02 Januari 2012

MUTIARA KATA SAIDINA ALI

1. Jagalah ibu bapamu,nescaya anak-anakmu akan menjagamu.
2. Mengajar adalah belajar.
3. Pendapat seorang tua adalah lebih baik daripada tenaga seorang muda.
4. Menyokong kesalahan beerti menindas kebenaran.
5. Orang yang bersifat sederhana dalam segala hal,nescaya tidak akan miskin.
6. Jika berharta,berniagalah dengan Allah melalui sedekah.
7. Jagalah harta bendamu dengan mengeluarkan zakat,dan angkatkanlah kesusahanmu dengan mendirikan solat.

SELAMAT TAHUN BARU 2012



Selamat Tahun Baru 2012 untuk semua terutama sekali kepada pengunjung blog ini....

31 Disember 2011

sekadar ingin berkongsi.....

XENOESTROGEN
Xenoestrogen juga dikenali sebagai estrogen alam sekitar atau asing yang terbentuk daripada sumber bahan kimia dalam kompaun industri seperti plastik yang ada BPA ( Bisphenol A ). Paling teruk penggunaan bekas makanan plastik yang boleh dimasukkan ke dalam ketuhar dan bekas syampu. Bahan tersebut boleh menyebabkan pelbagai penyakit: antaranya kanser,tiroid,fibroid,masalah reproduktif lain dan sebagainya.


*Periksa di bawah setiap bekas plastik yang tertera nombor 1,2,3,4,5,6 dan 7.

* Nombor 3,6 dan 7 biasanya mengandungi polikarbonat ( yang lazimnya mengandungi BPA ).





11 November 2011

Makan 'Anjing Panas' & Minum Bir - Semua Ditanggung 'Halal'


Di A&W terdapat bir yang amat popular tetapi tidak termasuk dalam kategori minuman keras yang dikenali sebagai 'root beer' atau 'rut bir'. Ianya 100% dijamin halal oleh pihak berkuasa agama Islam. Oleh sebab tidak ada lagi keraguan, ianya menjadi pilihan kepada penggemar minuman berkarbonat. Tidak saja meneguk 'bir' dalam gelas besar, ada juga yang mengunyah 'anjing panas' ( hotdog).

Ini membuktikan sejak dulu lagi kita telah dikelirukan dengan istilah. Maka bukanlah sesuatu yang mengejutkan apabila baru-baru ini orang sibuk bercakap mengenai 'bir halal'. Agaknya istilah dari kata asal bahasa Inggeris ( beer ) itu dikira HEBAT dan bernilai komersial!

Selain 'rut bir' dan 'hotdog' yang telah diterima sebagai hidangan halal, ada banyak lagi istilah asing yang dikaitkan dengan makanan popular kita. Oleh sebab telah dianggap halal, orang kita memakannya tanpa memikirkan sama ada itu betul-betul halal atau sebaliknya.

Contohnya:

* bacon - bermaksud b*** salai, tetapi istilah itu telah diubah kepada beef bacon atau chiken bacon.

* bak kut teh @ sup b*** telah cuba diubah dengan istilah bak kut teh kambing @ lembu.

Kita khuatir suatu hari nanti, oleh sebab keliru dengan istilah, mereka mungkin akan termakan makanan yang betul-betul mengandungi b***. Masanya sudah tiba bagi kita perihatin dan serius terhadap istilah2 yang mengelirukan ini. TIDAK ADA 'BACON', 'BIR' @ BAK KUT TEH atau apa2 saja benda2 haram lain dikaitkan dengan makanan orang Islam. Kita mesti berhati-hati dan curiga terhadap istilah2 ini kerana tidak mustahil istilah2 seperti ini sengaja diwujudkan untuk MENGELIRUKAN dan akhirnya menjerumuskan umat Islam dalam KEKUFURAN.

INGATLAH! KITA ADALAH APA YANG KITA MAKAN!



Sumber: Abd Jalil Ali

22 Oktober 2011

Pintu Kebaikan

Diriwayatkan drpd Abu Hurairah,dr Nabi SAW bersabda: Sesiapa yg melakukan dua atau lebih kebaikan,maka dia akan diseru oleh para malaikat dari pintu2 syurga seraya berkata: Wahai hamba Allah,pintu ini lebih baik bagimu untuk kamu memasukinya.
Sesiapa yg memperbanyakkan solat,maka dia kan diseru melalui pintu solat.
Sesiapa yg memperbanyakkan jenis jihad,maka dia akan diseru melalui pintu jihad.
Sesiapa yg memperbanyakkan jenis puasa,maka dia akan diseru melalui pintu puasa ( Ar Rayyan).
Sesiapa yg memperbanyakkan sedekah,maka dia akan diseru melalui pintu sedekah.
Lalu Saidina Abu Bakar bertanya: Maka adakah org yg akan dijemput masuk dari semua pintu?
Jawab Rasulullah SAW: Benar,akan ada org yg akan dijemput dr semua pintu dan aku berharap,engkaulah salah seorang drpd mereka!

02 Oktober 2011

Family Day @ 1 Okt 2011

haaaa....memang happening.

ape2 pon....kita posing dulu...
breakfast....alahai adik.....

steady for the game...

lipat dulu lengan baju ni....

acara kutip gula2 ...

tuu dia....zuhdi ngan hasil kutipannya......

seronok dengan hasil kutipan masing2...

acara meleret bola...

11 September 2011

10 Kunci Kejayaan Dunia Dan Akhirat

1. Kunci ILMU adalah bertanya dan mendengar.
2. Kunci KEMENANGAN adalah sabar.
3. Kunci KETENANGAN adalah redha.
4. Kunci BERTAMBAHNYA NIKMAT adalah syukur.
5. Kunci MAKBULNYA HAJAT adalah doa.
6. Kunci SOLAT adalah bersuci.
7. Kunci SEDEKAH adalah ikhlas.
8. Kunci KEBAIKAN adalah berpegang kepada yang benar.
9. Kunci SYURGA adalah tauhid.
10.Kunci KESELAMATAN DUNIA & AKHIRAT adalah taqwa.

10 September 2011

Doa Duduk Antara Dua Sujud


Pernah hayati bacaan doa ini?

Atau....lantaran dibaca terlalu laju sehingga tidak sempat untuk memahami maksudnya?

* Rabbighfirlii - Tuhanku, ampuni aku

* Warhamnii - rahmati aku

* Wajburnii - tutuplah aib-aibku

* Warfa'nii - angkatlah darjatku

* Warzuqnii - berilah aku rezeki

* Wahdinii - berilah aku petunjuk

* Wa'aafinii - sihatkan aku

* Wa'fuannii - maafkan aku.

Doa yang bermakna bagi seorang yang bertauhid!



29 Ogos 2011

moga bertemu lagi ya Ramadhan......

Aku lihat Ramadhan dari kejauhan....lalu kusapa ia: " Hendak ke mana?" Dengan lembut,ia berkata: " Maaf, aku terpaksa pergi,mungkin lama. Tolong sampaikan pesanku untuk orang yang bernama Muslim. Ajaklah Sabar untuk menemani hari-hari dukanya. peluklah Istiqamah saat dia keletihan dalam perjalanan bersama Taqwa. itupun Syawal...ia telah tiba...."
Kulihat Ramadhan pergi...jauh...jauh...Apakah aku akan berjumpa dengannya lagi.....?




28 Ogos 2011

INILAH KISAHKU....

Apabila heboh tentang isu murtad baru-baru ini,saya rasa terpanggil untuk menceritakan pengalaman saya berkenaan isu berkenaan. Sekitar tahun 1990 ketika menjadi siswi Jabatan Dakwah Dan Kepimpinan ( Islamic Missionary And Leadership ), Fakulti Pendidikan Islam,UKM,saya telah ditugaskan untuk menyiapkan satu kertas kerja bagi subjek Perbandingan Agama. Tugasan yang perlu saya siapkan bertajuk " Aktiviti Yang Dijalankan Oleh Kristian" berpandukan kepada buku " Kebenaran Islam Dan Pembohongan Kristian". Saya termangu-mangu sendiri.Macamana nak cari bahan? Apatah lagi, saya perlu menemubual responden untuk melengkapkan tugasan saya...dan tentu sekali responden tersebut orang yang berjawatan di gereja!
Seorang rakan saya yang kebetulan bercadang hendak balik kampung di Taiping,lantas mengajak saya bersamanya dan dia berjanji untuk membantu saya mendapatkan bahan tugasan saya. Apalagi, saya terus bersetuju.



Maahad Al-Ehya Assharif,Gunung Semanggol


Ternyata rumah sahabatnya berjiran dengan Maahad Al-Ehya Assaharif, Gunung Semanggol. Tiada bahan yang saya dapat di sini sehingga dua hari berikutnya ,kami ke bandar Taiping. Itulah buat pertama kalinya saya menjejakkan kaki di Taiping.


Gereja bersebelahan Sekolah Convent, Taiping.


Saya terus dibawa ke sebuah gereja bersebelahan SMK Convent. Rasa gementar mula menjalar. Apa saja ayat-ayat suci dan doa bersilih ganti di fikiran. Mujurlah pada waktu itu ,isu murtad belum lagi dihebohkan. Kalau tidak,entahlah apa pandangan orang yang melihat kami berdua memasuki gereja....Di sini kami bertemu dengan seorang sister bernama Sister Theresa berusia 74 tahun. Tetapi tidak banyak bahan yang diperolehi,kerana beliau seolah-olah cuba berdolak-dalik mengenai aktiviti yang dijalankan. Apatah lagi masalah komunikasi kerana beliau tidak fasih berbahasa Melayu. Jadi terpaksalah kami menemubual dalam bahasa Inggeris,walaupun kadangkala saya terkial-kial juga untuk bercakap. Dalam sesi temubual tersebut, sister tersebut menyebarkan dakyahnya. Antara lain, katanya; ikutlah agama kami, nescaya kamu akan terus ke syurga.....dan tatkala hendak pulang, dia memeluk saya erat sambil berulang-ulang berkata:"May God bless you...."


Saya pulang ke kampus dan menyiapkan tugasan dengan bahan yang tak seberapa dan ternyata tugasan saya GAGAL. Saya dikehendaki menyediakan tugasan baru dengan tajuk yang sama. Aduhhhhh.....


Pusat Gospel Kajang,Kajang ,Selangor


Dengan bantuan beberapa rakan yang berkawan yang mengenali pelajar Kristian, saya bersama 4 lagi kawan sejabatan telah dibawa ke Pusat Gospel Kajang. Di sini,kami disambut oleh beberapa gadis dengan mesra. Salah seorang dari mereka bertanya:" Are you Christian?". Bagaikan terpana mendengar soalan sebegitu,sedangkan pada waktu itu saya berpakaian sebagai selayaknya seorang Islam dan bertudung labuh.Dengan tegas saya menjawab:" No. I'm Muslim." Walaupun mereka terkejut dengan jawapan tersebut,tetapi mereka tetap melayani dengan mesra sehingga kami dibawa masuk ke dalam. Di situ diadakan syarahan agama oleh seorang pastur berbangsa Cina, nyanyian keagamaan dan edaran segelas kecil hollywater bersama sekeping roti. Setiap hadirin dikehendaki minum dan menjamah roti tersebut. Gelas air dan piring roti tersebut beredar dari satu tangan ke satu tangan sehingga akhir sekali diletakkan berdekatan dengan pastur tersebut.Selesai upacara tersebut, kami menemubual pastur tersebut,dan ternyata kami juga gagal mendapatkan bahan. Mereka merahsiakan segala kegiatan mereka. Bahkan pastur tersebut cuba memancing kami dengan menceritakan tentang kasih sayang tuhan,Jesus Christ serta konsep Trinity.
Dan buat kali kedua, tugasan saya juga GAGAL. Tapi secara jujurnya, bagi saya ianya memberi satu pengalaman baru...... agar kita sentiasa berwaspada dengan segala dakyah halus mereka....