29 April 2013
AWASI apa yang kamu makan!
Pada suatu hari Saad Bin Abi Waqqas telah mendatangi Rasulullah SAW lalu bertanya:
" Ya Rasulullah, tolong pohonkan kepada Allah agar Allah menjadikan aku seorang yang mudah diperkenankan doa."
Lalu Rasulullah SAW menjawab:
" Wahai Saad, perbaikilah makananmu....kau akan menjadi seorang yang mustajab doanya. Demi Allah, di mana diri Muhammad berada dalam tanganNya, seseorang lelaki yang menelan seketul daging haram dalam perutnya, TIDAK AKAN DITERIMA DOANYA SELAMA 40 HARI. Adapun hamba yang dagingnya tumbuh daripada benda haram dan riba, maka neraka itu adalah lebih utama baginya.

28 April 2013
Hanya 3.....
1. MASA -Kita tidak mampu memutar kembali masa.
* Tapi kita masih mampu menciptakan kenangan
dengan waktu yang masih ada dan memanfaatkan
waktu yang ada, walau sebentar, untuk menciptakan
kenangan yang bererti.
2. PERKATAAN -Kita tidak mampu menarik ucapan kasar
yang keluar dari mulut kita.Kita tidak mampu menarik
kembali caci maki yang telah kita katakan hingga
membuat orang lain marah, terluka atau menangis.
* Tapi masih mampu membuat apa yang selanjutnya
keluar dari mulut kita menjadi lebih banyak pujian
berbanding caci maki, lebih banyak syukur dan terima
kasih daripada keluhan dan lebih banyak nasihat positif .
3. PELUANG -Kita tidak mampu mendapatkan
kembali peluang yang sudah kita lepaskan.
* Tapi kita masih mampu menciptakan peluang untuk
membuat kesempatan-kesempatan lain datang dalam
hidup kita dengan lebih baik.
27 April 2013
26 April 2013
....dari dalam sebuah kelas....II
Di dalam sebuah kelas, seorang guru berkata...
“Ini adalah Qur’an,saya akan meletakkannya di tengah karpet. Sekarang anda berdiri diluar karpet.Bagaimana caranya mengambil Qur’an yang ada ditengah tanpa memijak karpet?”
Murid-muridnya berpikir. Ada yang mencuba alternatif dengan tongkat, dan lain-lain.
Akhirnya guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan ia ambil Qur’an. Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet. “Murid-murid, begitulah ummat Islam dan musuh-musuhnya…Musuh-musuh Islam tidak akan memijak-mijak anda dengan terang-terang…Kerana tentu anda akan menolaknya mentah- mentah. Orang biasapun tak akan rela kalau Islam dihina di hadapan mereka. Tapi mereka akan menggulung anda perlahan-lahan sehingga anda tidak sedar.
“Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan menghentam terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan mempengaruhi anda. Mulai dari perangai anda, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga meskipun anda muslim, tapi anda telah meninggalkan ajaran Islam dan mengikuti cara mereka… Dan itulah yang mereka inginkan.” “Ini semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (Perang Pemikiran). Dan inilah yang dijalankan oleh musuh-musuh kita… ”
“Kenapa mereka tidak berani terang-terang memijak kita?” tanya seorang murid.
Islam… Kalau diserang perlahan-lahan, mereka tidak akan sedar, akhirnya
hancur. Tapi kalau diserang serentak terang-terangan, mereka akan bangkit serentak, baru mereka akan sedar”.
hancur. Tapi kalau diserang serentak terang-terangan, mereka akan bangkit serentak, baru mereka akan sedar”.
“Kalau begitu, kita selesaikan pelajaran kita kali ini, dan mari kita ulakan dengan doa dulu.......
25 April 2013
dari dalam sebuah kelas......
Seorang guru sedang mengajarkan sesuatu kepada murid-muridnya. Ia duduk menghadap murid-muridnya. Di tangan kirinya ada pen manakala di tangan kanannya ada pensil. Guru itu berkata, “Saya ada satu permainan… Caranya begini, di tangan kiri saya ada pen, di tangan kanan ada pensil. Jika saya angkat pen ini, maka berkatalah “Pen!”, jika saya angkat pensil ini, maka berkatalah “Pensil!”
Murid muridnya pun mengerti dan mengikuti. Guru bergilir-gilir mengangkat
antara kanan dan kiri tangannya, semakin lama semakin cepat. Beberapa saat
kemudian guru kembali berkata, “Baik sekarang perhatikan. Jika saya angkat
pen, maka sebutlah “Pensil!”, jika saya angkat pensil, maka katakanlah
“Pen!”. Dan diulangkan seperti tadi, tentu saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk mengubahnya. Namun lambat laun, mereka sudah biasa dan tidak lagi kekok. Selang beberapa saat, permainan berhenti.

Sang guru tersenyum kepada murid-muridnya. “Murid-murid, begitulah kita
umat Islam. Mulanya yang benar itu benar, yang salah itu. Kita begitu
jelas membezakannya. Namun kemudian, musuh musuh kita memaksakan kepada kita dengan perbagai cara, untuk menukarkan sesuatu, dari yang benar menjadi salah, dan sebaliknya. Pertama-tama mungkin akan sukar bagi kita menerima hal tersebut, tapi kerana terus diasak dengan cara-cara menarik oleh mereka, akhirnya lambat laun kamu akan terbiasa dengan hal itu. Dan anda mulai dapat mengikutinya. Musuh-musuh kamu tidak pernah berhenti membalik dan menukar nilai dan waktu.

“Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang susah, bergaul bebas tidak lagi jadi persoalan, pakaian sendat dan ketat menjadi hal yang lumrah, tanpa rasa malu, hiburan yang asyik dan panjang sehingga melupakan yang wajib adalah biasa, kebendaan kini menjadi suatu gaya hidup dan lain lain.”
“Semuanya sudah terbalik. Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit menerimanya tanpa rasa ia satu kesalahan dan dosa. Faham?” tanya guru kepada murid-muridnya. “Faham cikgu…”
24 April 2013
CERITA SEBIJI BUAH LIMAU
Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya. Siapa terlihat pasti tergiur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira.
Hadiah itu dimakan oleh baginda Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan senyuman. Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu.
Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak heran dengan sikap Rasulullah SAW itu. Lalu mereka bertanya. Dengan senyuman Rasulullah menjelaskan 'tahukan kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam saat saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada diantara kalian akan mengenyitkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. sebab itu saya habiskan semuanya'.
Begitulah akhlak rasullullah SAW. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari orang yang bukan islam pula. Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa. Mengapa? sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berhasil. Rencananya di'tewas'kan oleh akhlak mulia Rasulullah SAW. Subnahallah..
23 April 2013
HIKMAH AYAT 1000 DINAR
1. Hendaklah dibaca 3 kali selepat solat 5 waktu.
2. Allah akan murahkan rezeki.
3. Allah akan menyampaikan segala hajat.
4. Allah akan melindungi kita dari segala bala
( darat dan laut ).
5. Terpelihara daripada segala bahaya.
6. Boleh menyembuhkan penyakit seperti DEMAM CAMPAK
- baca ayat ini 3 kali dan Surah Al-Fatihah 1 kali lalu
diminum airnya.
MAKANAN KEGEMARAN RASULULLAH SAW
1. Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup.
2. Kurma – Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai
kurma adalah seperti rumah yang tidak ada makanan.
4. Anggur – Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah,
menguatkan buah pinggang, membersihkan perut.
segala minuman, ubat segala ubat. Mengubati cirit birit
jika dibancuh dengan air panas, membuka selera,
menguatkan perut, membuang kahak.
Elok diminum waktu pagi dengan air suam.
6. Tembikai (Segala Jenis) – Nabi berkata wanita
mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang
baik dari segi perwatakkan dan wajahnya.
7. Susu – Nabi berkata susu baik untuk membuang panas
badan. Menguatkan belakang,memperbaiki otak
memperbaharui pandangan mata, membuang kelupaan.
penuaan, merawat
radang perut.
10. Delima – Membersihkan tubuh dari syaitan dan bisikan
syaitan selama 40 hari.
11. Air – Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut
perlahan-lahan. Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit
pada hati.
2. Kurma – Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai
kurma adalah seperti rumah yang tidak ada makanan.
3. Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.
menguatkan buah pinggang, membersihkan perut.
segala minuman, ubat segala ubat. Mengubati cirit birit
jika dibancuh dengan air panas, membuka selera,
menguatkan perut, membuang kahak.
Elok diminum waktu pagi dengan air suam.
6. Tembikai (Segala Jenis) – Nabi berkata wanita
mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang
baik dari segi perwatakkan dan wajahnya.
7. Susu – Nabi berkata susu baik untuk membuang panas
badan. Menguatkan belakang,memperbaiki otak
memperbaharui pandangan mata, membuang kelupaan.
10. Delima – Membersihkan tubuh dari syaitan dan bisikan
syaitan selama 40 hari.
11. Air – Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut
perlahan-lahan. Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit
pada hati.
Langgan:
Catatan (Atom)
catatan menarik yang lepas-lepas
-
▼
2013
(210)
-
▼
April
(16)
- koleksi 3
- AWASI apa yang kamu makan!
- Hanya 3.....
- koleksi 2
- koleksi 1
- Himpunan Doa-doa
- ..relaks kejap....II
- .....relaks kejap...
- My Fancy Felt Crafts II
- ....dari dalam sebuah kelas....II
- dari dalam sebuah kelas......
- CERITA SEBIJI BUAH LIMAU
- .......doaku.....
- HIKMAH AYAT 1000 DINAR
- MAKANAN KEGEMARAN RASULULLAH SAW
- Sebelum Tidur.....
-
▼
April
(16)
damai....
Label
|