19 Mac 2013
Dengarkanlah.....Wahai Anakku.....
Wahai anakku,
Ingatlah 10 Petua Kehidupan ini sepanjang masa. Tatkala ayahanda dan
bonda tiada, 10 petua ini boleh membantu anakanda menempuh cabaran dunia
Allah untuk mencapai kecemerlangan di akhirat.
1. Jangan jauh dengan Allah. Dekati Allah dengan membaca Quran sekurang-kurangnya 3 hari sekali.
2. Jaga air liur. Cakap, dengar dan baca perkara baik selalu supaya air
liur yang dihasilkan adalah baik dan ditelan selalu. Mengumpat dan
perkataan ‘cuba’ adalah racun yang menjurus kepada perasaan negatif.
3. Perkara lepas biarlah ia berlepas supaya ia tidak mengganggu masa depan.
4. Tidak perlu menyibuk dengan pandangan orang lain.
5. Jangan selalu ingat masih ada banyak masa. Ingat mati tiada syarat tua, mati juga tiada syarat sakit.
6. Jangan fikir terlalu banyak. Memang ada jawapan yang kita tidak akan ketahui. Tapi jawapan akan datang secara tidak sedar.
7. Tiada orang yang boleh mengawal minda anda, selain anda. Sepertimana kegembiraan dan kesedihan anda.
8. Sentiasa memberi tanpa mengharapkan pulangan. Anda akan mengecapi
nikmat terbesar sebagai seorang manusia dan mengerti perbuatan memberi
akan mendatangkan pahala dan kegembiraan terbesar di hati.
9. Jangan
fikir terlalu banyak dan kurangkan berenung. Buat sahaja apa yang patut
tanpa putus asa. Jangan menghina Allah dengan menyatakan kegagalanmu
adalah takdir-Nya tatkala anda malas, kurang berusaha dan mudah berputus
asa.
10. Senyum selalu. Bukan anda seorang sahaja yang ada masalah.
Dan sebenarnya masalah anda cumalah mainan minda anda. Yang ada
hanyalah cabaran sementara.
Dari ayahandamu.
copyright/
18 Mac 2013
Jubahku!!!!
Abu Hasan menceritakan kisah seorang lelaki yang mendengar
suara orang berteriak dan mengadu kesakitan di rumah Juha.
“Aku dengar suara pekikan di rumah tuan, apakah yang berlaku?” tanya lelaki itu kepada Juha.
“Jubahku jatuh dari atas rumah,” jawab Juha.
“Err...jubah jatuh pun sampai terpekik-pekik?”
“Engkau ini bodoh. Jika kau sedang memakai jubah dan jubah yang dipakaimu jatuh, bukankah engkau ikut jatuh bersama?” kata Juha.
“Aku dengar suara pekikan di rumah tuan, apakah yang berlaku?” tanya lelaki itu kepada Juha.
“Jubahku jatuh dari atas rumah,” jawab Juha.
“Err...jubah jatuh pun sampai terpekik-pekik?”
“Engkau ini bodoh. Jika kau sedang memakai jubah dan jubah yang dipakaimu jatuh, bukankah engkau ikut jatuh bersama?” kata Juha.
Basikal
Pak Mat menyeberang sempadan Thailand dengan
menunggang basikal. Dia turut membawa dua beg besar. Polis menahan dan
menyoalnya.
“Apa di dalam beg awak tu?”
“Pasir,” jawab Pat Mat selamba.
Polis yang tidak puas hati tu menyuruh Pat Mat menuang
pasir ke tanah. Tidak ada apa-apa di dalamnya. Ia memang betul pasir.
Begitulah keadaan Pak Mat tiap-tiap minggu selama tiga
tahun dia berulang-alik ke sempadan Thailand.
Suatu ketika, polis itu bertemu Pak Mat di sebuah
kedai kopi.
“Hai, lama tak nampak?” sapa anggota polis itu.
“Ada kat kampung…dah malas nak masuk sempadan,”
jawab Pak Mat.
“Selama tiga tahun awak berulang-alik membawa beg
pasir. Perbuatan awak itu membuatkan saya tertanya-tanya…apa sebenarnya yang
awak seludup?” tanya polis itu.
“Basikal,” jawab Pat Mat selamba.
“Aaaaa!!!Apaaa??? Basikal!!!” terpancut keluar air
kopi yang baru diteguk polis tu.
copyright/
13 Mac 2013
ADOIIIII.......DENGARLAH DENGAN MATA HATI!
Seorang guru bertanya kepada muridnya yang berusia enam tahun: " Jika cikgu bagi kamu sebiji epal dan bagi lagi sebiji epal, berapa bijikah epal yang kamu dapat?" Dengan pantas murid itu menjawab: " TIGA". Sekali lagi guru tersebut mengulang soalan yang sama kerana menyangka murid itu kurang jelas dengan pertanyaan tersebut. Tetapi murid tersebut masih menjawab TIGA.Guru tersebut merasa kecewa dengan jawapan tersebut lalu cuba mengubah soalan: " Jika cikgu bagi kamu sebiji limau dan bagi lagi sebiji limau, berapa bijikah limau yang kamu dapat?" Murid itu menjawab: " DUA". Muka guru tersebut berseri-seri apabila mendengar jawapan yang tepat daripada muridnya. Lalu guru tersebut bertanya kembali: " Jika cikgu bagi kamu sebiji epal dan bagi lagi sebiji epal, berapa bijikah epal yang kamu dapat?" Murid tersebut dengan pantas menjawab: " TIGA". Guru tersebut mula meradang lalu bertanya: " Kenapa kamu masih menjawab TIGA?" Murid tersebut dengan teragak-agak menjawab:" Sebab saya dah ada sebiji epal dalam beg saya,cikgu!"
01 Mac 2013
Jumpa kembali.......
Assalamualaikum....agak lama saya tidak berblog.....hambatan waktu....kesibukan bekerja....jom kita bersantai sekejap....
PANTAI TIMUR VS UTARA
Antara loghat Utara dengan loghat Pantai Timur, yang mana lebih munasabah? Jom kita perhatikan dialog di bawah :
BAHASA MELAYU BAKU :
Dia pergi ke rumah jiran untuk mencari emaknya tetapi emaknya tiada di situ.
LOGHAT UTARA : Dia pi ghumah jiran nak caghi mak dia, pi pi mak dia tak dak.
LOGHAT PANTAI TIMUR: Dio gi rumoh jire dio nok caghi mek dio, gi gi mek dio tak dok.
KESIMPULAN; Tak mungkin pipi maknya tiada tetapi kalau gigi maknya tiada MEMANG MUNASABAH!
Copyright/
27 Mac 2012
nostalgia 3.....
Jom kita kenali peralatan lama orang dulu-dulu....
TV lama....segalanya secara manual....tadak alat kawalan jauh!
Alat pengisar tepung....adoiiii....punya la seksa bila nak buat juadah petang....seawal pagi dah kena kisar beras untuk dapatkan tepung beras...
Lesung dan alu @ antan....untuk menumbuk padi atau beras....tapi kami sekeluarga gunakan untuk melumatkan isi ikan untuk buat keropok lekor.....fuhhhh!!! berpeluh-peluh!

Mungkin sebahagian besar generasi baru kini sudah tidak mengenali atau tidak pernah melihat benda-benda ini.....Batu penggiling....untuk melumatkan cabai....



nostalgia 2......

23 Mac 2012
nostalgia.....
Cukup lama saya tidak berblog di sini....kesibukan kerja...kekangan masa...bagai segala....Pulang ke kampung baru-baru ini...bagaikan mengungkap kembali nostalgia lama......
Pengangkutan bas Kuala Terengganu....awal tahun 60an.....di hadapannya Menara Jam Besar yang menjadi mercu tanda bandar KT.....saya masih ingat lagi...ketika bersekolah rendah dulu, menara jam ini masih ada....Bangunan di hadapan itu adalah Pasar Besar Kedai Payang.....

17 Februari 2012
TERAPI AIR
1. Minum segelas air sebelum tidur - dapat mencegah strok dan serangan jantung.
2. Minum 2 gelas air selepas bangun tidur - dapat membersihkan organ-organ dalaman.
3. Minum segelas air sebelum mandi - dapat menurunkan tekanan darah
4. minum segelas air 30 minit sebelum makan - dapat membantu fungsi pencernaan dan ginjal.

2. Minum 2 gelas air selepas bangun tidur - dapat membersihkan organ-organ dalaman.
3. Minum segelas air sebelum mandi - dapat menurunkan tekanan darah
4. minum segelas air 30 minit sebelum makan - dapat membantu fungsi pencernaan dan ginjal.

Langgan:
Catatan (Atom)