16 Mac 2011

MOHONLAH AMPUN DARIPADA TUHANMU


Pada sutu hari, Imam Hassan Al-Basri duduk berbincang bersama sahabat-sahabatnya.Tiba-tiba muncul seorang lelaki dalam keadaan sedang bersedih.
" Hujan tidak turun-turun.", kata lelaki tersebut dengan nada mengeluh.
" Saudara, banyakkan memohon ampun daripada Tuhan.".pesan Imam Hassan Al-Basri.
Mendengar nasihat tersebut,lelaki itu pun pulang.Tidak lama kemudian, datang pula seorang lelaki lain. Dia juga kelihatan bersedih.
"Saya menderita kemiskinan." kata lelaki itu.
"Saudara,banyakkan memohon ampun daripada Tuhan.",nasihat Imam Hassan Al-Basri.
Lelaki itu pun pulang.Datang lagi lelaki ketiga yang juga dalam kesedihan.
"Isteri saya mandul,tidak dapat lahirkan anak untuk saya.",keluh lelaki tersebut.
"Saudara,banyakkan memohon ampun daripada Tuhan.",Imam Hassan Al-Basri memberi nasihat yang sama.
Lelaki itu pulang. Datang lagi lelaki keempat.
"Bumi sudah tidak subur lagi.tidak ada hasil.",keluh lelaki itu.
"Saudara,banyakkan memohon ampun daripada Tuhan.",nasihat sama daripada Imam Hassan A-Basri.
Sahabat-sahabatnya berasa hairan dengan sikap Imam Hassan Al-Basri kerana nasihat yang sama juga diberikan.
" Kenapa nasihat yang sama saja saudara berikan kepada mereka itu,supaya masing-masing memohon ampun daripada Tuhan saja,sedangkan mereka menghadapi masalah yang berbeza?"tanya sahabat.
Imam Hassan Al-Basri tersenyum mendengar kritikan mereka, lalu berkata:
"Apakah saudara tidak pernah mendengar kata-kata Allah yang bermaksud :
Mohonlah ampun kepada Tuhan. Dialah Tuhan Maha Pengampun.
Dia mengirimkan kepadamu hujan yang lebat,memperbanyakkan harta
dan anak serta menyuburkan bumi
bersama-sama sungai yang mengalir."
kata Imam Hassan Al-Basri memberi penjelasan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan