14 Januari 2014

Kisah Si Penggembala Kambing

Seorang lelaki yang sedang sibuk menggembalakan kambing-kambingnya di padang rumput dihampiri seorang cendekiawan. Terjadilah perbincangan antara keduanya. Dari perbincangan itu, cendekiawan itu mengetahui bahawa penggembala itu buta huruf.

“Mengapa engkau tidak belajar?” Tanya cendekiawan.

“Aku telah mendapatkan ibu semua ilmu. Kerana itu, aku tidak perlu belajar lagi,” jawab penggembala mantap.

“Cuba jelaskan pelajaran apa yang telah kamu peroleh!” pinta sang cendekiawan.


Sambil menatap lelaki berpenampilan rapi itu, penggembala menjelaskan : “ Ibu semua ilmu pengetahuan ada lima.
Pertama, selagi masih ada peluang untuk bersikap jujur, aku tidak akan berbohong.
Kedua, selama masih ada makanan halal, aku tidak akan memakan makanan haram.
Ketiga, jika masih ada kekurangan dalam diriku, aku tidak akan mencari-cari keburukan orang lain. Keempat, selagi rezeki Allah masih ada di bumi, aku tidak akan memintanya kepada orang lain. Kelima, sebelum menginjakkan kaki di syurga, aku tidak akan  melupakan tipu daya syaitan.”

Cendekiawan itu sangat kagum atas jawapan penggembala lalu berkata, “Kawan, semua ilmu telah terkumpul dalam dirimu. Siapapun yang mengetahui kelima hal yang kau sebutkan tadi dan dapat melaksanakanya, tidak memerlukan buku-buku ilmu lagi.”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan