05 Jun 2010

RAHSIA PEMAKANAN TOKOH & ULAMA TERDAHULU


MADU
Makanan yang sangat berkhasiat. Berkesan untuk merawati penyakit,boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat.




KURMA
Untuk menguatkan daya ingatan, membekalkan tenaga dan membentuk minda.




KISMIS
Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen mencukupi untuk disalurkan ke otak.
Adab memakannya ialah:
- mengadap Kiblat
- membaca Bismillah
- membaca Selawat sebanyak 3 kali
- doa penerang hati.




BADAM
Meningkatkan jantung dan merangsangkan otak.




SUSU SEGAR
Sangat berguna untuk kesihatan otak, menajamkan ingatan dan membekalkan tenaga mental dan fizikal.




DELIMA
Mujarab untuk penerang hati. Sabda Nabi Muhammad SAW : Sesiapa yang makan buah delima keseluruhannya,sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari.

03 Jun 2010

.....suatu petang...

SUATU PETANG....
Bersantai bersama si kecil Abdul Ilaah di sebuah warung di Batu 9 Jalan Trong. ABC dan laksa kat sini BESTTTTTT!!!!!!!



01 Jun 2010

Ila-Peja


Selamat Pengantin Baru buat anak saudaraku Azila bersama pasangannya Faizal. Semoga kekal ke akhir hayat.







kenanganku

Kenangan bersama guru pelatih UPSI.


14 Januari 2010

Siapakah bersama kita?

ORANG DUDUK BERSAMA KITA

1. Orang yang boleh kita dapat sesuatu yang berfaedah dan bermanfaat daripadanya,
maka lazimlah kita dengannya.

2. Orang yang dia mendapat manfaat dan faedah dari kita, maka muliakanlah ia.

3. Orang yang kita tak dapat apa-apa manfaat mahupun faedah daripadanya,maka
jauhkanlah diri darinya.

13 Januari 2010

racun dan penawar

5 JENIS RACUN DAN 5 JENIS PENAWAR

1. DUNIA itu racun, ZUHUD itu ubatnya.
2. HARTA itu racun, ZAKAT itu ubatnya.
3. PERKATAAN YANG SIA-SIA itu racun, ZIKIR itu ubatnya.
4. SELURUH UMUR itu racun, TAAT itu ubatnya.
5. SELURUH TAHUN itu racun, RAMADHAN itu ubatnya.

12 Januari 2010

seburuk-buruk umat

SEBURUK-BURUK UMAT

Sabda Rasulullah SAW:

Kelak ada di kalangan umatku yang memakan pelbagai jenis makanan, meminum pelbagai jenis minuman, memakai pelbagai jenis pakaian,lebih banyak bercakap tanpa berfikir terlebih dahulu baik buruk bicaranya. Inilah seburuk-buruk umatku.

kawallah amarahmu!

TIPS MENGAWAL DIRI KETIKA MARAH

1. Ingatkan ALLAH.
2. Sirami rasa marah dengan WUDUK.
3. Tengok wajah anda di cermin.
4. Kuncikan bibir an diam dahulu.
5. Ubah kedudukan anda.

11 Januari 2010

ibu....

4 DIPANDANG SEBAGAI IBU

1. Ibu segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN.
2. Ibu segala ADAB adalah SEDIKIT BERBICARA.
3. Ibu segala IBADAT adalah TAKUT BUAT DOSA.
4. Ibu segala CITA-CITA adalah SABAR.
- Sabda Rasulullah SAW.

10 Januari 2010

......di sebalik nama....

DI SEBALIK NAMA ANAK-ANAKKU



NUR AFIFAH
Berbudi bahasa
pure, dignity,prideful
Dengan nama ini, menjadi lebih taat kepada Allah dan menghormati sesama insan.


NUR ADILAH
Adil, saksama
fair, just
Semoga menjadi seorang yang sentiasa patuh kepada Allah dan mangasihani sesama insan.


AHMAD ZUHDI
Zuhud
praiseworthy, humble
Dengan nama ini,diharap menjadi seorang hamba yang pemurah.


ABDUL ILAAH
Hamba Allah
Servant Of Allah
Semoga menjadi anak yang soleh dan taat kepada Allah sesuai dengan namanya.