31 Mei 2013

Doa RASULULLAH SAW Buat Ibu Abu Hurairah

Dalam riwayat Muslim, seorang sahabat Nabi iaitu Abu Hurairah menceritakan beliau pernah mengajak ibunya masuk Islam. Namun, pada suatu ketika, ibunya telah mengeluarkan kata-kata ejekan mengenai diri Rasulullah SAW.
Dalam keadaan menangis, Abu Hurairah telah datang menemui Rasulullah untuk menceritakan perkara itu. Beliau meminta Rasulullah SAW mendoakan agar Allah memberikan hidayah kepada ibunya. Lalu berdoalah Rasulullah : Ya Allah,berilah hidayah kepada ibu Abu Hurairah.
Selepas itu,beliau pulang menemui ibunya. Sampai di pintu,beliau mendapati pintu rumah tertutup rapat dan pada waktu itu ibunya mendengar bunyi langkah kakinya,lalu berkata: Wahai Abu Hurairah! Tunggulah dulu di luar.
Ketika itu Abu Hurairah mendengar bunyi air sedang dituangkan.Kemudian beliau melihat ibunya sedang mengenakan pakaian dan kain kerudung. Selepas itu, ibunya membuka pintu lalu berkata : Wahai Abu Hurairah! Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah dan Muhammad adalah utusan Allah.
Selepas itu, abu Hurairah kembali menemui Rasulullah lalu memaklumkan berita tersebut.Baginda bersyukur kepada Allah atas penglislamannya dan mendoakan kebaikan kepada wanita tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

catatan menarik yang lepas-lepas