24 April 2016

HEBATNYA KUASA ISTIGHFAR


Ketika di hujung usia Imam Ahmad Ibnu Hanbal, beliau teringin pergi ke Iraq.Beliau adalah alim besar yang menghafaz ratusan ribu hadis dan anak murid kepada Imam Syafie RA.
 Sesampainya di sana, beliau beriktikaf di masjid. Tak lama kemudian, datanglah orang masjid lalu menghalaunya kerana katanya undang-undang di Iraq tidak membenarkan bermalam di masjid walaupun di beranda masjid. Akhirnya Imam Ahmad menumpang tidur di tangga masjid. Orang masjid tidak mengenali Imam Ahmad ini.

Ada seorang pembuat roti yang kedainya berdekatan dengan masjid. Dia telah mempelawa Imam Ahmad tidur di kedainya. Ketika Imam Ahmad hendak berehat, beliau mendengar dengan rasa kagum kerana si pembuat roti itu asyik beristighfar tanpa henti.

ASTAGHFIRULLAH WA ATUBU ILAIK
ASTAGHFIRULLAH WA ATUBU ILAIK
ASTAGHFIRULLAH WA ATUBU ILAIK

Imam Ahmad terus berkata ;
" Bagus kamu beristighfar.  Apakah yang kamu rasai dengan amalan ini? "

Si pembuat roti itu berkata ;
" Segala puji bagi Allah, semua doa saya dikabulkan kecuali satu saja yang belum terkabul. Saya ingin berjumpa dengan Imam Ahmad Ibnu Hanbal. "

Dengan terharu, Imam Ahmad berkata ;
"Saya dihantar Allah sejauh ini, kemudian dihalau dari masjid kerana Allah ingin makbulkan doa kamu, kerana kamu rajin memohon ampun pada Allah."

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan