28 Ogos 2011

INILAH KISAHKU....

Apabila heboh tentang isu murtad baru-baru ini,saya rasa terpanggil untuk menceritakan pengalaman saya berkenaan isu berkenaan. Sekitar tahun 1990 ketika menjadi siswi Jabatan Dakwah Dan Kepimpinan ( Islamic Missionary And Leadership ), Fakulti Pendidikan Islam,UKM,saya telah ditugaskan untuk menyiapkan satu kertas kerja bagi subjek Perbandingan Agama. Tugasan yang perlu saya siapkan bertajuk " Aktiviti Yang Dijalankan Oleh Kristian" berpandukan kepada buku " Kebenaran Islam Dan Pembohongan Kristian". Saya termangu-mangu sendiri.Macamana nak cari bahan? Apatah lagi, saya perlu menemubual responden untuk melengkapkan tugasan saya...dan tentu sekali responden tersebut orang yang berjawatan di gereja!
Seorang rakan saya yang kebetulan bercadang hendak balik kampung di Taiping,lantas mengajak saya bersamanya dan dia berjanji untuk membantu saya mendapatkan bahan tugasan saya. Apalagi, saya terus bersetuju.



Maahad Al-Ehya Assharif,Gunung Semanggol


Ternyata rumah sahabatnya berjiran dengan Maahad Al-Ehya Assaharif, Gunung Semanggol. Tiada bahan yang saya dapat di sini sehingga dua hari berikutnya ,kami ke bandar Taiping. Itulah buat pertama kalinya saya menjejakkan kaki di Taiping.


Gereja bersebelahan Sekolah Convent, Taiping.


Saya terus dibawa ke sebuah gereja bersebelahan SMK Convent. Rasa gementar mula menjalar. Apa saja ayat-ayat suci dan doa bersilih ganti di fikiran. Mujurlah pada waktu itu ,isu murtad belum lagi dihebohkan. Kalau tidak,entahlah apa pandangan orang yang melihat kami berdua memasuki gereja....Di sini kami bertemu dengan seorang sister bernama Sister Theresa berusia 74 tahun. Tetapi tidak banyak bahan yang diperolehi,kerana beliau seolah-olah cuba berdolak-dalik mengenai aktiviti yang dijalankan. Apatah lagi masalah komunikasi kerana beliau tidak fasih berbahasa Melayu. Jadi terpaksalah kami menemubual dalam bahasa Inggeris,walaupun kadangkala saya terkial-kial juga untuk bercakap. Dalam sesi temubual tersebut, sister tersebut menyebarkan dakyahnya. Antara lain, katanya; ikutlah agama kami, nescaya kamu akan terus ke syurga.....dan tatkala hendak pulang, dia memeluk saya erat sambil berulang-ulang berkata:"May God bless you...."


Saya pulang ke kampus dan menyiapkan tugasan dengan bahan yang tak seberapa dan ternyata tugasan saya GAGAL. Saya dikehendaki menyediakan tugasan baru dengan tajuk yang sama. Aduhhhhh.....


Pusat Gospel Kajang,Kajang ,Selangor


Dengan bantuan beberapa rakan yang berkawan yang mengenali pelajar Kristian, saya bersama 4 lagi kawan sejabatan telah dibawa ke Pusat Gospel Kajang. Di sini,kami disambut oleh beberapa gadis dengan mesra. Salah seorang dari mereka bertanya:" Are you Christian?". Bagaikan terpana mendengar soalan sebegitu,sedangkan pada waktu itu saya berpakaian sebagai selayaknya seorang Islam dan bertudung labuh.Dengan tegas saya menjawab:" No. I'm Muslim." Walaupun mereka terkejut dengan jawapan tersebut,tetapi mereka tetap melayani dengan mesra sehingga kami dibawa masuk ke dalam. Di situ diadakan syarahan agama oleh seorang pastur berbangsa Cina, nyanyian keagamaan dan edaran segelas kecil hollywater bersama sekeping roti. Setiap hadirin dikehendaki minum dan menjamah roti tersebut. Gelas air dan piring roti tersebut beredar dari satu tangan ke satu tangan sehingga akhir sekali diletakkan berdekatan dengan pastur tersebut.Selesai upacara tersebut, kami menemubual pastur tersebut,dan ternyata kami juga gagal mendapatkan bahan. Mereka merahsiakan segala kegiatan mereka. Bahkan pastur tersebut cuba memancing kami dengan menceritakan tentang kasih sayang tuhan,Jesus Christ serta konsep Trinity.
Dan buat kali kedua, tugasan saya juga GAGAL. Tapi secara jujurnya, bagi saya ianya memberi satu pengalaman baru...... agar kita sentiasa berwaspada dengan segala dakyah halus mereka....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan