05 Oktober 2013

....HANYA SEORANG IBU YANG TAHU...

..Bagaimana rasanya berlapar tapi masih mendahulukan melayan dan memberi makan suami, anak-anak, kawan anak dan kucing peliharaan anak

..Bagaimana letihnya rasa bila lewat malam tapi masih berjaga menyelesaikan mendobi pakaian kerana anak atau suami perlu memakainya esok pagi

..Bagaimana gembiranya setelah lama dapat mengumpul sejumlah wang untuk membeli sesuatu p


eralatan yang telah lama diinginkan tetapi dengan lapang dada diberikannya wang tadi kepada anak atau suami yang dilihatnya lebih memerlukan

..Bagaimana masih tetap bahagia berjalan makan angin membawa semua anak-anaknya walau terpaksa keletihan mengemas pakaian dan menyediakan bekalan makanan serta kemudian setelah pulang menghadapi pakaian kotor yang menggunung

..Bagaimana tatkala anda duduk berehat setelah bertungkus lumus uruskan rumah dan anak-anak sambil mula memakan coklat atau kek kegemaran anda dan anak anda datang sambil terliur melihat manisan tadi, lalu sambil tersenyum dengan penuh kasih anda berikan semuanya padanya

~♥Ibu sanggup berkorban segalanya hatta nyawanya sendiri buat anak-anak yang dikandung dan dilahirkannya dengan kepayahan, diasuh sejak bayi tatkala tidak mampu melakukan suatu apapun. Walau sakit, ibu tetap khidmat seperti biasa agar segala urusan rumah dan anak-anak berjalan lancar. Bila tidur, tetap mata dan pendengarannya peka kalau-kalau anaknya terbangun dan memerlukannya. Semuanya ini tidak lain hanyalah kerana KASIH SUCI yang hadir di jiwa para ibu terhadap anak-anaknya .....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan