Tidak sahur.
- puasa orang Yahudi dan orang Islam sama saja, kecuali puasa orang Islam ada sahur. Sahur la walau dengan segelas air kosong.
Sahur terlalu awal
-Makan berat lewat malam dan tidur lalu bangkit selepas azan Subuh. Itu bukan sahur, itu supper. π
Terlebih tidur π΄
- lebih tidur merugikan masa dan menyebabkan badan dan otak lemah π. Tidur boleh...
diniatkan sebagai ibadah, tapi JANGAN OVER tidur pulak!
Berbuka secara buffet sampai buncit
- ada juga yang sambung makan selepas solat Maghrib sehingga lewat malam.
Membazar hingga membazir.
-lapar mata. Setiap jenis makanan nak diborong. Tak habis, makanan dibuang. πΈπΈπΈ
Sambut Hari Raya mengalahkan Ramadan.
-bulan Ramadan yang dimuliakan Allah, bukan Syawal. Syaitan dibelenggu pada Ramadan dan dibebaskan pada 1 Syawal
Solat tarawih tapi tak qiamullail
- Nabi kadang2 meninggalkan tarawih. Tapi Nabi akan melipatgandakan ibadat pada 10 malam terakhir untuk cari laylatul qadr. Pahala bonus 1000 bulan tu. Wow! π
Puasa tapi tak solat.
- pahala puasa pending ⛔, sebab tak solat. ππ
Sibuk beribadah, lupa cari ilmu.
-bulan Ramadan bulan Ilmu.ππ
Semua ibadah takde guna tanpa ilmu. Ada juga yang larang tazkirah ketika Ramadhan. πΎ
π Gagal upgrade ⏬ iman selepas lalui Ramadan.π
-ibarat dah harungi sungai yang jernih dan segar tapi kotoran di badan sengaja tak dibersihkan.
copyright/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan