10 Julai 2011

Kurma....oooh kurma!!

Ramadan bakal menjelma tak lama lagi. Bila sebut Ramadan a.k.a bulan puasa, ianya pasti sinonim dengan buah kurma. Jom kita tengok antara perkara menarik tentang kurma....
* Nabi Muhammad SAW memakan 7 biji kurma setiap hari,manakala ketika berbuka puasa Nabi memakan beberapa biji dan segelas air sejuk sebelum menunaikan solat.

* Kurma Ajwah atau kurma Nabi cukup terkenal dan menjadi pilihan kerana asalnya dari negara Arab,tempat kelahiran Nabi Muhammad SAW.



*Kurma atau buah padang pasir memang menakjubkan kerana ia tidak beku walaupun disimpan berbulan-bulan lamanya di dalam peti ais dengan suhu bawah paras beku.



*Pokok kurma hidup dan berbuah di dalam suhu yang sangat panas dan ini membuktikan ia mempunyai 1001 rahsia dan khasiat.


* Kajian ahli sains Mesir mendapati kurma boleh membantu memanaskan badan di samping membantu proses pembesaran kanak-kanak.
* Kebanyakkan rakyat Iran memakan buah kurma di antara 5-8 kg sehari terutamanya pekerja yang terdedah kepada suhu panas.


08 Julai 2011

DIDIKLAH ANAKMU SOLAT!



Pada suatu hari,seorang pemuda telah datang kepada seorang guru agama uyang sedang mengajar di masjid lalu berkata: " Tuan, pagi tadi ada seorang pemuda meninggal dunia.Semasa kami hendak mengebumikannya,tiba-tiba muncul seekor ular yang besar. Kami bingung. Apakah yang perlu kami lakukan?". Berita yang disampaikan oleh pemuda itu menyebabkan mereka semua bangun lalu pergi ke tanah perkuburan. Apabila mereka sampai di sana,mereka melihat seekor ular besar sedang melingkar dengan mata yang besar melihat orang ramai yang hadir di situ.
Guru agama itu berkata: " Biarkan ular itu. Jangan dipedulikannya.Teruskan menggali kubur." Penggali kubur terus menggali tanah lain yang jauh sedikit dari kubur pertama.Namun begitu,sebaik selesai menggali tiba-tiba seekor ular besar muncul dari lubang tersebut. Mereka tmencuba pelbagai cara untuk mengusir ular tersebut,namun ia tetap muncul kembali. Akhirnya,jenazah itu tetap dikebumikan. Tiba-tiba,ular besar itu keluar dari dalam kubur lalu melilit jenazah tersebut sehingga kedengaran bunyi tulang belulangnya hancur.


Selesai mengebumikan jenazah,guru agam berjumpa dengan emak pemuda itu. Emak pemuda itu memberitahu:" Anak saya adalah seorang anak yang baik sdan taat.Cuma satu saja yang dia tidak buat iaitu DIA TIDAK PERNAH SOLAT!".

06 Julai 2011

PETA MINDA LAGI.....

Setiap kali waktu P&P di Kelas 1D, saya suka ber'eksperimen' dengan mereka. Apa tidaknya,apabila diperkenalkan dengan sesutu yang baru,mereka cukup teruja.


Sememangnya pelajar kelas ini sangat ceria dan 'mesra alam' ( pada pandangan peribadi saya laa..) meskipun terdapat sorang dua yang nakal( alaaaa...biasa la tu....)


Kalau dulu mereka diajar cara membuat nota magik,sekarang mereka diajar cara untuk membuat peta minda....ternyata riak muka mereka sangat seronok.....


Walaupun ada sebahagian hasil kerja mereka yang tidak mengikut 'piawaian',tetapi mereka tetap tekun menyelesaikan tugasan yang diberi.


Dan inilah hasil kerja mereka.....









AIR KELAPA OHHHHHH! AIR NYOK!




Air kelapa a.k.a air nyok....waktu cuaca panas, memang best. Tapi yang lebih penting dari itu,khasiatnya. Antaranya:


1. Air kelapa ternyata lebih khasiat daripada susu kerana ia tidak mengandungi kolesterol dan rendah lemak.


2. Dapat memperbaiki saluran darah.


3. Dikenalpasti dapat membersihkan saluran pencernaan.


4. Menjadikan sistem imun badan lebih baik.


Haaaa......lepas ni,jangan lagi pandang sebelah mata je kat air kelapa ni.....


sumber:AANS

05 Julai 2011

PETA MINDA

Sukatan pelajaran telah selesai,kini bermula pula untuk ulangkaji terutama subjek tingkatan 1 yang telah lama ditinggalkan. Cara yang paling efektif,tentulah Peta Minda. Dikatakan Peta Minda dapat memantapkan pembelajaran,lebih-lebih lagi kalau dipersembahkan dalam bentuk peta visual yang berwarna.

Berbekalkan edaran kertas berwarna,pelajar diminta membuat Peta minda berdasarkan bahagian Ibadat tingkatan 1. Mereka diberi kebebasan untuk membuat peta visual berdasarkan kreativiti masing-masing.


Berbagai teknik dilakukan...termasuk gunting dan tampal....
Berikut adalah antara hasil kerja pelajar:






ISRAK DAN MIKRAJ

Satu ceramah sempena sambutan Israk dan Mikraj di SMKDWAR telah diadakan pada hari Jumaat 1 Julai 2011 bertempat di Dataran Kejat sekolah. Ceramah tersebut telah disampaikan oleh seorang ustaz yang diundang daripada sebuah sekolah berhampiran.



Pelajar sedang khusyuk mendengar ceramah.
Acara kuiz Israk dan Mikraj turut diadakan.


Israk bermaksud perjalanan waktu malam Rasulullah SAW dari Masjidil Haram di Makkah ke Masjidil Aqsa di Baitul Maqdis, manakala Mikraj pula bermaksud perjalanan Rasulullah SAW dari Masjidil Aqsa ke Sidratul Muntaha melalui Baitul Makmur. Peristiwa ini berlaku pada 27 Rejab tahun ke 10 kenabian Rasulullah SAW. Melalui peristiwa inilah ibadat SOLAT difardukan ke atas setiap umat Islam.

03 Julai 2011

Oh Kome! Nage Dah Berbunge.....

Memang benar bagai yang dikata....berbudi pada tanah akan membuahkan hasil. Pokok naga @dragon fruit di SMKDWAR kini berbunga dan berbuah lagi....

Bunga yang cantik...tak puas mata memandang....

Dragon Fruit SMKDWAR


Isinya yang lembut dan manis...


Rezeki Allah,dikongsi,dinikmati bersama....

SURAH AT-TAKATSUR 1-8

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI
Kamu telah dilalaikan ( daripada mengerjakan amal soleh) oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat dengan sebanyak-banyaknya ( harta benda,anak pinak,pangkat dan pengaruh).(1) Sehingga kamu masuk kubur.(2) Jangan sekali-kali (bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak ( akibatnya yang buruk semasa mati)! (3) Sekali lagi (diingatkan ):Jangan sekali-kali (kamu besikap sedemikian)! kamu akan mengetahui kelak(akibatnya yang buruk pada Hari Kiamat)!(4) Demi sesungguhnya! Kalaulah kamu mengetahui (apa yang akan kamu hadapi) dengan pengetahuan yang yakin,(tentulah kamu akan mengerjakan perkara-perkara yang menjadi bekalan kamu untuk Hari Akhirat).(5) (Ingatlah) demi sesungguhnya!Kamu akan melihat neraka yang marak menjulang. (6) Selepas itu,demi sesungguhnya! Kamu akan melihatnya dengan penglihatan yang yakin. (7) Kemudian,sesungguhnya kamu akan ditanya pada hari itu,tentang segala (yang telah kamu nikmatinya di dunia dahulu) (8)

TANGANI KEJAHATAN DENGAN KEBAIKAN



Pada suatu hari sahabat Rasulullah SAW, Abu Darda melihat sekumpulan orang ramai sedang memukul dan memaki-maki seseorang. Abu Darda terkejut lalu bertanya : " Kenapa dengan orang itu?". Jawab mereka," Orang itu penjenayah dan suka melakukan kejahatan,tuan." Lalu Abu Darda bertanya lagi," Kalau dia jatuh ke dalam perigi, apa yang akan kamu lakukan?". Jawab mereka," Kami akan membantu keluarkannya ,tuan.".

Mendengar jawapan itu,Abu Darda berpesan," Kalau begitu,jangan seksa dia kerana dia sedang jatuh ke lembah dosa,tapi berikannya pengajaran,nasihat dan teladan yang baik." Mereka semua berhenti memukul dan memaki lelaki tersebut. Penjenayah itupun menangis teresak-esak menyatakan taubat serta menyesal atas perbuatannya selepas mendengar nasihat dan pengajaran.

02 Julai 2011

LARIAN 1M1S1M 2011

Hari ini 2 Julai 2011, larian serentak 1M1S1M ( 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia ). Seawal 7 pagi kami sudah berkumpul di sekolah.

Saya tidak melepaskan peluang mengambil bahagian. Seingat saya ,kali terakhir saya mengambil bahagian acara merentas desa pada tahun 1981.Waktu itu saya belajar dalam Darjah 6. Fuhhhh...sudah 3 dekad!


Walaupun letih, akhirnya dapat juga menghabiskan larian. Seronok sekali apabila dapat berlarian bersama pelajar.Rasa macam budak-budak semula!

Akhirnye.....mendapat tempat ke 10 bagi kategori guru perempuan. Menerima hadiah daripada Cik Salmah Zakaria,PK Pentadbiran. Bukan hadiah yang dikejar,apa yang penting,saya dapat menghabiskan larian.....