Memaparkan catatan dengan label RASA-RASA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label RASA-RASA. Papar semua catatan

01 Mei 2011

KEK COKLAT KEJU PERTAMAKU


Yessss.....akhirnya.....terhasil juga kek coklat keju....my feberet....resepinya diaduk2kan drpd beberapa resepi kek.....jom kita tengok....

BAHAN-BAHAN:

1 buku Buttercup

5 kpg keju ( slice cheese )

1 cwn serbuk koko

1 cwn gula ( optional )

1 sudu teh soda bikarbonat - diayak

2 cwn tepung gandum- diayak

2 biji telur

CARA MEMBUATNYA:

1. Pukul gula dan telur hingga sebati - bahan A

2. Cairkan Buttercup dan keju- bahan B

3. Masukkan bahan A ke dlm bahan B- gaul sebati.

4. Masukkan bahan-bahan lain. Gaul sebati.

5. Kukus dan....mmmmm...nyam..nyam...nyam....




10 Ogos 2010

SUP SIRUSA RUSA

Haaa....dah lama tak makan daging rusa. Tak tau nak masak ape, last-last buat sup je....Jom kita tengok camne ....
Bahan-bahan :
5oo gram daging rusa
2 inci halia
2 labu bawang besar ( dibakar sekejap dan dibelah empat )
1 sudu teh sebuk lada hitam
Sos ikan - secukup rasa
Sos soya- kalau suka
Daun sup & daun bawang

Cara membuatnya:
1. Rebus daging rusa sehingga empuk.
2. Padamkan api, buangkan air rebusan.
3. Masukkan air,bawang besar,halia dan sebuk lada hitam.
4. Rebus sehingga bawang separuh hancur.
5. Masukkan sos ikan, sos soya dan daun sup/ daun bawang.
6. Sedia untuk dihidang. Mmmmmm......yum....yum...yum...

06 Jun 2010

PIZA SEMPOI


Bila cuti sekolah ni,anak-anak asyik terperap kat rumah. Tak ada benda lain kecuali makan, makan,makan......maka terciptalah Pizza Sempoi....alaaaa...tak de bahan yang spesial pun.....
PIZZA SEMPOI
Roti canai segera
Sosej
Sos cili
Sos tomato

11 November 2009

Telur Dadar Bunga Seno






Pernahkah anda melihat bunga seno? Bunga ini sangat popular di kalangan masyarakat Melayu Champa. Ianya boleh dimakan mentah bersama laksa,dibuat acar atau digoreng bersama telur.





TELUR DADAR BUNGA SENO


Bahan-bahannya:

2 biji telur ayam

3 tangkai bunga seno- dilerai dan diramas sedikit

1 biji cili merah-dipotong serong

1 biji bawang besar- dimayang

Secubit garam - ikut rasa

Minyak -untuk menggoreng


Cara Membuatnya:

1. Pecahkan telur di dalam mangkuk.

2. Campur kesemua bahan ( kecuali minyak ) sehingga sebati.

3. Panaskan minyak dan goreng sehingga garing.

4. Sedia untuk dihidang.



Bergedil Ikan @ Nim



Kali ni saya nak berkongsi resepi bergedil ikan yang menjadi hidangan masyarakat Melayu Champa . Saya pelajari daripada suami saya yang berasal dari Chau-doc ,Vietnam Selatan. Ianya dikenali sebagai Nim.



NIM ( BERGEDIL IKAN )


Bahan-bahannya:

10 ekor ikan selat @ belida ( dipotong filet dan dikikis isinya )

1 biji bawang besar ( dimayang )

1 tangkai daun sup dan bawang ( dipotong halus )

1 sudu teh serbuk lada hitam

1 batang serai ( dipotong bulat )

1 biji cili merah ( dipotong serong )

Secubit garam - ikut rasa

Minyak - untuk menggoreng


Cara membuatnya:

1. Gaul semua bahan di atas ( kecuali minyak ) sehingga sebati.

2. Bentukkan leper.

3. Goreng di dalam minyak yang panas.

4. Sedia untuk dihidang.


Nota* Enak dimakan dengan nasi atau dicicah dengan sos cili.






10 November 2009

PUDING PUTERI


Hujung-hujung tahun ni, macam-macam diadakan jamuan. Semalam putriku meminta aku memasak sesuatu untuk dibawa ke Jamuan Akhir Tahun kelasnya. Tak tau nak buat apa, aku hentam saje mana-mana bahan yang ada. Lagipun, aku bukannya pakar memasak. Maka terhasillah puding ciptaanku yang kunamakan Puding Puteri.
PUDING PUTERI
Bahan-bahannya:
1 peket agar-agar
5 gelas air
3/4 cawan gula ( ikut kesesuaian )
3/4 tin krimer sejat
2 sudu besar tepung jagung
2 helai daun pandan
sedikit pewarna merah
Cara membuatnya:
1. Masakkan agar-agar, air dan daun pandan sehingga agar-agar larut.
2. Masukkan gula dan biarkan hingga larut.
3. Tambahkan pewarna dan kacau hingga sebati.
4. Bila sebati, tuangkan separuh ke dalam acuan.
5. Separuh yang baki ditambah dengan krimer sejat dan tepung jagung.
6. Kalau hingga sebati.
7. Tuang ke atas lapisan pertama tadi.
8. Sejukkan dan sedia untuk dihidang. Yum.....yum...yummmmmm