbar.
 
Sumber: Abu Nafis

29 Julai 2013

ENAM PERKARA ALLAH SEMBUNYIKAN


 Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

1- Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
2- Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
3- Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
4- Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
5- Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
6- Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.

LIMA PERKARA

Lima perkara yang kita semua mahukannya dan kita usaha untuk mendapatkannya:
1:Wajah yang cantik
2:Duit yang banyak
3:Kesihatan yang baik
4:Anak2 yang cerdik dan berjaya macam kita
5:Tidur yang nyenyak tanpa ganguan

Senang jer untuk mendapatkannya hanya 15 minit setiap hari.

Kata Nabi Muhammad S.A.W; Siapa yang tinggalkan solat Subuh ,tiadalah padanya nur di wajahnya dan siapa yang tinggalkan solat Zohor tiadalah padanya rezki yang berkat dan barang siapa yang tinggalkan solat Asar, tiadalah padanya kekuatan badan dan siapa yang tinggalkan solat Maghrib tiadalah padanya anak2 yg bermanfaat dan barangsiapa yang tinggalkan solat Isyak tiadalah padanya tidur yang nyenyak.

BULETIN AL-IMAN 3/2013 ( BIL 16 )


BULETIN AL-IMAN 2/2013 ( BIL 15)


28 Julai 2013

Jom kita ikat tali kasut!

Jom pilih mana satu kita suka!



Imej Pelangi Di Gunung Everest


 

Seorang ahli astronomi, Oleg Bartunov, 51, berjaya merakamkan imej pelangi luar biasa di Gunung Everest ketika dia menyertai ekspedisi ke Himalaya di Nepal.

Imej tersebut dirakamkan oleh Burtunov yang merupakan anggota Institut Astronomi Sternberg di Moscow, Rusia dengan menggunakan sebuah kamera biasa.

Fenomena yang pelik tersebut berlaku disebabkan oleh pantulan cahaya kristal ais yang kecil di dalam awan. Orang tempatan juga dilaporkan jarang menemui pelangi luar biasa itu.

“Saya hanya merakamkan beberapa gambar disebabkan ingin melihat dengan mata saya sendiri terhadap kejadian pelangi awan yang luar biasa itu,” kata Bartunov yang turut menyaksikan keajaiban itu bersama beberapa wanita Britain lain. – Agensi (Kosmo)

KEAJAIBAN MATEMATIK

·         " PERTAMA :

1 x 8 + 1 = 9
... 12 x 8 + 2 = 98
123 x 8 + 3 = 987
1234 x 8 + 4 = 9876
12345 x 8 + 5 = 98765
123456 x 8 + 6 = 987654
1234567 x 8 + 7 = 9876543
12345678 x 8 + 8 = 98765432
123456789 x 8 + 9 = 987654321

" KEDUA :

1 x 9 + 2 = 11
12 x 9 + 3 = 111
123 x 9 + 4 = 1111
1234 x 9 + 5 = 11111
12345 x 9 + 6 = 111111
123456 x 9 + 7 = 1111111
1234567 x 9 + 8 = 11111111
12345678 x 9 + 9 = 111111111
123456789 x 9 + 10 = 1111111111

" KETIGA :

9 x 9 + 7 = 88
98 x 9 + 6 = 888
987 x 9 + 5 = 8888
9876 x 9 + 4 = 88888
98765 x 9 + 3 = 888888
987654x 9 + 2 = 8888888
9876543 x 9 + 1 = 88888888
98765432 x 9 + 0 = 888888888
Hebatkan?

Cuba lihat simetri ini :

" KEEMPAT :

1 x 1 = 1
11 x 11 = 121
111 x 111 = 12321
1111 x 1111 = 1234321
11111 x 11111 = 123454321
111111 x 111111 = 12345654321
1111111 x 1111111 = 1234567654321
11111111 x 11111111 = 123456787654321
111111111 x 111111111 = 12345678987654321

Kurang hebat ?
Sekarang lihat ini :

Jika 101% dilihat dari sudut pandangan Matematik, apakah ia sama dengan 100%, atau ia LEBIH dari 100% ?

Kita selalu mendengar orang berkata dia boleh memberi lebih dari 100%, atau kita selalu dalam situasi dimana seseorang ingin kita memberi 100% sepenuhnya.

Bagaimana bila ingin mencapai 101% ? Apakah nilai 100% dalam hidup?

Mungkin sedikit formula matematik dibawah ini dapat
membantu memberi jawapannya.

Jika

ABCDEFGHIJKLMNOPQRSTUVWXYZ

Disamakan sebagai

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26

Maka, kata

KERJA KERAS bernilai :

11 + 5 + 18 + 10 + 1 + 11 + 5 + 18 + 19 + 1 = 99%

H-A-R-D-W-O-R-K

8 + 1 + 18 + 4 + 23 + !5 + 18 + 11 = 99%

K-N-O-W-L-E-D-G-E

11 + 14 + 15 + 23 + 12 + 5 + 4 + 7 + 5 = 96%

A-T-T-I-T-U-D-E

1 + 20 + 20 + 9 + 20 + 21 + 4 + 5 = 100%

Sikap diri atau ATTITUDE adalah perkara utama untuk mencapai 100% dalam hidup kita.

Jika kita kerja keras sekalipun tapi tidak ada ATTITUDE yang
positif didalam diri, kita masih belum mencapai 100%.

Tapi, LOVE OF GOD

12 + 15 + 22 + 5 + 15 + 6 + 7 + 15 + 4 = 101%

atau, SAYANG ALLAH

19 + 1 + 25 + 1 + 14 + 7 + 1 + 12 + 12 + 1 + 8 = 101%

( ertinya, Cinta & Kasih Sayang ALLAH melampaui Segalanya...)

21 Julai 2013

MUTIARA 1

1) Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu terlalu penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang.

2) Menghairankan sekali, orang yang mencuci wajahnya berkali-kali dalam sehari, tetapi tidak mencuci hatinya walaupun sekali setahun.
...



3) Pengumpul harta belum tentu memanfaatkannya, dan yang memanfaatkan harta belum tentu yang mengumpulkannya.

4) Orang yang terhormat itu kehormatannya sendiri melarangnya berbuat jahat.

5) Barangsiapa membawa berita tentang orang lain kepadamu, maka dia akan membawa berita tentang dirimu kepada orang lain.

6) Emas diuji dengan api, wanita diuji dengan emas dan lelaki diuji dengan wanita.

7) Jika dunia ini persinggahan, mengapa tidak kita banyakkan bekalan untuk meneruskan perjalanan? Kerana kita cuma ada satu persinggahan.

8] Apabila bicara itu perak, diam adalah emas. Keikhlasan mempunyai kilauan dan sinar, meskipun ribuan mata tidak melihatnya.

9) Barangsiapa menyebarluaskan berita-berita kekejian yang didengarnya, maka dia seperti pelakunya.

10) Jangan tertarik kepada seseorang kerana parasnya, sebab keelokan paras dapat menyesatkan. Jangan pula tertarik kepada kekayaannya kerana kekayaan dapat musnah. Tertariklah kepada seseorang yang dapat membuatmu tersenyum, kerana hanya senyum yang dapat membuat hari-hari yang gelap menjadi cerah.

ADAKAH SOLATKU DITERIMA?

Rasulullah SAW telah bersabda bahawa : 10 orang yang solatnya TIDAK DITERIMA Allah SWT,antaranya:
1.  Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
2.  Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak
      mengeluarkan zakat.
3.  Orang lelaki yang menjadi imam,sedangkan orang yang
      menjadi makmumnya membencinya.
4.  Orang lelaki yang melarikan diri.
5.  Orang lelaki yang meminum arak tanpa mahu
      meninggalkannya ( bertaubat ).
6.  Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.

7.  Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai
      tudung.
8.  Imam/pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.
9.  Orang suka makan riba.
10.Orang yang solatnya tidak dapat menahannya daripada
      melakukan perbuatan yang keji dan  mungkar.

Aku Takkan Menangis Lagi

Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam
dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu
dan menyebarkan risalah bertajuk "Jalan-jalan Syurga" dan beberapa karya
Islamik Yang lain.


Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak
keluar seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun.

Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan
seraya berkata "Ayah! Saya dah bersedia"

Ayahnya terkejut dan berkata "Bersedia untuk apa?". "Ayah bukankah ini
masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah"

"Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat"
“Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika
hujan turun". Ayahnya menambah "Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca Sebegini". Dengan merintih anaknya merayu "Benarkan saya pergi ayah?"

Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada
anaknya "Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!"

"Terima kasih Ayah" Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah
hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu.

Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun
yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan risalah itu kepada penghuninya.

Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah "Jalan-jalan Syurga" ada
pada tangannya. DIa berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika
masih ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu, namun gagal.

Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan
mula mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali. Ditunggunya sebentar
dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu namun
sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi,
mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil
keputusan menekan loceng sekali lagi.

Akhirnya pintu rumah itu dibuka.Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an.Mukanya suram dan sedih. "Nak, apa yang makcik boleh bantu?" Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit. "Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik.
Saya datang ini hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling bertuah". Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi. "Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu" dalam nada yang lembut.

Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam
memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya " Ada sesiapa nak
menyatakan sesuatu" Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah perempuan separuh umur itu. "Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini yang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim.

Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya
keseorangan dalam dunia ini" Air mata mulai bergenang di kelopak matanya.

"Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri.
Jadi saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu lagi diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi".

"Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng
ini setelah sekian lama. Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus
pergi ke pintu".

"Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu.
Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat". "Makcik,
maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan
makcik dan sentiasa memelihara makcik" itulah kata-kata yang paling indah
yang saya dengar".

"Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup
pintu dan terus baca risalah itu setiap muka surat . Akhirnya kerusi dan tali
yang hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka. Aku tak perlukan itu lagi".

"Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi
hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat
ini dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat
kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada
selama-lamanya di dalam neraka"

Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang
berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR!

Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya
yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya.

Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah
yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang
sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat.

Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH kepada makhlukNya yang penyayang.
Sumber: Cinta Pada Yang Satu

20 Julai 2013

NEGARA YANG TELAH LENYAP DARI MUKA BUMI

Setelah adanya penggabungan / pemisahan dan juga penukaran nama , banyak negara yang ada diantaranya sangat dikenali umum, telah hilang atau lenyap dari peta dunia . Senarai yang di sertakan ni bukanlah yang lengkap dan muktamad tapi masih lagi tepat sebagai rujukan tentang negara yang telah tiada .


Abyssinia
Nama lama bagi Ethiopia sehingga awal abad ke 2

Austria - Hungary
Sebuah kerajaan monarki ( juga dikenali sebagai Empayar Austro-Hungarian ), yang ditubuhkan pada tahun 1867 yang merangkumi kawasan ( pada hari ini )Austria, Hungary, Poland, sebahagian Czech Republic, Itali, Romania dan beberapa negaraBalkan . Empayar ini telah runtuh pada hujung Perang Dunia Yang Pertama .

Basutoland
Bertukar menjadi Lesotho pada tahun 1966

Bengal
Sebuah kerajaan yang merdeka dari tahun 1338 sehingga 1539 . Sekarang ini merupakan sebahagian dari negara Bangladesh dan India .

Burma
Nama nya telah ditukar secara rasmi kepada Myanmar pada tahun 1989 namun banyak negara/individu yang tidak menyedari perubahan ini dan masih mengenalinya sebagai Burma .

Catalonia
Sebelumnya adalah sebuah negara autonomi di Sepanyol . Pernah mendapatkan kemerdekaan dari 1932 - 1939 sebelum kembali menjadi daerah di negara tersebut .

Ceylon
Menukar nama menjadi Sri Lanka pada tahun 1972

Champa
Terletak di bahagian tengah dan selatan Vietnam hari ini . Merupakan sebuah kerajaan dari abad ke 7 sehingga ia runtuh pada 1832.

Corsica
Pulau Mediterranean ini pernah diperintah oleh beberapa kuasa besar dan juga pernah beberapa kali mendapatkan kemerdekaannya . Pada hari ini , ia termasuk dalam negara Perancis .

Czechoslovakia
Berpecah secara aman pada tahun 1993 menjadi negara Slovakia danCzech Republic.

Jerman Timur & Jerman Barat
Bergabung pada tahun 1989 dan membentuk Kesatuan Jerman .

Pakistan Timur
Memisahkan diri dari Pakistan pada tahun 1972 dan membentuk Bangladesh.

Gran Colombia
Sebuah negara di Amerika Selatan dari 1819 sehingga 1930 yang pada hari ini membentuk Colombia, Panama, Venezuela dan Equador . Negara Gran Colombia berpecah apabila Venezuela dan Equador memutuskan untuk keluar dari penyatuan.

Hawaii
Walaupun mempunyai kerajaan selama beratus ratus tahun, Hawaii tidak pernah diiktiraf sebagai sebuah negara merdeka sehingga 1840. Setelah merasai kemerdekaan selama 58 tahun, akhirnya Hawaii menyertai United States Of America pada 1898.

New Granada
Merupakan sebahagian dari Gran Colombia dari 1819-1830, negara ini mendapatkan kemerdekaan pada tahun1830 sehingga 1858. Kemudian negara ini dikenali sebagai nama Grenadine Confederation (1858), United States Of New Granada (1861), United States Of Colombia (1863) dan akhirnya Republic Of Colombia (1886-sehingga sekarang)

Yaman Utara & Yaman Selatan
Yaman berpecah pada tahun 1967 dan membentuk 2 negara iaitu Yaman Utara ( Dikenali Sebagai Republik Arab Yaman ) dan Yaman Selatan ( Dikenali sebagai Republik Demokratik Rakyat Yaman ) sebelum kembali bersatu pada 1990 dan kembali menjadi Yaman.

Empayar Uthmaniyyah
Juga dikenali sebagai Empayar Turki, bermula dari tahun 1300 merangkumi kawasan selatan Russia, Turki, Hungary, Sebahagian Negara Balkan, Afrika Utaradan juga Timur Tengah . Empayar ini runtuh pada 1932.

Persia
Empayar Persia mengunjur dari Laut Mediterranean sehingga ke benua kecil India . Persia Moden telah ditubuhkan pada abad ke 16 dan semakin mengecil sehingga dikenali sebagai Iran pada hari ini .

Prussia
Menjadi koloni Belanda pada tahun 1660, dan bertukar menjadi kerajaan pada kurun selepasnya. Pada zaman kegemilangannya, ia merangkumi 2/3 negara Jerman dan wilayah barat Poland . Menjadi wilayah Jerman pada Perang Dunia Ke 2 dan terus dimansuhkan selepas itu .

Rhodesia
Bertukar nama pada tahun 1980 menjadi Zimbabwe .

Siam
Menjadi Thailand pada tahun 1939.

Sikkim
Sekarang ini merupakan daerah utara India . Sikkim merupakan sebuah kerajaan merdeka sejak dari kurun ke 17 sehingga 1975.

Vietnam Selatan
Wujud sekitar 1954 - 1976 sebagai wilayah anti komunis . Menyertai semula Vietnam selepas itu .

Southwest Afrika
Memperolehi kemerdekan pada tahun 1990 dan menukar nama menjadi Namibia.

Taiwan
Walaupun Taiwan masih wujud sehingga ke hari ini , ia masih dalam tuntutan negara China dan banyak negara masih belum mengiktiraf Taiwan sebagai negara merdeka . Taiwan adalah ibunegara yang pernah mewakili China ke Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu sehingga 1971.

Tanganyika dan Zanziba
2 buah negara ini bergabung pada tahun 1964 dan membentuk Tanzania.

Texas
Republic Of Texas mendapat kemerdekaannya dari Mexico pada 1836 dan kekal sebagai sebuah negara selama 9 tahun sebelum menyertai United States pada tahun 1845.

Tibet
Tibet merupakan sebuah kerajaan sejak dari abad ke 7 sebelum dijajah oleh China pada tahun 1950. Kini ia merupakan sebuah wilayah autonomi China yang dikenali sebagai Xi Zang

Transjordan
Menjadi Kerajaan Jordan pada tahun 1946

USSR
Kesatuan Soviet telah berpecah kepada 15 negara pada 1991 iaitu Armenia, Azerbaijan, Belarus, Estonia, Georgia, Kazakhstan, Kyrgyzstan, Latvia, Lithuania, Moldovia, Russia, Tajikistan, Turkmenistan, Ukraine dan Uzbekistan.

Urjanchai Republic
Terletak di Selatan Tengah Russia, menjadi negara hanya selama 2 tahun iaitu dari 1912-1914, sebelum kembali menjadi wilayah dalam Russia .

Vermont
Pada 1777, Vermont mengisytiharkan kemerdekaan dan kekal sebagai sebuah negara sehingga 1791. Menjadi negara pertama yang menyertai United States selepas penyatuan 13 koloni awal.

West Florida
Menjadi Republik dengan dianggotai Sebahagian Florida, Mississippi dan Lousiana pada 1810 , namun kemerdekaan mereka hanya bertahan selama 90 hari.

Western Samoa
Menjadi Samoa pada 1998.

Yugoslavia
Berpecah akibat dari perang etnik pada 1990 dan membentuk negara negara Bosnia, Croatia, Macedonia, Serbia & Montenegro dan Slovenia.

Zaire
Menukar nama menjadi Democratic Republic Of Congo pada tahun 1997.


Sumber: Pen Patah blogspot

10 KESALAHAN KETIKA RAMADAN

Tidak sahur.
- puasa orang Yahudi dan orang Islam sama saja, kecuali puasa orang Islam ada sahur. Sahur la walau dengan segelas air kosong.

Sahur terlalu awal
-Makan berat lewat malam dan tidur lalu bangkit selepas azan Subuh. Itu bukan sahur, itu supper. 😅

Terlebih tidur 😴
- lebih tidur merugikan masa dan menyebabkan badan dan otak lemah 💭. Tidur boleh...


diniatkan sebagai ibadah, tapi JANGAN OVER tidur pulak!

  Berbuka secara buffet sampai buncit
- ada juga yang sambung makan selepas solat Maghrib sehingga lewat malam.

  Membazar hingga membazir.
-lapar mata. Setiap jenis makanan nak diborong. Tak habis, makanan dibuang. 💸💸💸

Sambut Hari Raya mengalahkan Ramadan.
-bulan Ramadan yang dimuliakan Allah, bukan Syawal. Syaitan dibelenggu pada Ramadan dan dibebaskan pada 1 Syawal

Solat tarawih tapi tak qiamullail
- Nabi kadang2 meninggalkan tarawih. Tapi Nabi akan melipatgandakan ibadat pada 10 malam terakhir untuk cari laylatul qadr. Pahala bonus 1000 bulan tu. Wow! 📈

Puasa tapi tak solat.
- pahala puasa pending ⛔, sebab tak solat. 🙈🙈

Sibuk beribadah, lupa cari ilmu.
-bulan Ramadan bulan Ilmu.📚📕

Semua ibadah takde guna tanpa ilmu. Ada juga yang larang tazkirah ketika Ramadhan. 😾

🔟 Gagal upgrade ⏬ iman selepas lalui Ramadan.🌜
-ibarat dah harungi sungai yang jernih dan segar tapi kotoran di badan sengaja tak dibersihkan.

copyright/

HATI-HATI PUASAMU, JANGAN JADI SIA-SIA!

Rasullullah shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah bersabda

“Betapa banyak orang yang berpuasa namun dia tidak mendapatkan dari puasanya tersebut kecuali rasa lapar dan dahaga.” (HR. Ath Thabrani).

Hadis tersebut menegaskan bahwa ada beberapa orang yang hanya mendapatkan rasa lapar dan dahaga dari puasa yang telah dijalankannya. Siapakah golongan


tersebut?

Orang-orang tersebut adalah mereka yang menjalankan ibadah puasa namun tetap melakukan perbuatan maksiat. Puasa yang ditunaikannya menjadi sia-sia kerana puasa tersebut hanyalah sekadar menahan lapar dan dahaga mulai dari terbitnya matahari hingga terbenamnya matahari saja tanpa memaknai makna sebenarnya dari puasa.

Puasa tidaklah sekadar menahan lapar dan dahaga mulai dari terbitnya matahari hingga terbenamnya matahari saja, namun puasa hendaknya menahan diri dari hal-hal yang diharamkan oleh agama. Maka dari itu agar puasa yang akan kita tunaikan tidak menjadi sia-sia maka sebelum itu kita harus mengetahui dan menghindarinya:

Beberapa hal yang akan membuat puasa menjadi sia-sia adalah sebagai berikut:

- Jagalah pandangan jangan sampai melihat hal-hal yang tidak sepatutnya dilihat.

- Jagalah lidah dari kebohongan, fitnah, bersumpah dll. Selama bulan Ramadhan ini belajarlah untuk menjaga lisan kita dari hal-hal yang akan membuat puasa menjadi sia-sia. Akan lebih baik jika kebiasaan baik ini bisa dipertahankan untuk bulan-bulan selanjutnya tidak hanya pada bulan Ramadhan.

- Jauhkan telinga dari mendengar hal-hal yang makruh untuk didengar. Jika tidak ingin puasanya menjadi sia-sia maka hindarilah berkumpul-kumpul untuk mngumpat dan berkata sia-sia, bahkan hanya sekadar mendengarkannya saja kita sudah mendapatkan mudharat apalagi ikut serta.

- Jauhkan seluruh tubuh dari perbuatan dosa baik melalui sentuhan mahupun kaki dalam melangkah.

- Tidak dianjurkan berbuka secara berlebihan. Berbukalah dengan makanan dan minuman ringan yang dapat mengembalikan tenaga dilanjutkan dengan solat Maghrib baru kemudian makanan berat. Itupun harus dalam batas normal. Allah tidak menyukai orang yang berlebih-lebihan.

KISAH ABU JAHAL

Suatu hari ketika Nabi Muhammad SAW bersolat di depan Kaabah, lalu dilihat oleh Abu Jahal dan dia terus berjalan menuju Rasulullah SAW untuk memijak lehernya. Tiba-tiba dia berlari dengan menutup wajahnya dengan kedua tangannya. Kaumnya terkejut lalu bertanya: "  Mengapakah engkau ? " Lalu jawabnya: "Di antaraku dengan Muhammad ada parit api dan segala yang bersayap ( iaitu malaikat )." Maka Rasulullah SAW bersabda:" Andainya dia hampir kepadaku, nescaya akan ditangkap oleh malaikat dan dirobek anggota  badannya satu persatu."
 ( Riwayat Ibnu Jarir )

Beruntungnya Para Isteri Yang Baik.........

 
Bayangkan semua pahala ini digandakan dalam bulan Ramadhan?

 “Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun.” (Hadis Riwayat Muslim)

“Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah.” (Had...

is Riwayat Muslim)

“Apabila isteri hamil ia dicatatkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad.” (Hadis Riwayat Muslim)

“Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya.” (Hadis Riwayat Muslim)

“Apabila meninggal dunia seorang dan suaminya redha, nescaya ia dimasukkan ke dalam syurga.” (Hadis Riwayat Tarmizi)

“Seseorang wanita apabila ia mengerjakan sembahyang yang difardhukan ke atasnya, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya, maka berhaklah ia masuk syurga dari mana² pintu yang ia suka.” (Hadis Riwayat Muslim)

copyright/

ANTARA PERSOALAN NON MUSLIM KEPADA MUSLIM




 SOALAN :
Kenapa nama Nabi Isa A.S disebut sebanyak 25 kali
dalam Al-Quran sedangkan nama Nabi Muhammad SAW
hanya disebut sebanyak 5 kali je dalam Al-Quran?

JAWAPAN :
Kerana Al-Quran diwahyukan pada Nabi Muhammad SAW.
Sebab itu nama Nabi Muhammad SAW jarang disebut.
Al-Quran diturunkan bukan semata-mata untuk memaparkan
kisah Nabi Muhammad SAW tapi adalah sebagai panduan
perjalanan hidup umat Islam.

SOALAN :
Mestilah Nabi Isa lebih hebatkan sebab nama Nabi Isa AS
lebih banyak disebut dalam Al-Quran berbanding nama
Nabi Muhammad SAW.

JAWAPAN :
Dalam Bible, nama syaitan lebih banyak daripada
nama Nabi Isa. Jadi, adakah syaitan lebih hebat
daripada Nabi Isa? Dalam Al-Quran walaupun nama
Nabi Muhammad SAW cuma 25 kali tetapi sebenarnya
terdapat 201 nama panggilan lain antaranya ialah
Mustofha, Yasin dan Toha. Allah SWT tidak sesekali
mengenepikan kehebatan RasulNya.
Allah lebih Maha Mengetahui.

SOALAN :
Dalam Islam percaya yang Nabi Isa AS diangkat ke langit,
sedangkan Nabi Muhammad SAW wafat.
Jadi, bila Nabi Isa AS dibawa ke langit, tentu sahaja
Nabi Isa itu Tuhan kan?

JAWAPAN :
Dalam banyak-banyak kaum, hanya kaum Nasrani sahaja
yang salah anggap tentang nabi yang diutuskan kepadanya
sebagai Tuhan (Nabi Isa). Sedangkan dalam Bible juga
ada menyatakan bahawa Jesus (Nabi Isa) berkata
“Siapa yang taat pada Allah akan masuk Syurga,
siapa yang menganggap Jesus sebagai tuhan
akan masuk neraka”.
(Kitab Injil yang menjadi rujukan pengganut Kristian
sekarang ini sebenarnya telah dimanipulasi isi kandungannya)

SOALAN :
Dalam Islam, Nabi Muhammad SAW adalah Nabi terakhir
tapi kenapa di akhir zaman nanti Nabi Isa AS yang akan turun?
Kenapa tidak dikatakan Nabi Isa AS yang terakhir?

JAWAPAN :
Nabi Muhammad SAW adalah nabi terakhir menerima
dan pelengkap Kitab Wahyu dari langit.
Nabi Muhammad SAW juga yang terakhir berdasarkan
tahun kelahirannya. Contohnya, jika anak bongsu
meninggal dunia, sedangkan anak sulung masih hidup,
anak sulung tetap kekal pangkatnya sebagai yang sulung.
Nabi Isa AS diturunkan semula sebelum Qiamat nanti
hanyalah untuk membetulkan umatnya yang
telah jauh terpesong.
Jubair bin Mut’im berkata : Sabda Rasulullah SAW :
“Daku adalah Muhammad, daku adalah Amad
dan al-Mahi (penghapus) yang dengannya Allah SWT
menghapuskankekufuran. Daku adalah al-Hasyir (pengumpul)
yang dengan jejakku Allah SWT mengumpulkan
umat manusia. Daku adalah al-A’qib (penyudah)
kerana tidak ada nabi lagi selepasku.”
(Hadis sahih diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim)

SOALAN :
Jika membaca tafsir, Allah berfirman sekejap guna ‘Aku’,
sekejap guna ‘Kami’. Kenapa? Bukankah maksud ‘Kami’
itu mewakili ‘Tuhan + Mariam + Anak Tuhan (Isa)’?

JAWAPAN :
Al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab.
‘Aku’ kata jamaknya ‘Kami’ yang menggambarkan
tentang ‘Allah SWT, Kerajaan-Nya dan KeagunganNya’.
Kerajaan-Nya ini termasuklah para Malaikat yang sentiasa
mentaati suruhan-Nya. Bukankah Queen Elizebeth ketika
bertitah, beliau turut menggunakan kata ‘We’ bukannya ‘I’?

SOALAN :
Bukankah babi itu ciptaan Allah, kenapa Islam tak makan babi?

JAWAPAN :
Sebab bukan semua ciptaan Allah SWT adalah untuk dimakan.
Jika begitu, batu dan kayu juga ciptaan Allah.
Manusia juga ciptaan Allah SWT. Nak jadi kanibal?

SOALAN :
Islam cakap Hindu sembah berhala tapi kenapa Islam hari-hari
sembah Kaabah?

JAWAPAN :
Islam bukan sembah Kaabah. Tapi Kaabah itu adalah
Kiblat untuk satukan umat. Dalam Islam dah sebut,
siapa sembah Kaabah akan masuk neraka kerana Islam
sembah Allah SWT, binaan Kaabah cuma kiblat.
Ada bezanya. Bukti, orang yang sembah berhala
tidak akan pijak berhala, tapi orang Islam pijak Kaabah
untuk melaungkan azan dan menggantikan kelambu Kaabah.
Orang Hindu tak akan pijak berhala mahupun
gambar berhala tapi orang Islam hari-hari pijak
gambar Kaabah di sejadah.

SOALAN :
Apa bukti Allah tu wujud? Mana Allah? Tak nampak pun?


JAWAPAN
Tidak semestinya yang tidak nampak itu tiada.
Sekiranya kita ditiup angin yang nyaman dan dingin...
adakah kita nampak angin tersebut? Tentu tidak!
Kemudian kita ambil pula contoh gula atau garam
dan dilarutkan ke dalam segelas air jernih.
Adakah kita nampak manis dan masin air tersebut?
Manis dan masin itu wujud dan boleh dirasa
tapi adakah kita boleh melihatnya?
Begitu juga dengan kewujudan Allah SWT.
Allah itu wujud dan kita boleh rasa nikmat pemberian-Nya
tapi kita tak boleh nampak Allah.

Semoga bermanfaat perkongsian ini….

copyright/

Untungnya Orang Yang Berpuasa!


Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. telah bersabda, "Umatku telah diberikan dalam Ramadhan lima perkara yang belum pernah diberikan kepada mana-mana umat pun sebelum mereka."

1. Bau busuk mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau kasturi.


2. Ikan-ikan di laut akan beristigfar untuk mereka sehingga mereka berbuka.

3. Setiap hari Allah s.w.t. akan menghiaskan syurgaNya dan berkata, "Telah hampir masanya hamba-hambaKu yang soleh akan dilepaskan dari beban-beban dan mereka akan datang kepadamu."

4. Dirantaikan syaitan-syaitan yang jahat di dalam Ramadhan dan mereka tidak akan dapat berbuat sesuatu dalam Ramadhan ini apa yang biasa mereka lakukan pada bulan lain.

5. Mereka akan diampunkan pada malam terakhir Ramadhan. Ditanya kepada Rasulullah, "Adakah ia Lailatur Qadar?" Baginda menjawab, "Tidak! Tetapi seorang pekerja yang diberikan ganjarannya apabila telah selesai kerjanya."

(Riwayat Imam Ahmad)

16 Julai 2013

PESANAN BUATMU

Walau dimana dikau berada, walau apa yang dikau kerjakan, walau apa jua yang dikau kecapi... kejayaan mahupun kegagalan... cuba kau fikirkan sejenak. Tundukkan kepalamu... dibawah adalah bumi yang menghampar, saujana mata memandang. Kemudian, kau dongakkan pula kepalamu... di atas adalah langit yang memayungi dunia. SubhanaLlah... begitu indah ciptaan Allah, berkuasa mentadbir alam yang fana ini.
Selagi mana kau dapati dua perkara ini, maka sedarlah apa yang kau perolehi adalah bersifat sementara. Walau sebanyak mana kekayaan yang kau himpunkan.. dengan murka Allah... bererti engkau miskin. walau setinggi gunung kejayaan yang engkau raih... tanpa redha Allah... beerti engkau telah gagal dengan erti kegagalan yang sebenar.
Aduhai sahabat...

Setelah langit digulung, setelah bumi hancur luluh... dan... apabila kau pandang kiri dan kananmu, akan kau dapati satu Majlis Konvokesyen terbesar , yakni Majlis Perhitungan dilansungkan. Ketika itu, keadaan penentu nasibmu, amalan penentu timbanganmu. Andai keadilan mengatakan Allah redha, maka kau beraja di syurga. Jika keadilan mengatakan Allah murka, natijahnya.. . nerakalah tempat kau kembali. Segala yang diputuskan, bergantung kepada semaianmu di dunia ini.
Aduhai sahabat...

Syurga di akhirat menagih keperitan dunia. Neraka di akhirat menjanjikan keasyikan dan kenikmatan dunia. Keliru...??? Jangan engkau keliru memilih hala tujumu wahai sahabat. jangan terperdaya memilih pendampingmu. Antara bisikan syaitan dan dorongan malaikat... dapatkah kau bezakan...?? ?

Aduhai sahabat...

Jangan biarkan dirimu terus keliru, hingga tanpa sedar, kau memilih syaitan sebagai teman setiamu... kerana syaitan menggunakan senjata nafsu yang mengemudi hatimu. Kekuatan malaikat yang mendorong hala tujumu, adalah bergantung kepada iman yang menunjangi hatimu. Apabila iman beraja di hati... ia pasti memandu akalmu untuk memilih jalan yang lurus.
Aduhai sahabat...

Bina dan tingkatkanlah imanmu dengan ilmu. Mantapkanlah ia dengan istiqomah pada amalan. Hiasi pula dengan silaturrahim sepanjang zaman. Berjalanlah dalam satu ukhuwwah Islamiyyah yang dibentuk melalui penyatuan aqidah. Jangan biar dirimu hanyut dan leka... hingga akhirnya kau menjadi mangsa kerakusan nafsu yang memburu saban waktu.
Selagi mana nadi berdenyut jantung berdegup... selagi mana roh dan jasad bersatu... selagi itulah kau perlu berusaha sehabis daya untuk menempah mahligai indah di syurga abadi, yang berkuncikan redhaI lahi kerana keredhaan Ilahi adalah kejayaan hakiki. dan... hanya itu matlamat kita selama mendiami bumi yang fana ini.
"Hendaklah kamu menjadi umat yang menyeru kebaikan, menyuruh kepada ma'ruf dan mencegah kepada mungkar. Mereka itulah orang-orang yang berjaya" ( al-Imran : 104 )
copyright/

Pesanan Saidina Ali Tentang Ilmu Dan Harta

Seorang sahabat bertanya kepada Saidina Ali k.w  kenapa beliau mencintai ilmu lebih dari harta.
 
Jawab Saidina Ali k.w :
 
Pertama : Ilmu itu jika diberi kepada orang lain, akan bertambah, manakala harta jika diberi akan menyusut.
 
Kedua : Ilmu dapat memelihara diri kita, manakala kita pula terpaksa melindungi harta.
 
Ketiga : Makin banyak ilmu hati semakin tenang, sedang semakin banyak harta semakin berat menjaganya.
 
Keempat : Orang yang menyimpan ilmu tanpa bimbang didatangi pencuri, sedang banyak menyimpan harta sentiasa cemas dan curiga kedatangan orang.
 
Kelima : Orang yang berilmu mempunyai kenalan luhur, sedang si punya banyak harta mempunyai ramai lawan dan musuh.
 
Keenam : Hendaklah engkau berlindung kepada Allah dalam semua urusan, kerana dengan itu engkau mendapat perlindungan yang kukuh, kuat dan mulia.
 
Ketujuh : Harta kekayaan tidak akan kekal menemanimu, dan kamu pula tidak akan dikekalkan oleh hartamu. Salah satu akan musnah terlebih dahulu, samaada kamu atau hartamu.
 
Kelapan : Ketahuilah kamu diciptakan untuk akhirat, tidak untuk dunia.
 
Kesembilan : Kamu dihidupkan untuk dimatikan, tidak untuk dikekalkan. Dengan itu sesungguhnya berada di tempat sementara inilah kamu berbekal untuk menuju akhirat yang pasti.
 
Kesepuluh : Engkau selalu dikejar maut, yang tiada siapa terlepas siapapun yang cuba lari daripadanya.
 
Kesebelas : Dengan itu hendaklah waspada jangan tertangkap maut ketika berbuat jahat, atau telah merancang berbuat jahat lalu menemui maut maka binasalah engkau.

Utamakanlah ilmu daripada harta tetapi jika  berharta maka jadikanlah harta  untuk menuntut ilmu, sebarkan ilmu yang bermanfaat dan sedekah jariah maka harta tersebut akan membantu kita, jangan jadikan harta sebagai hamba nanti kita akan binasa.

10 Pesanan Saidina Ali

1. Ilmu itu sebaik-baik pusaka. Adab itu sebaik-baik sifat. Takwa itu sebaik-baik bekalan. Ibadah itu sebaik-baik barang perniagaan.

2. Siapa yang tinggalkan dunia, dikasihi oleh Allah. Siapa yang tinggalkan dosa, dikasihi oleh malaikat. Siapa tinggalkan tamak, dikasihi oleh orang-orang Islam.

 3. Siapa yang tidak ada padanya sunnah Allah, sunnah Rasul dan sunnah wali-Nya, maka tiadalah apa-apa kebaikan padanya. Ditanya orang pada Saidina Ali k.w., “Apakah sunnah Allah?” Saidina Ali menjawab, “Menyembunyikan rahsia (misalnya menutup aib orang lain).” Ditanya lagi, “Apakah pula sunnah Rasulullah?” Saidina Ali berkata, “Berlemah lembut dengan sesama manusia.” Ditanya lagi, “Apakah pula sunnah wali-Nya?” Saidina Ali menjawab, “(Sabar dalam) menanggung penderitaan.”

4. Susah sekali melakukan kebaikan pada empat tempat: – a.Memberi maaf ketika marah.

b. Bersedekah ketika kesempitan.

c. Menjauhi perkara haram ketika seorang diri.

d. Berkata benar kepada orang yang ditakuti atau orang yang selalu menolong.

5. Memadai aku merasa mulia bahawa Engkau Tuhan bagiku dan memadailah aku merasa bangga bahawa aku menjadi hamba-Mu. Engkau yang aku cintai maka berilah aku taufik (agar dapat melakukan perkara-perkara yang Engkau cintai).

6. Hendaklah kamu lebih mengambil berat bagi diterima amal-amal kamu daripada beramal. Sesungguhnya sangat besar nilainya amalan yang disertai takwa dan betapa lagi kalau amalan itu diterima.

7. Janganlah mengharap seorang hamba itu melainkan Tuhannya dan janganlah dia takut melainkan dosanya.

8. Tiada kebaikan ibadah tanpa ilmu dan tiada kebaikan ilmu tanpa faham dan tidak ada kebaikan bacaan kalau tiada perhatian.

9. Dasar kekafiran itu dikelilingi oleh empat tiang iaitu kasar hati, buta fikiran, lalai dan prasangka.

10. Orang berhati kasar akan menghina kebenaran, menunjukkan kejahatan dan mengutuk orang-orang pandai.

Pesanan Rasulullah SAW Kepada Muaz Bin Jabal

Sabda Rasulullah s.a.w. kepada Mu'adz, "Wahai Mu'adz, apabila di dalam amal perbuatanmu itu ada kekurangan :

·



Jagalah lisanmu supaya tidak terjatuh di dalam ghibah (mengumpat )    terhadap saudaramu/muslimin.
· Bacalah Al-Quran
· Tanggunglah dosamu sendiri untukmu dan jangan engkau tanggungkan dosamu kepada orang lain.
· Jangan engkau mensucikan dirimu dengan mencela orang lain.
· Jangan engkau tinggikan dirimu sendiri di atas mereka.
· Jangan engkau masukkan amal perbuatan dunia ke dalam amal perbuatan akhirat.
· Jangan engkau menyombongkan diri pada kedudukanmu supaya orang takut kepada perangaimu yang tidak baik.
· Jangan engkau membisikkan sesuatu sedang dekatmu ada orang lain.
· Jangan engkau merasa tinggi dan mulia daripada orang lain.
· Jangan engkau sakitkan hati orang dengan ucapan-ucapanmu.

