06 September 2014

SEDEKAH

Dari Abu Hurairah dari Nabi saw, Baginda bersabda:

“Ada seorang lelaki berkata:

‘Malam ini, aku benar-benar akan bersedekah.’ Maka laki-laki itu pun keluar membawa sedekahnya, dan disedekahkannya kepada wanita pelacur. Esok harinya, orangramai pun mengatakan bahawa tadi malam ada pelacur yang diberi sedekah.
Maka laki-laki itu berdoa: ‘Ya Allah, segala puji


bagiMu yang telah mentakdirkan sedekahku jatuh di tangan pelacur. Aku akan bersedekah lagi.’

Dia pun pergi dengan membawa sedekahnya, lalu diberikannya kepada orang kaya. Esok harinya, orangramai pun membicarakannya bahawa tadi malam ada orang yang memberi sedekah kepada orang kaya.
Maka lelaki itu pun berkata: ‘Ya Allah, untukMulah segala puji, kerana Engkau telah menjadikan sedekahku jatuh di tangan orang yang kaya, aku akan bersedekah lagi.’

Kemudian dia pergi lagi dengan membawa sedekahnya dan diberikannya kepada pencuri. Esok harinya, orangramai pun membicarakannya, bahawa tadi malam ada orang yang bersedekah kepada pencuri. Lelaki yang bersedekah itu pun berkata: ‘Segala puji bagi Allah yang telah mentakdirkan sedekahku jatuh pada pelacur, kepada orang kaya, dan kepada pencuri.’

Kemudian lelaki itu didatangi malaikat lalu berkata: ‘Sedekahmu telah diterima oleh Allah. Ada pun sedekahmu yang jatuh ke tangan perempuan pelacur, semoga dia berhenti dari perbuatan melacur, yang jatuh kepada orang kaya semoga dia menyedari dirinya dan bersedekah pula, sedangkan yang jatuh kepada si pencuri, semoga dia berhenti mencuri.’”

(Sahih Bukhari, no. 1332, Sahih Muslim, no. 1698, Musnad Ahmad, no. 7933, no. 8247)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan