16 Julai 2013

Pesanan Saidina Ali Tentang Ilmu Dan Harta

Seorang sahabat bertanya kepada Saidina Ali k.w  kenapa beliau mencintai ilmu lebih dari harta.
 
Jawab Saidina Ali k.w :
 
Pertama : Ilmu itu jika diberi kepada orang lain, akan bertambah, manakala harta jika diberi akan menyusut.
 
Kedua : Ilmu dapat memelihara diri kita, manakala kita pula terpaksa melindungi harta.
 
Ketiga : Makin banyak ilmu hati semakin tenang, sedang semakin banyak harta semakin berat menjaganya.
 
Keempat : Orang yang menyimpan ilmu tanpa bimbang didatangi pencuri, sedang banyak menyimpan harta sentiasa cemas dan curiga kedatangan orang.
 
Kelima : Orang yang berilmu mempunyai kenalan luhur, sedang si punya banyak harta mempunyai ramai lawan dan musuh.
 
Keenam : Hendaklah engkau berlindung kepada Allah dalam semua urusan, kerana dengan itu engkau mendapat perlindungan yang kukuh, kuat dan mulia.
 
Ketujuh : Harta kekayaan tidak akan kekal menemanimu, dan kamu pula tidak akan dikekalkan oleh hartamu. Salah satu akan musnah terlebih dahulu, samaada kamu atau hartamu.
 
Kelapan : Ketahuilah kamu diciptakan untuk akhirat, tidak untuk dunia.
 
Kesembilan : Kamu dihidupkan untuk dimatikan, tidak untuk dikekalkan. Dengan itu sesungguhnya berada di tempat sementara inilah kamu berbekal untuk menuju akhirat yang pasti.
 
Kesepuluh : Engkau selalu dikejar maut, yang tiada siapa terlepas siapapun yang cuba lari daripadanya.
 
Kesebelas : Dengan itu hendaklah waspada jangan tertangkap maut ketika berbuat jahat, atau telah merancang berbuat jahat lalu menemui maut maka binasalah engkau.

Utamakanlah ilmu daripada harta tetapi jika  berharta maka jadikanlah harta  untuk menuntut ilmu, sebarkan ilmu yang bermanfaat dan sedekah jariah maka harta tersebut akan membantu kita, jangan jadikan harta sebagai hamba nanti kita akan binasa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

catatan menarik yang lepas-lepas