10 Jun 2011

KERJA KERJA KERJA


Cuti sekolah tinggal 2 hari lagi...namun sebagai insan bergelar guru, tiada istilah cuti mutlak. Manakan tidaknya...cuti selama 2 minggu masih lagi ditemani dengan timbunan kerja. Belum lagi dicampur dengan kerja rumah. Bermula minggu terakhir sebelum bermula, bertungkus lumus memeriksa skrip jawapan pelajar. Kemudian key in markah bukan saja untuk rekod sekolah, tetapi juga melalui online. Bila melalui online,selalu berlaku 'traffic jam'. Almaklum,masing-masing berlumba untuk key in markah. Timbul berbagai istilah yang kadangkala buat pening kepala....TOV, OTR, SISPA dan terbaru bagiku PEDIA...apedia???
Sebelum cuti berakhir, terkejar-kejar lagi siapkan minit mesyuarat dan penyusunan semula Fail Kokurikulum...adoiii....tapi mungkin tika dan saat ini boleh menarik nafas lega,walaupun hakikatnya masih ada satu kertas kerja yang belum disiapkan. Selamat kembali ke sekolah!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan