21 Ogos 2011

Setitik Madu

Pada suatu hari,ada seorang hamba Allah yang pergi ke hutan.Tiba-tiba dia terdengar suara ngauman harimau yang sedang kelaparan. Lalu dia pun lari menyelamatkan diri manakala harimau tersebut mengejarnya dari belakang. Dia terus lari sehingga berjumpa dengan sebuah perigi lalu dia terjun ke dalam dan bergayut pada tali yang terdapat dalam perigi tersebut. Hamba Allah tersebut bergantungan di tengah perigi sedangkan harimau yang lapar itu sedang menunggunya. Dia berfikir, bagaimana untuk menyelamatkan dirinya sambil berdoa kepada Allah agar menyelamatkannya. Sedang dia berfikir bagaimana untuk selamatkan diri,tiba-tiba dia terdengar bunyi kocakan air dan muncul 2 ekor buaya yang sedang kelaparan.Apalah nasibnya,sudah jatuh ditimpa tangga. Di atas ada harimau,di bawah pula ada buaya. Dalam keadaan risau dan takut itu,dia cuba berfikir mencari jalan keluar. Tiba-tiba keluar pula seekor tikus hitam dan seekor tikus putih memanjat tali tempat hamba Allah itu bergayut dan mula menggigit tali tersebut.
Dia berfikir lagi,kalau naik ke atas,akan dimakan harimau. Kalau tunggu tali putus,akan jatuh ke bawah dan dibaham buaya. Sedang hamba Allah itu berfikir, tiba-tiba dia mendengar bunyi lebah membawa madu. Ketika dia mendongak untuk melihat lebah tersebut,setitik madu terjatuh dalam masuk ke dalam mulutnya. Punyalah nikmat hingga tak terkata." Fuhhh....punyalah sedapnya madu ini...." Kerana setitik madu itu,hamba Allah itu terlupa pada harimau, buaya dan tikus-tikus itu.....Kalau semua hendak tahu....
* Hamba Allah itu adalah kita semua...
* Harimau yang mengejar itu adalah maut
* 2 ekor buaya adalah malaikat Munkar dan Nakir
* Tali tempat bergayut itu adalah jangka hayat kita
* Tikus hitam dan putih itu adalah dunia kita siang dan malam
* Setitik madu itu adalah nikmat dan pesona dunia
Seperti kita...apabila mendapat nikmat dan terpesona dengan dunia, kita telah lupa diri...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan