12 Mei 2013

Orang berhutang mudah bingung...sedih

Dalam sebuah hadis, ada satu cerita yang diriwayatkan oleh Abu Daud : bahawa pada suatu hari Rasulullah SAW masuk ke masjid. Baginda mandapati seorang sahabat bernama Abu Umamah sedang duduk di dalam masjid lalu Baginda menegurnya:
Wahai Abu Umamah, kenapa saya melihat anda duduk di dalam masjid sedangkan sekarang bukan waktu solat?
Beliau menjawab: Saya bingung memikirkan hutang saya, ya Rasulullah.
Baginda bertanya : Mahukah kamu, saya ajarkan kamu satu doa yang sekiranya kamu membacanya,maka Allah akan menghilangkan kebingunganmu dan melunaskan hutangmu?
Abu Umamah menjawab : Sudah tentu ya Rasulullah.
Baginda bersabda : Jika kamu berada pada waktu pagi dan petang, bacalah doa ini:


Maksudnya : Ya Tuhanku, aku mohon perlindunganMu dari dukacita dan sedih,aku berlindung kepadaMu daripada sifat lemah dan malas, aku berlindung kepadaMu daripada pengecut dan bakhil dan aku berlindung kepadaMu daripada bebanan hutang dan penindasan orang.
 
Kata Abu Umamah, selepas membaca doa itu, Allah telah menghilangkan kebingunganku dan melunasi segala hutangku.
 
 
 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

catatan menarik yang lepas-lepas