01 Januari 2017

...ketika hati masih lalai....

Seorang murid bertanya kepada Imam Al-Ghazali;
 
Tuan, bagaimanakah keadaanku ketika mulutku berzikir sedangkan hatiku masih lalai?
 
Lalu Imam Al-Ghazali menjawab;
 
Teruskanlah berzikir walaupun hatimu lalai kerana sekurang-kurangnya lidahmu terselamat daripada berkata-kata yang kotor dan sia-sia.


Jauhilah sifat malas dan mengeluh

Muhammad Bin Ali Bin Al-Husain Bin Ali Bin Abi Talib pernah berkata kepada anaknya;

Wahai anakku,
jauhilah olehmu sifat MALAS
 dan BANYAK MENGELUH,
kerana sesungguhnya kedua sifat tersebut
merupakan KUNCI SEGALA KEBURUKAN.
Sesungguhnya  jika engkau malas,
maka engkau tidak akan mampu
melaksanakan kewajibanmu.
Dan jika engkau banyak mengeluh,
maka engkau tidak akan sabar
dalam melaksanakan kewajibanmu!

Akibat Maki

Abu Hurairah dan Said Al-Maghburi meriwayatkan :
Ada seorang lelaki memarahi seorang sahabat Rasulullah SAW, ketika itu Rasulullah SAW duduk di sebelahnya dan Baginda cuma diam sahaja, begitu juga dengan sabat yang dimaki tadi.

Selepas orang itu selesai memaki hamun, sahabat tersebut lantas membalas makian tersebut, tetapi Rasulullah SAW bangun dan beredar dari situ. Sahabat tersebut merasa hairan dan mengekori Nabi lalu bertanya ;

Ya Rasulullah,
Dia memaki saya dan tuan pula diam,tetapi ketika saya membalas maki hamun dia,tiba-tiba tuan bangun lalu pergi.

Rasulullah SAW lantas menjawab;
Ketika kamu diam, sesungguhnya malaikat telah mengembalikan semua makian orang itu kepadanya,tetapi ketika kamu membalas makian itu,maka malaikat pergi dan syaitan pula masuk. Sesungguhnya saya tidak suka duduk bersama syaitan.




Kredit : Cikgu Abd Ghani Haron

...saat paling hina....

Saat paling hina
Aku terlupa rakaat di dalam solat
Mengadap ALLAH pun
Aku masih lupa ALLAH

Selamat Tahun Baru 2017


01 Mei 2016

SELAMAT HARI PEKERJA - 1 MEI 2016


TAHUKAH ANDA?
 
Hari Pekerja Sedunia  pada 1 Mei
tidak diraikan di semua negara.
Amerika Syarikat, Jepun dan Australia
menyambutnya pada tarikh lain,
manakala England
 tidak meraikannya langsung!

30 April 2016

KATA-KATA IMAM ASY-SYAFIE

 
1. Setiap kali bertambahnya ilmuku,
maka bertambahlah kejahilanku.
 
2. Perut yang kenyang ,
akan memberatkan badan,
membekukan hati dan
menumpulkan fikiran.


KATA-KATA IMAM AL-GHAZALI

 
1. Semua orang akan binasa
kecuali orang yang berilmu.
 
2. Semua orang yang berilmu akan binasa
kecuali orang yang berilmu, beramal dan ikhlas.
 
3. Ilmu tanpa amal adalah sesat.
 
4. Beramal tanpa ilmu adalah sia-sia.
 
5. Kehidupan yang utama dan kebahagiaan
ialah mengenal Allah, beribadah dan cinta kepadaNya.
Itulah matlamat yang sebenar.


PESANAN TERAKHIR RASULULLAH SAW

Pesanan terakhir Rasulullah SAW ketika Haji Wida
di Padang Arafah pada bulan Zulkaedah tahun 10 Hijriah.


Berwaspadalah terhadap syaitan
demi keselamatan agama kamu.
Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu
dalam perkara-perkara besar,
maka berjaga-jagalah kamu
agar tidak mengikutnya
dalam perkara-perkara kecil.


TAMAK ITU SUATU KEFAKIRAN

Saidina Umar RA berkata :
"Tamak adalah suatu kefakiran dan tidak mengharapkannya adalah kekayaan. Sesungguhnya orang yang tidak mengharapkan milik orang dan menerima apa adanya saja, dia telah kaya dari mereka."

Ibnu Mas'ud RA pula berkata :
Setiap hari malaikat dari bawah Arasy memenggil ;
" Hai manusia! Sedikit yang mencukupi bagimu itu lebih baik daripada banyak yang membuatmu tamak."

Abu Darda' pula berkata :
" Dalam akal setiap orang ada kekurangan. jika dunia menghampirinya, dia bangga dan bahagia. Sedangkan siang dan malam silih berganti menghancurkan umurnya, dia tidak pernah merasa sedih.
Celaka engkau wahai manusia, tidak guna harta bertambah sedangkan umurmu terus berkurang!"

Sumber : kopi&pasta/