30 April 2016
TABURLAH KEJUJURAN...PASTI AKAN MENUAI KEPERCAYAAN!
Terdapat seorang CEO yang hamper bersara dan ingin menyerahkan jawatannya kepada salah seorang eksekutifnya yang terbaik. Dia memanggil seluruh eksekutifnya, memberikan masing-masing sebiji benih kepada setiap seorang, dan berkata:
" Tanam, jaga dan siramlah dengan baik benih yang saya beri ini dan kembalilah 3 bulan dari sekarang dengan membawa tanaman yang tumbuh dari benih ini. Yang terbaik akan menjadi penggantiku sebagai CEO di syarikat ini."
Setelah hampir 3 bulan, di pejabat semua orang saling bercakap tentang kehebatan tanaman masing-masing. Hanya tanaman Ahmad sahaja tidak tumbuh sama sekali menyebabkan dia merasa gagal dan susah hati.
Cukup tempoh masa 3 bulan, semua eksekutif menghadap CEO dengan membawa tanaman yang subur, memperlihatkan hasil benih tersebut kecuali Ahmad yang hanya datang membawa pasu kosong. Semua mata memandangnya kasihan.
Ketika CEO masuk, dia memandang keindahan seluruh tanaman yang kononnya hasil dari benih-benih yang diberikan dulu, sehingga akhirnya berhenti di depan Ahmad yang tertunduk malu. CEO meminta Ahmad ke depan dan menyuruhnya menceritakan tentang tanamannya yang mati.
Selesai Ahmad bercerita, CEO berkata:
" Beri tepukan kepada Ahmad, CEO kita yang baru!"
Semua eksekutif terkejut termasuk Ahmad. CEO itu kemudian berkata:
" Semua benih yang saya bagi kepada anda semua dulu, telah saya rebus dalam air panas hingga mati dan tak mungkin akan tumbuh lagi. Jika benih anda semua dapat tumbuh, bererti anda telah menukarnya dan berbohong kepada saya. Kecuali Ahmad, hanya dia yang JUJUR. Jadi, dialah yang paling layak menyandang jawatan yang tertinggi ini."
Sumber : kopi&pasta/
KISAH HARTA
Pada suatu masa dahulu,terjadi satu peristiwa seorang lelaki menjual sebidang tanah miliknya kepada seorang sahabatnya. Setelah tnah itu dibeli, maka si pemilik yang baru telah menemui sebuah peti yang tertanam di dalam tanah tersebut. Setelah dibuka peti itu ternyata mengandungi harta yang banyak. Lalu pemilik yang baru itu menemui kembali pemilik asal tanah tersebut untuk menyerahkan harta itu, kerana buakan haknya.
Sebaliknya, pemilik asal enggan menerima harta tersebut kerana ianya ditemui di dalam tanah yang sudah dijual. Si pemilik yang baru juga enggan menerimanya kerana bukan haknya. Maka mereka berdua pergi menemui khalifah bagi mendapatkan penyelesaian.
Oeleh kerana pemilik lama mempunyai anak lelaki dan pemilik baru mempunyai anak perempuan, maka anak-anak mereka berdua telah dikahwinkan dan harta tersebut diserahkan kepada pengantin baru bagi memulakan kehidupan baru mereka.
Begitu tawadduknya orang zaman dulu...namun zaman kini...keadaan akan menjadi sebaliknya...fikir-fikirkanlah....
Sumber :kopi&pasta/

Label:
FIKIR-FIKIR,
KONGSI ILMU
24 April 2016
HEBATNYA KUASA ISTIGHFAR
Ketika di hujung usia Imam Ahmad Ibnu Hanbal, beliau teringin pergi ke Iraq.Beliau adalah alim besar yang menghafaz ratusan ribu hadis dan anak murid kepada Imam Syafie RA.
Sesampainya di sana, beliau beriktikaf di masjid. Tak lama kemudian, datanglah orang masjid lalu menghalaunya kerana katanya undang-undang di Iraq tidak membenarkan bermalam di masjid walaupun di beranda masjid. Akhirnya Imam Ahmad menumpang tidur di tangga masjid. Orang masjid tidak mengenali Imam Ahmad ini.
Ada seorang pembuat roti yang kedainya berdekatan dengan masjid. Dia telah mempelawa Imam Ahmad tidur di kedainya. Ketika Imam Ahmad hendak berehat, beliau mendengar dengan rasa kagum kerana si pembuat roti itu asyik beristighfar tanpa henti.
ASTAGHFIRULLAH WA ATUBU ILAIK
ASTAGHFIRULLAH WA ATUBU ILAIK
ASTAGHFIRULLAH WA ATUBU ILAIK
Imam Ahmad terus berkata ;
" Bagus kamu beristighfar. Apakah yang kamu rasai dengan amalan ini? "
Si pembuat roti itu berkata ;
" Segala puji bagi Allah, semua doa saya dikabulkan kecuali satu saja yang belum terkabul. Saya ingin berjumpa dengan Imam Ahmad Ibnu Hanbal. "
Dengan terharu, Imam Ahmad berkata ;
"Saya dihantar Allah sejauh ini, kemudian dihalau dari masjid kerana Allah ingin makbulkan doa kamu, kerana kamu rajin memohon ampun pada Allah."
Label:
FIKIR-FIKIR,
KONGSI ILMU
MEMBUNUH CICAK....SURUHAN NABI
Imam Ahmad RA meriwayatkan, Nabi bersabda:
" Bahawasanya ketika Nabi Ibrahim dilemparkan ke dalam api,maka mulailah semua haiwan melata berusaha memadamkan api kecuali cicak, kerana sesungguhnya cicak menghembus-hembus api yang membakar Nabi Ibrahim." ( Riwayat Bukhari & Muslim )
Jelas sekali,cicak adalah binatang yang bersekongkol dengan syaitan. sehubungan dengan itu Nabi bersabda :
Sesiapa yang membunuh cicak dengan satu pukulan, ia mendapat seratus kebaikan;
sesiapa yang membunuh cicak dengan dua pukulan, dia mendapat pahala kurang daripada seratus dan sesiapa yang membunuh cicak dengan tiga pukulan ,dia mendapat pahala kurang daripada pukulan kedua." ( Riwayat Muslim )
" Bahawa Nabi SAW memerintahkan agar membunuh cicak dan Baginda menamakannya sebagai Fuwaisiq ( binatang yang jahat ). ( Riwayat Muslim )
Jelas di sini, membunuh cicak adalah suruhan Nabi SAW. Selain ia mengotorkan ( seperti membuang najisnya merata-rata sama ada di rumah, masjid atau di mana-mana saja) kita kurang memahami hikmah lain yang tersembunyi, tetapi suruhan ini tidak boleh dipertikaikan telah dijelaskan melalui hadis yang sahih.
copy&paste/