11 Julai 2013

JANGAN JANGAN JANGAN


JANGAN sengaja lewatkan solat
perbuatan ini ALLAH tak suka
kalau tertidur lain cerita

JANGAN tidur selepas solat Subuh
nanti rezeki mahal
kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat
 
JANGAN makan tanpa baca Bismillah
dan doa makan
nanti rezeki kita dikongsi syaitan
 
JANGAN keluar rumah
tanpa niat untuk membuat kebaikan
takut-takut kita mati dalam perjalanan
 
JANGAN menangguh taubat bila berbuat dosa
kerana mati boleh datang
bila-bila masa
 
JANGAN lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita
nanti kita sombong bila Berjaya
kalau gagal kecewa pula

10 Julai 2013

10 Fakta Menarik Mengenai Kelahiran

1. Sehingga bersalin, rahim ibu akan mengembang 500 kali ganda dari saiz normal untuk menampung kandungannya.

2. Hanya 5% bayi yang lahir pada tarikh EDD (Estimated Due Date) mereka. Kebanyakannya lahir antara minggu ke 37 dan 42 kehamilan.

3. Purata darah yang hilang melalui proses kelahiran normal adalah 500ml.

4. 80% wanita mengalami sindrom “Baby Blues” semasa 2 minggu terawal selepas bersalin disebabkan oleh perubahan hormon badan.

5. Hanya 1 daripada 10 wanita mengalami pecah air ketuban sebelum proses bersalin bermula. Kebanyakan wanita hanya akan mengalaminya apabila mereka telah bersedia untuk meneran keluar bayi.

6. Apabila seorang ibu mula sakit hendak bersalin, tercatatlah pahala jihad baginya.

7. Badan manusia hanya mampu menanggung kesakitan sehingga 45 Del. Tetapi semasa bersalin ibu akan mengalami sehingga 57 Del yang bersamaan dengan 20 tulang dipatahkan serentak.

8. Apabila seorang ibu melahirkan anak, terhapuslah dosa-dosa lepas bagi wanita itu.

9. Ibu bersalin akan dapat pahala 70 tahun solat dan puasa.

10. Setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah hadiahkannya pahala menunaikan haji.
 
Sumber: PenPatah Blogspot

09 Julai 2013

HEBATNYA RAMADAN!!

Salman R.A berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda kepada kami, pada hari terakhir dari bulan Syaaban :

Wahai manusia..telah datang kepada kamu satu bulan yang agung lagi diberkati. Satu bulan yang terdapat di dalamnya satu malam [ Lailatul Qadr ] yang lebih baik daripada seribu bulan. Satu bulan yang Allah telah menjadikan puasa pada siang harinya sebagai satu amalan fardhu dan berdiri pada malamnya [ bertarawih ] sebagai satu amalan sunat. Sesiapa yang cuba menghampiri Allah SWT padanya dengan mana-mana amalan sunat maka seumpama seorang yang telah menunaikan satu fardhu pada bulan- bulan yang lain dan sesiapa yang menunaikan satu fardhu di dalamnya adalah seumpama seseorang yang menunaikan 70 fardhu pada bulan-bulan lain.


Sumber : FADAIL RAMADHAN

AUTA VS FAKTA TENTANG PUASA


1. Mandi ketika berpuasa untuk menyegarkan badan.

Auta: Mandi ketika puasa adalah makruh.

Fakta: Tidak benar, bahkan mandi ketika berpuasa adalah HARUS. Rasulullah sendiri pernah mencurahkan air ke atas kepala Baginda disebabkan dahaga atau panas.

2. Makanan yang disunnahkan berbuka dengannya.

Auta: Disunnahkan makan benda-benda manis atau buah-buahan tempatan.

Fakta: Disunnahkan berbuka puasa dengan tamar atau air.

3. Merasai makanan dengan lidah.

Auta: Batal puasa bagi orang yang merasai makanan dengan lidah kerana hal itu seperti dia memakan makanan itu, tiada bezanya.

Fakta: Merasai makan adalah dibolehkan dengan syarat selagi mana tidak sampai memasuki tenggorokan (tekak dan salur makanan).

4. Memasuki waktu subuh dalam keadaan berjunub.

Auta: Seseorang yang berjunub saat masuknya waktu subuh dikira terbatal puasanya.

Fakta: Hal ini pernah berlaku kepada Rasulullah SAW, sedangkan baginda kemudiannya mandi, bersolat dan meneruskan puasa seperti biasa.

5. Menggosok gigi ketika sedang berpuasa.

Auta: Boleh menyebabkan batal atau kurang pahala puasa. Ditakuti tertelan ubat gigi berperisa strawberi.

Fakta: Tidak mengapa menggosok gigi bahkan digalakkan. Lagipun Islam adalah agama yang mementingkan kebersihan, sedangkan gigi yang kuning melambangkan empunya diri yang kurang menjaga kebersihan.

6. Tidur ketika sedang berpuasa.

Auta: Tidur orang puasa adalah ibadat.

Fakta: Memang benar terdapat hadith yang menyebut bahawa tidur orang yang berpuasa adalah ibadat. Namun, tiada satupun daripadanya yang sahih dan dapat dijadikan hujah.

Sebagai orang Islam, kita kena ingat, Islam itu mudah, kadang-kadang kita yang anggap ia susah. Allah syariatkan puasa bukan untuk menyusahkan hambaNya.

Sebagai info tambahan, berpuasa bukan terhad kepada manusia, semua makhluk hidup di bumi dibekalkan dengan sistem (fitrah) autolisis yang khas:

- Pohon berpuasa dengan menggugurkan daun
- Rumput dan biji berpuasa dengan berhenti tumbuh (dorman)
- Beruang berpuasa selama musim dingin
- Buaya berpuasa (aestivasi) selama musim panas
- Ikan paus dan burung berpuasa ketika bermigrasi
- Ikan salmon, pinguin, berpuasa ketika musim kahwin
- Kuda, kucing, berpuasa ketika terserang penyakit hingga sembuh.


Sumber: Datuk Dr Maznah Hamid

PEREMPUAN OH PEREMPUAN



✿~ Perempuan yang memakan badannya sendiri ialah perempuan TIDAK MAHU MANDI setelah HAID DAN NIFAS juga kerana ia BERHIAS UNTUK LELAKI BUKAN SUAMINYA dan suka MENGUMPAT ORANG..

✿~ Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka kerana ia MEMPERKENALKAN DIRINYA kepada orang asing, BERSOLEK dan berhias supaya kecantikannya dilihat lelaki lain..
...

✿~ Perempuan kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah AHLI PENGUMPAT DAN PENDUSTA..

✿~ Perempuan rupanya seperti anjing ialah perempuan yang suka MEMBUAT FITNAH dan MEMBENCI SUAMINYA...

✿~ Perempuan tergantung rambutnya itu adalah perempuan yang TIDAK MENUTUP RAMBUTNYA daripada BUKAN MAHRAMNYA..

✿~ Perempuan tergantung lidahnya ialah perempuan yang menggunakan lidahnya untuk MEMAKI DAN MENYAKITI HATI SUAMINYA..

✿~ Perempuan yang digantung susunya adalah perempuan yang MENYUSUKAN ANAK ORANG LAIN TANPA SUAMINYA..

✿~ Perempuan kedua kakinya tergantung itu ialah perempuan yang KELUAR DARI RUMAH TANPA IZIN SUAMINYA..

Subhanallah

 

07 Julai 2013

Facebook Oh Facebook!!

Mungkin kita pernah terbaca dengan beberapa ungkapan yang tidak sepatutnya. Sebagai contoh, cuba lihat di wall facebook kita atau sahabat-sahabat yang lain.
" Hari ini saya keluar dating dengan bf saya"
"Seronoknya keluar ngan **** semalam kat mall, thanx!!!"
"Awak ....kalau awak dah tak perlukan saya lagi, tolong lepaskan saya dengan cara baik!"
" Nape awak dah lain? Saya rindukan awak yang dulu...."
"awak cantik pakai baju itu, cun"
Dan pelbagai lagi contoh-contoh komen, yang tak sepatutnya. Kemudian, agak menyedihkan, apabila kita muat naik gambar, tanpa kita sedari, mendedahkan aurat kita sendiri, dan bergambar dengan pasangan bukan muhrim secara berpegangan tangan atau berpelukan.
Mungkin, kita tidak mempunyai apa-apa niat, malah rasa bersahaja apabila menulis komen-komen serta meletakkan gambar tersebut. Tapi sedarkah kita, kita telah membuka keaiban diri kita sendiri, dengan menghebahkan perkara tersebut kepada pengetahuan umum?
Menurut buku "Sabil An-Najat Min Syu-um Al-Ma'shiyat" atau "15 Kaedah Selamat Dari Maksiat", penulisan Muhammad bin Abdullah Al-Duwais, beliau ada menyatakan : JANGAN DIHEBAHKAN APABILA BERBUAT MAKSIAT!
Kita sering tertipu dengan godaan hawa nafsu. Sudahlah kita melakukan kemungkaran, malah menghebahkannya kepada umum. DI MANAKAH TEMPAT KITA DI SISI ALLAH??
Berhati-hatilah dengan setiap apa yang kita tuliskan.Malah, jangan menceritakan kepada orang lain sehingga diketahui umum. Berehati-hatilah dengan setiap tindakan yang kita lakukan, terutamanya dalam laman web sosial, kerana kita mungkin membuka aib sendiri, tanpa kita sedar.
 

06 Julai 2013

Tahukah Anda??

1. Orang yang pertama menulis Bismillah :
Nabi Sulaiman AS.

2..Orang yang pertama minum air zamzam :
Nabi Ismail AS.

3..Orang yang pertama berkhatan :
Nabi Ibrahim AS.
...

4.Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari
qiamat :
Nabi Ibrahim AS.

5…Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada
hari qiamat :
Nabi Adam AS.

6….Orang yang pertama mengerjakan saie antara
Safa dan Marwah :
Sayyidatina Hajar (Ibu Nabi Ismail AS)

7. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari
qiamat :
Nabi Muhammad SAW

8. ..Orang yang pertama menjadi khalifah Islam :
Abu Bakar AsSiddiq RA

9. Orang yang pertama menggunakan tarikh hijrah:
Umar bin Al-Khattab RA

10. Orang yang pertama meletakkah jawatan
khalifah dalam Islam:
Al-Hasan bin Ali RA

11. ..Orang yang pertama menyusukan Nabi SAW:
Thuwaibah RA

12. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari
kalangan lelaki :
Al-Harith bin Abi Halah RA

13. ..Orang yang pertama syahid dalam Islam dari
kalangan wanita:
Sumayyah binti Khabbat RA

14… Orang yang pertama menulis hadis di dalam
kitab / lembaran :
Abdullah bin Amru bin Al-Ash RA

15. Orang yang pertama memanah dalam
perjuangan fisabilillah :
Saad bin Abi Waqqas RA

16. …Orang yang pertama menjadi muazzin dan
melaungkan azan:
Bilal bin Rabah RA

17. Orang yang pertama bersembahyang dengan
Rasulullah SAW :
Ali bin Abi Tholib RA

18…. Orang yang pertama membuat minbar masjid
Nabi SAW:
Tamim Ad-dary RA

19. Orang yang pertama menghunuskan pedang
dalam perjuangan fisabilillah : Az-Zubair bin Al-
Awwam RA

20…. Orang yang pertama menulis sirah Nabi SAW:
Ibban bin Othman bin Affan RA

21. Orang yang pertama beriman dengan Nabi
SAW :
Khadijah binti Khuwailid RA

22… Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh :
Imam Syafie RH

23. Orang yang pertama membina penjara dalam
Islam:
Ali bin Abi Tholib RA

24. ….Orang yang pertama menjadi raja dalam
Islam :
Muawayah bin Abi Sufyan RA

25… Orang yang pertama membuat perpustakaan
awam :
Harun Ar-Rasyid RH

26.Orang yang pertama mengadakan baitul mal :
Umar Al-Khattab RA

27… Orang yang pertama menghafal Al-Quran
selepas Rasulullah SAW:
Ali bn Abi Tholib RA

28.Orang yang pertama membina menara di
Masjidil Haram Mekah :
Khalifah Abu Ja’far Al-Mansur RH

29…Orang yang pertama digelar Al-Muqry :
Mus’ab bin Umair RA

30. … Orang yang pertama masuk Syurga :
Nabi Muhamamad SAW

catatan menarik yang lepas-lepas