10 Mei 2013

Baju Anak Khalifah


Diriwayatkan bahawa pada suatu hari, anak  Saidina Umar Bin Al Khattab pulang dari sekolah sambil menangis. Ketika ditanya oleh ayahnya, anak itu menjawab: Teman-temanku di sekolah menghitung tampalan di bajuku lalu mengejek. Kata mereka: Lihatlah baju anak Amirul Mukminin, bajunya bertampal-tampal seperti ini.

Mendengar pengaduan anaknya itu, timbullah rasa kasihan di hati Saidina Umar terhadap anaknya. Oleh itu, beliau mengirim sepucuk surat kepada Bendahari Negara meminta agar beliau dipinjamkan wang empat puluh dirham dengan jaminan gajinya bulan depan dipotong.

Maka Bendahari Negara itu mengirimkan surat jawapan yang berbunyi : Wahai Umar, adakah engkau sudah dapat memastikan bahawa engkau akan dapat hidup sampai bulan depan? Bagaimanakah kalau kau mati sebelum  membayar hutangmu? Apakah yang akan kau perbuat terhadap hutangmu itu di hadapan Allah?

Membaca surat itu, lalu Umar tersungkur menangis lalu berkata kepada anaknya: Pergilah wahai ankku ke sekolah sebagaimana biasanya kerana aku tidak dapat memperhitungkan umurku walaupun sejam lagi!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

catatan menarik yang lepas-lepas