18 April 2016
KISAH IBRAHIM ADHAM
Suatu hari, Ibrahim Bin Adham ingin membuang air kecil,lalu dia pun pergi ke tandas awam. Apabila dia ingin masuk ke dalam, seorang lelaki penjaga tandas menegurnya :
" Wahai orang tua,bayarlah dulu sebelum masuk."
Mendengarkan sapaan lelaki itu, air mata Ibrahim Bin Adham pun bercucuran keluar.
Lelaki tadi terkejut lalu berkata:
" Wahai orang tua, andaikata kamu tiada wang untuk dibayar,masuklah secara percuma. Janganlah menangis kerana ini."
Ibrahim Bin Adham menjawab:
" Wahai pemuda, aku menangis bukan kerana aku tiada duit, tetapi aku terfikir jika tempat sejijik ini pun harus dibayar untuk dimasuki, bagaimana pula dengan syurga Allah? Berapakah bayaran yang harus aku sediakan untuk aku masuk ke dalamnya?"
Allahu Akbar !
copyright/

SUBHANALLAH! BEGITULAH KEBESARAN ALLAH
# Peratusan LAUT : 32/45 X 100 = 71.11111111%
# Peratusan DARATAN : 13/45 X 100 = 28.88888889%.
Kajian sains oleh manusia telah membuktikan bahawa air sememangnya meliputi 71.111% daripada bumi dan Tanah pula meliputi 28.889%.
MASYAALLAH! Begitulah kebesaran dan keagungan ciptaanNya.
copyright/
Label:
FIKIR-FIKIR,
KONGSI ILMU
SIAPAKAH YANG LEBIH BURUK?
" Wahai Syeikh...." Seorang pemuda bertanya.
" Yang manakah lebih baik : Seorang Muslim yang banyak ibadahnya tetapi akhlaknya buruk atau seorang yang tidak beribadah tetapi amat baik sikapnya terhadap sesama manusia?"
" Subhanallah, kedua-duanya baik." Ujar Si Alim sambil tersenyum.
" Mengapa boleh begitu?"
" Kerana orang yang tekun beribadah itu nantinya mungkin akan dibimbing Allah untuk berakhlak mulia. Manakala orang yang baik akhlaknya itu, boleh jadi nantinya akan dibimbing Allah untuk semakin taat kepadaNya."
" Jadi, siapakah yang lebih buruk?" Desak si anak muda.
Airmata mengalir di pipi si alim.
" Kita, anakku."Ujar beliau.
" Kitalah yang selayak disebut buruk lantaran gemar sekali menghabiskan waktu untuk menilai orang lain dan melupakan diri kita sendiri."
Dalam esakan dan hiba tangisan, si alim menyambung kata.....
" Sedangkan kelak kita akan dihadapkan pada Allah dan dipersoalkan tentang diri kita, bukan tentang orang lain."

28 Jun 2015
kembara kasih 2.... Cambodia
2 Jun 2015.....
Aranprathet ( Thailand)....
menuju ke Imigresen Thailand.
Imigresen Thailand
Jambatan Persahabatan..
yang menghubungkan antara Thailand dan Cambodia.
Imigresen Cambodia,Poi Pet.
Rehat sekejap di Poi Pet.
Perkampungan Khmer di Poi Pet.
Rumah orang Islam di Poi Pet yang sangat meraikan kami....
di sini kami makan, solat, rehat dan mandi...
Bilik air dan bilik mandi yang uzur....
namun sudah cukup memadai....
di sini anjing2 berkeliaran mencari makan....
Makan malam bertemankan cahaya lilin....
kembara kasih.....Thailand
1 Jun 2015 ....kami mulakan kembara.....
dari Kamunting, Perak ke Hatyai..
Imigresen Bukit Kayu Hitam
Perjalanan dari Hatyai ke Monchet....
memakan masa hamper 14 jam....
RnR.....Hatyai - Bangkok
Sempat membeli juadah mengalas perut....
roti canai pisang yang dimakan bersama susu pekat.
40 baht ( RM4 ) sekeping.
Monchet.... Bandar berhampiran Bangkok
Taxi Van....menuju Aranprathet....
bersempadan dengan Cambodia
Langgan:
Catatan (Atom)