21 Februari 2011

BICARA TENTANG TEMAN


Nabi SAW bersabda:

Seseorang itu adalah menurut agama temannya. Justeru,adalah lebih seseorang daripada kamu meneliti dahulu siapa yg akan dijadikan temannya.

Dalam memilih teman hendaklah kita meneliti beberapa aspek. Yg paling utama ialah seseorang itu harus baik akhlaknya dan mampu mengendalikan hawa nafsunya.

Imam Ibnu Atha'illah dlm Kitab Hikam ada mengatakan dlm bentuk sindiran:

Bertemankan seorang bodoh yg tidak mengikut hawa nafsu adalah lebih baik daripada bertemankan seorang alim yg selalu menurutkan hawa nafsunya.

Mengapa??

Orang yg berilmu tetapi dipengaruhi hawa nafsu, biasanya akan membenarkan maksiat berlaku dgn pelbagai dalil. Dikhuatiri lambat laun kita akan membenarkan kemaksiatan berlaku hanya krn bersandar kpd dalil.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan