07 Mei 2013

Kenapa sering bersangka?????

 
bile kite senyum
dikatakan ada udang disebalik batu                                                           
kalau perempuan senyum pada lelaki dikatakan gatal
kalau kita diam dikatakan sombong
kalau kita buat kerja lebih dikatakan nak membodek
kalau tidak bertanya ada yang mengata nak tunjuk pandai,berlagak
orang yg relax dikatakan x buat kije
orang pakai baju lawo dikatakan nk tunjuk kaya
orang yg mkn byk disangkakan pelahap
orang yg mkn sikit dikatakan kedekut
SEDANGKAN............
seseorang itu senyum kerana senyum tu sedekah
seseorang itu diam kerana sedang memikirkan dosa sedia ada
seseorang itu buat kerja lebih kerana amanah n tggungjawab
seseorang itu tidak bertanya kerana sudah ada jawapannya
seseorang yg relax kerjanya sudah selesai pada waktunya
seseorang itu mkn sikit atau banyak kerana bersyukur keatas rezeki yg dikurnia.



itulah
bersihkan lah jiwa kita, ceria2 kanlah diri kita
usah memikir hal org lain yg akhirnya mmbebankan diri sendiri
masalah sendiri tidak selesai sibuk menyelesaikan masalah org lain
jauhkanlah diri kita dari orang yg bersangka buruk
nasihatilah orang yg bersangka buruk supaya bersangka baik
bersangka baik sesama manusia
dapat mengukuhkan tiang agama kita
jagalah hubungan sesama manusia

copyright/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

catatan menarik yang lepas-lepas