18 April 2016

KISAH IBRAHIM ADHAM

Suatu hari, Ibrahim Bin Adham ingin membuang air kecil,lalu dia pun pergi ke tandas awam. Apabila dia ingin masuk ke dalam, seorang lelaki penjaga tandas menegurnya :

" Wahai orang tua,bayarlah dulu sebelum masuk."

Mendengarkan sapaan lelaki itu, air mata Ibrahim Bin Adham pun bercucuran keluar.

Lelaki tadi terkejut lalu berkata:

" Wahai orang tua, andaikata  kamu tiada wang untuk dibayar,masuklah secara percuma. Janganlah menangis kerana ini."

Ibrahim Bin Adham menjawab:
" Wahai pemuda, aku menangis bukan kerana aku tiada duit, tetapi aku terfikir jika tempat sejijik ini pun harus dibayar untuk dimasuki, bagaimana pula dengan syurga Allah? Berapakah bayaran yang harus aku sediakan untuk aku masuk ke dalamnya?"


Allahu Akbar !


copyright/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan