13 Mac 2013

ADOIIIII.......DENGARLAH DENGAN MATA HATI!

Seorang guru bertanya kepada muridnya yang berusia enam tahun: " Jika cikgu bagi kamu sebiji epal dan bagi lagi sebiji epal, berapa bijikah epal yang kamu dapat?" Dengan pantas murid itu menjawab: " TIGA". Sekali lagi guru tersebut mengulang soalan yang sama kerana menyangka murid itu kurang jelas dengan pertanyaan tersebut. Tetapi murid tersebut masih menjawab TIGA.Guru tersebut merasa kecewa dengan jawapan tersebut lalu cuba mengubah soalan: " Jika cikgu bagi kamu sebiji limau dan bagi lagi sebiji limau, berapa bijikah limau yang kamu dapat?" Murid itu menjawab: " DUA". Muka guru tersebut berseri-seri apabila mendengar jawapan yang tepat daripada muridnya. Lalu guru tersebut bertanya kembali: " Jika cikgu bagi kamu sebiji epal dan bagi lagi sebiji epal, berapa bijikah epal yang kamu dapat?" Murid tersebut dengan pantas menjawab: " TIGA". Guru tersebut mula meradang lalu bertanya: " Kenapa kamu masih menjawab TIGA?" Murid tersebut dengan teragak-agak menjawab:" Sebab saya dah ada sebiji epal dalam beg saya,cikgu!"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan